Satu demi satu nampaknya kontroversi kunjung tiba dalam kehidupan diva pop terkenal ini. Jika baru-baru ini usaha untuk memecat ayahnya sebagai konservator telah berjaya, kini bintang tersebut terpalit pula dengan tuduhan memukul salah seorang pekerja di rumahnya.
Menurut laporan, Britney Spears disiasat Jabatan Polis Daerah Ventura atas tuduhan salah laku kerana menyerang pekerjanya dengan menampar tangan pekerjanya yang ketika itu sedang memegang telefon. Walau bagaimanapun pekerja tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pihak polis cuba berhubung dan mendapatkan penerangan dari penyanyi itu namun tidak mendapat kerjasama yang baik. Mereka akan menyerahkan hasil siasatan yang dilakukan kepada Pejabat Peguam Daerah Ventura untuk kemungkinan pertimbangan salah laku serangan fizikal oleh selebriti tersebut.
Namun begitu peguam yang mewakili Britney Spears, Mathew Rosengart berkata yang tuduhan tersebut hanyalah bertujuan untuk mensensasikan tabloid.
Ads
Peguam Britney Spears, Mathew Rosengart. Sumber gambar: Los Angeles Times
Dalam kenyataannya menerusi hantaran e-mel, “Ini hanyalah sekadar tuduhan salah laku yang terlah diperbesarkan sehingga terkeluar dari konteks sebenar dan merupakan satu tuduhan yang tidak berasas tentang sebuah telefon bimbit yang tidak melibatkan pukulan apatah lagi menyebabkan kecederaan.”
Menurutnya lagi sesiapa sahaja boleh membuat pertuduhan dan kes ini sepatutnya ditutup dengan segera.
Azhan Rani ada berkongsi rakaman video kanak-kanak di Muslim Uighur memanjatkan doa memohon agar urusan mereka sentiasa dipermudahkan Allah SWT.
Kanak-kanak ini turut menangis memohon agar ibu bapa tidak dipisahkan daripada anak-anak dan negara mereka terus dilindungi.
Doa tulus si kecil ini turut merentap hati penonton yang turut mengalirkan air mata sambil menadah tangan kepada Yang Maha Esa.
“Kita menangis kerana doanya.. dan mereka terus meratapi kezaliman manusia.
“Mereka sedang dizalimi.. dunia hanya memerhati dan ambil sikap tak peduli. pak menteri kata berita palsu.
“Dunia terus membisu dan membatu maka kita terus sibuk lagi bertelagah sesama kita, isu2 penunggang agama selebriti yang tak habis2 mencalar dan merobek kesucian agama kita, pak lebai, pak ustaz topeng yang mengketedarah duit jemaah umrah dan haji sedang hasrat mereka ke tanah suci terkubur begitu saja dek nafsu serakah mereka yang memperdagangkan agama.
“Juga segala jadah jenayah di mahkamah yang kita baca melibatkan mereka yang menjerut kita bernafas selesa.
“Kisah2 mereka yang diapaparkan dihentam diterajang kerana dikatakan menjatuhkan islam. namun tanpa teguran tanpa mengakui segala kepincangan diri sendiri bersediakah kita menghadiahkan generasi kita menghadapi tragedi seperti ini?” luah pelakon hebat ini.
Perkongsian ini menerima pelbagai reaksi netizen di ruang komen. Rata-rata berdoa agar umat Islam Uighur mendapat pembelaan sewajarnya.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan kumpulan hak asasi manusia sebagai berkata, lebih sejuta orang Uighur dan umat Islam lain ditahan di pelbagai kem di Xinjiang untuk menyeragamkan populasi itu bagi mencerminkan budaya orang Han di China.
Saksi berkata, China memaksa etnik Uighur tidak meneruskan amalan Islam seperti berpuasa pada Ramadan, tidak mengambil alkohol dan daging babi.
Foto : Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi Berita Harian, dikhabarkan pengarah filem Cinta Kita, Kamal Ishak telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.02 pagi di kediamannya di Kulim, Kedah.
Perkara itu disahkan anak bongsunya, Muhammad Aliff Iman Kamal, 22.
Jelas Alif, kesihatan bapanya mula merosot ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dan lebih banyak terlantar di katil.
Tambahnya lagi, bapanya menghembuskan nafas terakhir di hadapan ibu dan adik beradik yang lain.
“Ayah sudah lama uzur, tetapi keadaannya bertambah teruk, sejak sebulan lalu.
“Sebelum ini, arwah masih boleh berjalan, tetapi tidaklah terlalu gagah. Dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, arwah boleh dikatakan aktif.
“Hari demi hari kesihatan arwah semakin merosot sejak tempoh PKP. Ayah langsung tak boleh menjamah makanan dan akan termuntah apabila disuap makan.
