Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat meluahkan rasa kecewa susulan tindakan seorang lelaki yang didakwa menggunakan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita hingga mencetuskan viral di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Ayda, dia terkejut dengan insiden tersebut dan melihat kejadian sebegitu sebagai tidak sepatutnya berlaku.

“Saya sangat terkejut bila lihat video berkenaan. Bayangkan seorang lelaki menyerang secara verbal dan fizikal terhadap seorang wanita walaupun wanita itu telah meminta maaf.

“Jujurnya memang kasihan melihat wanita itu yang menjadi mangsa kekasaran. Lebih-lebih lagi dia sedang ikut nyanyi lagu saya ketika kejadian berlaku, lagi saya rasa berasa tersentuh.

IKLAN

“Walaupun mungkin wanita itu melakukan kesalahan ketika memandu, tetapi pemandu lelaki itu tidak ada hak untuk berbuat demikian. Apa-apa pun cuba selesaikan dengan baik,” katanya.

Menerusi video berkenaan, mangsa sedang mendengar dan menyanyi bersama lagu Ayda berjudul Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) sebelum didatangi lelaki terbabit.

“Dia Sedang Ikut Nyanyi Lagu Saya Ketika Kejadian…,” – Ayda Jebat Kecewa, Ulas Insiden Mangsa Road Bully “Dia Sedang Ikut Nyanyi Lagu Saya Ketika Kejadian…,” – Ayda Jebat Kecewa, Ulas Insiden Mangsa Road Bully “Dia Sedang Ikut Nyanyi Lagu Saya Ketika Kejadian…,” – Ayda Jebat Kecewa, Ulas Insiden Mangsa Road Bully “Dia Sedang Ikut Nyanyi Lagu Saya Ketika Kejadian…,” – Ayda Jebat Kecewa, Ulas Insiden Mangsa Road Bully

IKLAN

Dalam perkembangan lain, ibu kepada seorang cahaya ini kini kembali sibuk di lokasi penggambaran selepas empat tahun.

“Agak teruja sebab memang dah lama tak berlakon. Tapi dalam masa sama hati berasa berat sebab terpaksa tinggalkan anak di rumah.

IKLAN

“Mungkin ini kali pertama saya berenggang dengan Ana Nayla untuk bekerja dalam tempoh masa yang lama. Tapi alhamdulillah, Nabil banyak membantu dan keluarga juga banyak membantu,” katanya.

Ayda terbabit di dalam sebuah projek drama istimewa 50 episod yang bakal di siarkan di Astro tidak lama lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI