Konsert penyanyi terkenal British, Robbie Williams yang dijadualkan berlangsung di Ataköy Marina, Istanbul hari ini (7 Oktober) terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa tempatan menzahirkan kebimbangan terhadap isu keselamatan awam.

Dalam kenyataan rasmi, Pejabat Gabenor Istanbul memaklumkan keputusan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini memandangkan situasi keselamatan ketika ini dianggap sensitif.

Robbie, 51, menerusi hantaran di laman Instagram, meluahkan rasa kesal terhadap pembatalan berkenaan namun menegaskan keputusan tersebut berada di luar kawalannya.

“Saya amat menyesal kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Istanbul. Namun keselamatan peminat sentiasa menjadi keutamaan. Keputusan ini dibuat atas sebab keselamatan awam dan ia bukan di tangan kami,” katanya.

Didakwa Pro- Isra*l, Konsert Robbie Williams Dibatalkan

Konsert tersebut sepatutnya menjadi persembahan penutup bagi siri jelajah dunia penyanyi lagu Angels itu. Namun, penganjur memaklumkan semua tiket akan dikembalikan kepada pembeli dalam tempoh terdekat.

Ads

Difahamkan, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengguna media sosial di Turki sebelum ini mendesak agar konsert itu dibatalkan kerana mendakwa Robbie sebagai penyokong Zionis berikutan latar belakang keluarganya dan pernah mengadakan persembahan di Israel.

Kebetulan, tarikh konsert yang dijadualkan itu jatuh pada ulang tahun kedua serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023, sekali gus meningkatkan kebimbangan pihak berkuasa terhadap kemungkinan tercetusnya protes atau ketegangan politik di lokasi acara.

Walaupun keputusan pembatalan dibuat pada saat akhir, Robbie tetap menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat di Turki dan berharap dapat kembali membuat persembahan di negara itu pada masa akan datang.

Ads

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Ads

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Didakwa Pro- Isra*l, Konsert Robbie Williams Dibatalkan

Keyakinan Bermula Dari Dalam

Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.

Jom cantik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI