Pelawak dan pengacara, Vicha mendedahkan dia punyai sebab yang tersendiri mengapa jarang berkongsi perihal mengenai suaminya, Johnson di media sosial.
Menurut Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 34, dia sebenarnya hanya menghormati permintaan suami yang kurang selesa bila berhadapan dengan kamera.
“Ceritanya begini, suami saya bukanlah jenis yang suka didedahkan kepada umum. Kalau pasangan lain, mungkin mereka banyak bergambar dengan suami.
“Namun, gambar kami dalam telefon pun tak terlalu banyak. Kena scroll banyak kali baru jumpa. Dia bukan tipikal orang yang suka bergambar atau mengambil video,” katanya kepada MH.
Tambah pelawak asal Bandung, Indonesia ini lagi, meskipun sudah kerap kali dia mengajak suaminya untuk mengadakan konten-konten lucu di media sosial, namun pendiriannya dikatakan masih lagi belum berubah.
“Sebenarnya, sudah banyak kali saya cuba mengajak suami mengadakan konten-konten di media sosial tetapi jawapannya tetap sama.
“Dia juga kurang selesa kehidupan kami dikongsikan kepada umum. Walaupun sudah saya terangkan yang kita hanya buat konten suka-suka atau melawak tetapi dia masih lagi belum mahu.
“Suami saya ini seorang yang sangat kelakar. Ada sahaja perkara dijadikan bahan lawak tetapi bila di hadapan kamera, dia automatik akan rasa segan.
“Namun, saya masih belum putus asa untuk pujuk dia merakam konten dengan saya. Tiada niat pun nak sembunyikan suami cuma kami juga sibuk dengan hal masing-masing,” ujarnya lagi.
Sudah melayari bahtera perkahwinan hampir lapan tahun, Vincha mendedahkan dia kagum dengan sifat tanggungjawab suaminya lebih-lebih lagi bila melibatkan soal anak-anak.
“Kami bukan baru berkahwin. Usia perkahwinan sudah pun memasuki tujuh tahun. Cabaran-cabaran di lima tahun yang pertama telah kami lalui.
“Alhamdulillah, kami sekeluarga gembira terutamanya buat anak-anak saya yang sebelum ini tidak pernah mendapatkan kasih sayang seorang bapa. Sekarang, mereka sudah tempat untuk dapatkan bimbingan.
“Saya kagum dengan cara suami menjalankan tanggungjawab. Walaupun anak-anak itu bukan anak kandung dia, tapi dia benar-benar menjaga seperti anak sediri.
“Dia tahu cerita hidup saya sebelum ini. Dia juga tahu macam mana kisah bapa kepada anak-anak saya ini. Namun, dia tetap sabar dalam menjalankan tanggungjawab,” akhirinya.
Sekadar informasi, Vicha telah mendirikan rumah tangga bersama Johnson yang berasal daripada Nigeria sejak tiga tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki, Michael.
Selain Michael, Vicha juga mempunyai tiga anak perempuan yang tinggal di Indonesia hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Vicha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Tasha Manshahar memohon doa orang ramai mendoakan kesembuhan buat kedua ibu bapanya yang telah disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Tasha bagaimanapun memaklumkan, ibunya, Herina Wong Abdullah kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Serdang, Selangor, sementara bapanya, Mohd Manshahar berada dalam keadaan stabil dan menjalani kuarantin di rumah.
Menerusi perkongsian di Insta Stories, Tasha mendedahkan paru-paru ibunya mengalami jangkitan selain tahap kandungan Oksigen di dalam badan juga merosot.
Lalu, ibunya terpaksa dikomakan untuk memberikan bantuan pernafasan sehingga keadaan tubuh kembali stabil.
“Sebenarnya tidak menjangka langsung akan sampai jadi tahap macam ni. Dia (ibu) kelihatan sihat ketika mula-mula dimasukkan ke wad. Apa-apa pun, kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah.
“Sebab itu saya minta sangat-sangat doa semua. Doakan senjata oranf mukmin. Mummy pun kena kuat semangat,” tulisnya.
Dia pada masa sama, turut menzahirkan ucapan kasih kepada atas doa semua pihak dan mengakui memerlukan motivasi untuk berhadapan dengan situasi sebegini.
Foto: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Doktor viral yang juga bintang media sosial, Dr. Say menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga pertuturan dan tatasusila demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Jelasnya, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara telah memberi tekanan dan gangguan emosi kepada orang ramai.
Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Saharuddin turut berkongsi, pelbagai kerenah dan tingkah laku yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia sepanjang perlaksanaan PKP.
Malah, Say juga berpendapat tingkah laku sedemikian tidak seharusnya dilakukan.
“Jangan Main-Main, Rakyat Tengah Sensitif Penangan PKP 3.0 & penangan kes Covid yg makin mengancam membuatkan ramai antara kita memilih untuk stay in & work from home which both are very good & encouraging.
“At the same time ramai juga yg meluangkan lebih masa ber-social media which is also good berbanding yg berlegar2 beli carpet, ziarah menziarahi waktu raya & pelbagai pelanggaran SOP yg lain. Keadaan staying in ni somehow membuatkan ada antara kita yg berasa resah, muram & picang,
“Jadi tak hairan lah kalau sepanjang “tempoh” ni kita triggered sikit. Contoh pabila si polan “happy” kes Covid-19 cecah 7 ribu. Pabila si polan seakan tiada empati pabila LRT bertembung sewaktu press conference. Pabila si polan mempersendakan pakaian tradisional Sarawak.
“Pabila si polan dapat potong barisan amik vaksin di Ipoh kononnya masuk golongan berisiko tinggi. Salahkah kita nak triggered dengan polan2 sebegini? Bagi sy tak salah, sy pun triggered celah mana risiko tinggi polan sorang tu,” tulisnya.
Say menerusi kapsyen panjanngnya itu juga memohon untuk berhati-hati di dalam setiap apa sahaja pandangan yang dilakukan.
“Kesimpulannya berhati-hatilah dalam penulisan, penggambaran, peng-story-an, peng-press-conference-an di kala rakyat tengah sensitif ni.
“Terus terang sy cerita sy ambil lebih masa nak mengarang cerpen 3 perenggan sy time2 ni sebab terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
“Jangan main2 dengan netizen, kalau Israel boleh koyak dengan Bawang Rangers apetah lagi polan Malaysian sendiri. Jaga kata, jaga tatasusila necaya hidup aman bahagia,” tulisnya lagi.
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel sebentar tadi memaklumkan dirinya telah mengalami kemalangan ketika sedang berada dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusan kerja.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Purnama itu menerusi Instagram.
Kelihatan kereta yang dipandunya remuk di bahagian hadapan. Naim bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya memberitahu bahagian rahangnya kemungkinan terkehel.
“Nak bertolak pergi kerja pagi tadi, alhamdulillah Allah bagi rezeki,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Tenang menghadapi ujianNya, Naim juga menzahirkan rasa syukur kerana beranggapan apa yang terjadi adalah rezeki untuknya pada hari ini,
Dia pada masa sama turut berkongsi keadaan kereta yang dipandunya secara terperindi di Insta Stories.
Serentak dengan makluman tersebut, rakan selebriti termasuk peminat meminta Naim agar kuatkan semangat dan jaga diri di samping meluahkan rasa lega kerana tiada sebarang kecederaan serius berlaku terhadapnya.
Foto: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Minggu keempat program realiti, Kilauan Emas 2024 malam tadi menyaksikan hampir semua peserta mempamerkan kualiti vokal dan persembahan yang lebih menyakinkan.
Meski tiada penyingkiran dilakukan,...