Sehingga kini, tiada siapa yang mengetahui mengenai keadaan sebenar penyanyi rap, Malique selepas dia memutuskan untuk tidak mahu muncul di arus media massa, setakat ini.

Namun, penyanyi muda, Ben Ladin menjadi individu paling bertuah apabila Malique bukan sahaja bersetuju menuliskan lagu untuknya malah, dia juga dapat berjumpa dengan bekas anggota kumpulan Too Phat itu secara empat mata semasa proses rakaman dilakukan.

Kisah itu dikongsikan Ben semasa ditemu ramah bersama Budiey.com.

IKLAN

“Label Sony Music Malaysia yang approach Abang Malique. Kemudian Abang Malique pon alhamdulillah sudi untuk membuat lagu untuk saya. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada abang Malique dan abang Dedeq.

Pertama kali masa saya jumpa Malique, saya memang 100% nervous. Tapi Abang Malique ni seorang yang humble dan cool. Banyak yang saya belajar daripada Abang Malique seperti rap, sebutan dan cara penyampaian.” katanya.

Ketika ditanya apakah cabaran ketika merakamkan lagu tersebut? Ini jawapan yang diberikan oleh Ben,

IKLAN

“Verse kedua banyak sebutan saya yang tak terang dan saya juga selalu terkejar tapi kita ada buat second session untuk fix balik apa yang problem tu,”

“Saya ambil masa dalam tiga ke empat hari untuk hafal lagu tersebut tapi untuk faham lagu tersebut yang mengambil sedikit masa sebab dia ada banyak maksud yang tersirat.” tambah Ben.

Ben turut menjelaskan tindakkannya untuk kongsi semula video ‘cover’ lagunya di Instagram adalah sebagai salah satu cara untuk dia menghargai peminat lagu Hikayat Ben Ladin.

IKLAN

Terdahulu, Lagu Hikayat Ben Ladin hasil ciptaan Malique dan Dedeq ini telah mendapat 2.9 juta tontonan di Youtube tidak sampai tiga minggu ia ditayangkan.

Video/ Foto: Youtube & Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI