Bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Faizni Fazreen Fazeera Faizul atau mesra disapa Faz mengakui masih lagi menyanyangi bekas teman lelakinya, Mas Khan yang juga seorang pelakon.
Faz ketika ditemui MH menjelaskan, dia kini sedang cuba untuk baik pulih hubungan yang sudah dibina selama empat tahun.
“Buat masa sekarang, memang saya mahukan dia balik. Andai kata satu hari nanti kami get back (disatukan semula), saya tidak kisah dan saya sanggup untuk terima dia balik kerana jodoh pertemuan itu ketentuan Allah.
“Tapi kalau betul kami berdua memang tidak ada jodoh, saya reda dan secara perlahan-lahan saya move on (meneruskan kehidupan) seperti biasa,” kata Faz.
Kongsi Faz lagi, dia akui pada mulanya agak kekok menjalani kehidupan sebagai seorang yang berstatus solo buat masa ini.
Ads
“Kebiasannya, kalau menghadiri mana-mana majlis atau kemana sahaja, kami selalu bersama dan dia juga selalu temankan saya. Tapi sekarang dah pegang status solo, saya kena berdiri atas kaki sendiri pula,
“Sebenarnya rasa kekok sebab kami sudah empat tahun bersama dan hubungan kami tidak panjang, jadi pergi mana-mana saya seorang diri sahaja sekarang ini,” kongsi Faz jujur.
“Buat masa sekarang ini, saya tidak mahu hubungan serius dengan siapa-siapa lagi sebab saya pun masih baru (putus cinta), tambahan pula hubungan saya dengan dia sudah empat tahun.
“Sekarang ini saya hanya memberikan fokus kepada pelajaran dan masa depan saya dahulu,” akhiri Faz ketika ditemui di ibu kota bersempena dengan pelancaran produk kosmetik, Pixy.
Foto : Instagram Faz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiada kata dapat menggambarkan kekejaman tentera Zionist Israel menentang rakyat Palestin.
Terbaru, Heliza Helmi menerusi Instagram berkongsi sebuah video tragis bagaimana tentera ini membaling gas memedih mata ketika umat Islam sedang menunaikan solat di bawah khemah.
Keadaan menjadi kacau bilau sehingga menyebabkan sebilangan jemaah terpaksa melarikan diri daripada saf, namun imam tetap meneruskan bacaan sehingga gas menerjah seluruh kawasan.
“Lihatlah sendiri bagaimana KEKEJAMAN tentera ZIONIST israel menyerang rakyat Palestin yang hanya sedang solat dikawasan sourbaher selatan Juruselam
“Moga Allah selamatkan saudara kita di sana, Aamiin Ya Rabb.
“Sumbangan dibuat ke akaun MAPIM : Maybank ( Dana Mapim ) 562834636620 Atau www.tabunggaza.com Facebook : MAPIM : Malaysian Consultative Council of Islamic Organization HOTLINE MAPIM : 1300-888-038,” kongsinya.
Pelakon Mawar Rashid ada berkongsi foto yang melihatkan dia sedang menjalani aktiviti lasak iaitu mendaki Bukit Gasing,Petaling Jaya baru- baru ini.
Meski selamat melahirkan cahaya mata beberapa bulan lalu ,namun finalis Dewi Remaja 2014/15 ini gigih melakukan aktiviti mencabar fizikal dan minda.
“Subhanallah. Cantik sangat view. Mawar ni memang seorang yang suka menikmati keindahan alam.
“Bukan keindahan alam je, semua bendalah sebenarnya Mawar suka menikmati.
“Kadang2 kalau menikmati nature ni boleh sampai berejam2. Duk tenung je sorang2 sebab tu satu kepuasan untuk Mawar.
“Sebab tu Mawar suka gi pantai, masuk hutan, pergi tempat nature yang cantik2.
“Rasa tenang, and happy. Tu salah satu cara untuk Mawar sentiasa rasa bersyukur dengan kehidupan yang Allah bagi. Happy dengan setiap detik kehidupan Mawar.
“Ok dah terlebih deep pulak. Nanti Korang tak paham apa Mawar cuba sampaikan. Ok bye. #bukitgasing #hiking,” kongsi Mawar.
Tidak hanya keseorangan, Mawar ditemani kakak iparnya (isteri Datuk Fazley) iaitu Azrene Ahmad bersama-sama melakukan aktiviti tersebut.
“Mawar sebenarnya terjebak hiking dari kaklong, kakak ipar Mawar.
“Selamani duk terfikir je, nape kaklong cakap best sangat hiking ni.
“Dulu 5 6 tahun dulu pernah lah Mawar hiking untuk activity Dewi Remaja, tapi tak de view so tak betul2 appreciate moment hiking yang dulu.
“This time, Bila Mawar join kaklong, baru lah Mawar faham kenapa kaklong addicted to hiking.
“Serious bila dah sampai dekat view point, hilang rasa penat, rasa macam nak menari2 je kat atas tu. hahaha.
“Pastu dalam hutan pulak udara segar, tengok hijau2 semua, dalam pada masa yang sama, dapat exercise jugak.
“Seronok betul. Insyaa’Allah ada rezeki nak tengok view dari Bukit lain pulak. Hehe. Thank you kak long for today. I really really enjoy creating beautiful moment with you @azrene_ahmad,” kongsi Mawar lagi.