“Bagaimanapun, selera ayah agak baik, sejak beberapa minggu ini.
“Saya tak menyangka ayah akan pergi secepat ini memandangkan dua jam sebelum menutup mata, ayah masih boleh bangun dan berjalan ke tandas.
“Arwah dijangka dikebumikan, jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Masjid Taman Haruan, Kulim, Kedah.
“Kemungkinan pengebumian arwah akan lambat sedikit bagi menunggu anak-anak dari Kuala Lumpur untuk menatap jenazah buat kali terakhir,” katanya seperti yang dipetik.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Wan Noor Wan Chik dan sembilan cahaya mata.
Antara naskah terkenal ialah Nur-Ar-Rahman, Pak Gad, Tunggu Sekejap dan Budak Kampong.
Sumber : Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Kalau saya lambat seminit, mungkin saya tak dapat nak selamatkan mummy”
Itulah perkara yang bermain difikiran pelakon, Alif Muhaimin sewaktu dia bergegas pulang selepas mendapat perkhabaran daripada ibunya yang terperangkap di dalam rumah mereka yang sedang dijilat api pada Isnin.
Menurut Alif, kediaman mereka yang terletak di Kelana Jaya itu dilaporkan mula terbakar pada jam 3.50 petang dan ibunya memaklumkan perkara tersebut melalui grup WhatsApp.
Sebaik mendapat tahu mengenai perkara tersebut, Alif dan adik-beradik lain langsung bergegas pulang ke rumah.
“Saya tak tahu nak gambarkan betapa paniknya saya ketika itu. Mummy pula memang sorang-sorang dan dia bagitahu dia tersekat dekat rumah.
“Saya bawa kereta macam orang gila. Dekat lampu isyarat pun saya dah tekan-tekan hon dan potong semua kereta yang ada. Ketika itu, otak saya berfikir kalau terlambat satu minit, saya mungkin tak sempat nak menyelamatkan ibu saya,” katanya ketika dihubungi MH.
Jelas juara Hero Remaja 2017 ini lagi, adik perempuannya merupakan orang pertama yang sampai ke rumah mereka dan dia nekad memanjat pagar untuk membuka pintu bagi mengeluarkan ibu mereka.
Lantaran itu, tangan adiknya, Hazirah dilaporkan melecur tetapi ibu mereka berjaya dikeluarkan dengan bantuan Alif.
“Dalam 30 minit, pihak bomba sampai dan berjaya memadamkan kebakaran. Alhamdulillah, tiada seorang pun dalam keluarga saya yang berfikiran negatif. Mereka semua nampak okay dan masih boleh tersenyum.
“Mungkin ini yang kami tunjukkan di luaran. Dalam hati, kami sahaja yang tahu. Saya pun kerap ingatkan mereka bahawa setiap yang berlaku ini ada hikmahnya. Nampak mummy sihat, itu sudah cukup melegakan hati kami.
“Bila ramai yang hantarkan mesej untuk bertanya mengenai keadaan saya sekeluarga, saya akan bagitahu yang kami sekeluarga okay sahaja. Mungkin Allah nak gantikan banglo untuk kami,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Alif turut mendedahkan dia sekeluarga terpaksa memohon bantuan memandangkan rumah mereka tidak dilindungi insuran.
“Sejujurnya kami berat hati nak minta sumbangan sebab selagi kami mampu, kami akan cuba usahakan sendiri untuk baik pulih rumah kami.
“Namun, rumah ini dah lama sangat dan tiada insuran. Pihak bomba pun mengatakan memang tak boleh nak buat apa dan kami perlu keluarkan kos sendiri.
“Jadi, kami terbuka untuk menerima sumbangan. Kalau ada, kami terima. Kalau tiada, tak mengapa,” ujarnya lagi.
Tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad ini memaklumkan dirinya kini sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak berwajib.
“Selepas kejadian kebakaran ini, saya terus buat laporan polis dan ambil butiran ahli keluarga.
“Kemudian, saya pergi mohon bantuan daripada pusat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangorku dan Keadilan. Saya tak berharap tetapi saya akan terus usaha.
“Kalau tiada bantuan pun, rumah ini pasti akan dibangunkan semula tapi mungkin akan mengambil masa yang sangat lama,” akhirinya.
Terdahulu, pihak bomba memaklumkan insiden kebakaran tersebut berlaku disebabkan litar pintas berikutan hujan lebat beserta kilat pada petang semalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Alif Muhaimin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Iera Milpan mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam menjaga pemakanan selepas menerima teguran mengenai bentuk badannya yang dilihat semakin berisi.
Menyedari impak visual terhadap...