Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak dapat menahan sebak saat menghantar pembantu rumahnya ke lapangan terbang untuk pulang ke negara asal selepas lebih 10 tahun berkhidmat bersama keluarganya.

Menurut Aliff, dia sekeluarga berasa amat sedih diatas kepulangan tersebut kerana mereka sudah menganggap pembantu rumahnya itu seperti ibunya sendiri.

Katanya lagi, sepanjang 10 tahun ini, pembantu rumahnya itu telah menjalankan tugas dengan sangat baik lebih-lebih lagi ketika menjaga anak-anaknya.

“Dia Ibarat Ibu…,” – Semua Nangis Di Airport, ‘Bibik’ Aliff Syukri Balik Negara Asal Selepas 10 Tahun Bersama “Dia Ibarat Ibu…,” – Semua Nangis Di Airport, ‘Bibik’ Aliff Syukri Balik Negara Asal Selepas 10 Tahun Bersama

“Bukan senang nak cari bibik yang setia. Kami terlalu sedih selapas 10 tahun berbakti dengan keluarga. Kesedihan yang sukar diungkapkan untuk kami sekeluarga. 10 tahun bukanlah jangka masa yang pendek, dia ibarat ibu dan penjaga kami sekeluarga.

“Walaupun sekadar menjadi pekerja pembantu rumah tetapi banyak jasa beliau menjaga anak-anak saya. Daripada Baem lahir dan sampai la Baem sekarang.

“Daripada dia tiada cucu sampai ada cucu enam orang daripada rumah dia rumah buloh sampai la berumah batu,” luahnya.

IKLAN

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada enam orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Aliff mendedahkan dia sekeluarga reda dengan keputusan tersebut dan mendoakan yang terbaik buat pembantu rumahnya itu.

“Dia Ibarat Ibu…,” – Semua Nangis Di Airport, ‘Bibik’ Aliff Syukri Balik Negara Asal Selepas 10 Tahun Bersama “Dia Ibarat Ibu…,” – Semua Nangis Di Airport, ‘Bibik’ Aliff Syukri Balik Negara Asal Selepas 10 Tahun Bersama “Dia Ibarat Ibu…,” – Semua Nangis Di Airport, ‘Bibik’ Aliff Syukri Balik Negara Asal Selepas 10 Tahun Bersama

“Bibik kami semua akan merindui dan juga terasa kehilangan bibik tapi saya yakin inilah yang terbaik untuk bibik gembira sekeluarga. AMEEN AMEEN YA ROBALALAMEEN.

“Siapa yang pernah kehilangan bibik yang lama seperti ini sila komen di bawah,” kongsinya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak selain turut memuji hubungan akrab yang Aliff sekeluarga bersama pembantu ruamhnya itu.

“Ya Allah permudahkan segalanya dalam hidupmu sekeluarga bibik, amin.

“Allahuakbar sedih pulak tengok. Tak dapat gambarkan kalau bibik saya pulak balik. Bibik saya juga dah 10 tahun dengan kami.

“Sedihnya Dato bibik dah balik. Rindu nanti dengan ketawa riang ria bibik. Pernah jumpa bibik di gala dinner. Bibik peramah orangnya.

IKLAN

“Terbaik datuk. Sayang bibik macam keluarga sendiri.

“Alahai, kita juga ikut sedih sekali ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Dia Ibarat Ibu…,” – Semua Nangis Di Airport, ‘Bibik’ Aliff Syukri Balik Negara Asal Selepas 10 Tahun Bersama “Dia Ibarat Ibu…,” – Semua Nangis Di Airport, ‘Bibik’ Aliff Syukri Balik Negara Asal Selepas 10 Tahun Bersama “Dia Ibarat Ibu…,” – Semua Nangis Di Airport, ‘Bibik’ Aliff Syukri Balik Negara Asal Selepas 10 Tahun Bersama

Sehingga kini, video berdurasi hampir seminit itu telah pun meraih lebih 1.3 juta tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI