Sejak semalam, nama pelakon, Atiq Azman menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Ia susulan selepas Atiq atau nama sebenarnya, Raja Atiqullah Syah Raja Azman memuat naik satu hantaran di laman Instagram sewaktu sedang bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu.

Menerusi foto tersebut, pelakon drama Nur ini dilihat sedang menikmati suasana di sebuah restoran di tepi laut sambil mengenakan seluar pendek paras peha serta baju kemeja yang tidak dibutang sehingga menampak bahagian dada dan ‘six-pack’ di perutnya.

“Dulu Acah-Acah Jaga Aurat, Sekarang…,” – Payung Six Pack & Paha Kental Waktu Bercuti, Netizen Kecewa Penampilan Terkini Atiq Azman? “Dulu Acah-Acah Jaga Aurat, Sekarang…,” – Payung Six Pack & Paha Kental Waktu Bercuti, Netizen Kecewa Penampilan Terkini Atiq Azman?

“Gym on off. Tahu-tahu pantai lagi,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, hantaran tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak kerana menganggap Atiq tidak menjaga auratnya sebagai seorang lelaki.

IKLAN

Malah, mereka juga turut mengungkit kembali keperibadian Atiq yang dikatakan amat sopan sewaktu mula-mula berkecimpung di dalam dunia seni.

“Dulu Acah-Acah Jaga Aurat, Sekarang…,” – Payung Six Pack & Paha Kental Waktu Bercuti, Netizen Kecewa Penampilan Terkini Atiq Azman? “Dulu Acah-Acah Jaga Aurat, Sekarang…,” – Payung Six Pack & Paha Kental Waktu Bercuti, Netizen Kecewa Penampilan Terkini Atiq Azman?

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik cara Atiq berpakaian selain turut berharap agar pelakon tersebut lebih sensitif jika ingin memuat naik sebarang hantaran di media sosial.

“Dulu bukan main acah-acah jaga aurat, sekarang elok dah belanja orang tengok.

IKLAN

“Bangga gila tunjuk aurat. Dah macam orang barat. Bagus-bagus.

“Tu la orang cakap bila kita diatas, kita akan lupa diri. Dosa pun dianggap perkara remeh.

“Bersyukurlah masih ada yang menegur kita kesilapan kita. Semoga diberikan hidayah.

IKLAN

“Allahu, lari dah dari diri yang asal,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sebelum ini, Atiq pernah meluahkan rasa berang terhadap tindakan segelintir pihak yang menuduhnya sebagai lelaki gay gara-gara kerap berkongsi foto seksi ketika melakukan rutin harian di gimnasium.

Katanya lagi, dia juga tidak teragak-agak untuk menyaman mana-mana individu yang memberikan tuduhan tidak berasas.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Atiq Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI