Menerusi temubual bersama Datuk Aliff Syukri dalam Meletop, dalam asyik berbicara soal anak menangis, tindakan Yusoff Alqardawi nyata menggeletek hati netizen.
“Bila tengok dia menangis satu kepuasan dekat saya. Anak-anak saya memang kurang menangis,” kata Aliff.
Bagaimanapun, ada insiden lucu yang berlaku secara spontan.
Ads
Apabila kamera dihalakan kepada Yusoff, si cilik itu sedang menjilat tangan Neelofa.
“Eh, dia jilat aku, hahaha,” reaksi Lofa yang terkejut dengan tindakan anak bongsu usahawan itu.
Anggota kumpulan Zero, Atu ada memohon jasa baik agar bagasinya dipulangkan kembali. Perkongsian yang dimaklumkan pelawak berkenaan itu turut dikongsi menerusi Instagram.
Katanya, meski lagi dua hari dia akan berangkat ke Mekah dari Madinah, bagasinya di dapati hilang ketika tiba di Madinah.
“Alhamdulillah lagi dua hari kami akan berangkat ke Mekah. Tapi ada berita kurang baik apabila luggage saya hilang ketika di Madinah. Mungkin sebab beg telah ‘diwrapped’ lebih kurang sama dengan beg orang lain.
“Tetapi mustahil dia (individu yang terambil bagasinya) tidak check kalau bukan dia punya, dia mesti sudah pulangkan ke tempat sepatutnya memandangkan kami sudah buat laporan kepada pihak penerbangan,” antara kenyataan yang dipetik Atu.
Malah, menerusi video tersebut, Atu juga turut memuat naik alamatnya bagi memudahkan proses memulangkan balik bagasinya.
Tambahnya lagi, dia kini sehelai sepinggang memandangkan barangan keperluan berada di dalam bagasi berkenaan.
“Kalau beg saya boleh bercakap, mesti dia cakap tolong pulangkan saya pada tuan saya sebab dia mahu pakai baju, seluar, spender apa semua. Saya sampai ke sini, sehelai sepinggan,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun menerusi entri yang dimuat naik, Atu memberitahu dia tidak marah sebaliknya sudah masuk tiga hari hal ini berlaku.
“Salam semua. Alhamdulilah…Saya tidak marah,tapi suda masuk 3hari bossku saya diam saya fikir baik,rata2 dalam flight semua orang malaysia takkan orang malaysia perangai mcm bukan orang malaysia.
Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah telah ‘membongkar’ rahsianya apabila dia sudah lama tidak menggoreng ayam meski sudah tiga tahun berkahwin dengan Muhammad Zulfadli pada Februari 2016.
Menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi pelbagai jenis lauk yang cukup menyelerakan.
“1st time goreng ayam semenjak 3 tahun kahwin! Percaya tak? Ya kan Syg @zul.autkaz betul kan? Kenapa 1st time? Sbb selama ni Grill je semua lauk, x suka goreng, kan grill lebih sihat, lebih enak..
“Tapi semalam Bonda kena rasuk! Tak jumpa daun pudina kat pasar, so x jadi grill. Maka terhasillah idea ayam goreng acah2 #KFC masak lemak cili api ayam, sayur baby kobis (x ingat nama) with shitake mushroom, pulut kukus with bubur serawa durian as dessert. Haaa, kan dah kata Bonda kena rasuk, sampai semua menu bersantan dan bergoreng! Mmg ini jarang berlaku..
“Semua ni gara2 dah habis idea nak masak apa. Padahal nak sediakan menu special utk suami tercinta yg baru balik dr Istanbul. Maka terciptalah MENU TERLEBIH SIHAT ni. Takpe ya suami, sekali sekala kita bersantan.. Lain kali xde dah.. Back to GRILL & KUKUS,” tulis Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah.
Komposer dan penulis lagu prolifik, Ajai berharap pendengar dapat menikmati Cinta Di Akhir Garisan 2.0 dengan perspektif baharu tanpa membandingkannya dengan versi asal yang...