Akui pernah jahil hal agama, anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo atau nama lengkapnya, Nur Hasan Baias berkongsi cerita apabila pernah digoda seorang wanita saat dirinya dalam fasa hijrah untuk menjadi insan yang lebih baik.
Jelas pemenang tempat kelima Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu bersama One Nation Emcees, dia percaya dirinya sedang diuji oleh Allah selepas beberapa bulan dia mula mendalami ilmu agama secara perlahan-lahan selepas 20 tahun leka dengan duniawi.
“Masa itulah Allah uji saya. Ada seorang kawan perempuan saya ajak pergi hotel dia kata dia ada masalah. Jadi saya datang. Apabila saya sampai di hotel, dia hanya pakai T-shirt sahaja.
“Jadi, saya yang sudah berubah, rasa macam kenapa ini? Lantas, dia berkata ‘tolonglah sekejap je ni’.
Ads
“Mungkin dia nak cerita masalah dia. Ketika itu, dia ajak saya buat sesuatu yang disentuh,” kongsi Jojo menerusi perkongsian Youtube Zayan.
Tidak mahu terus leka dalam kejahilan, bintang berusia 45 tahun menyedari perbuatannya itu salah disisi agama, sekali gus mahu menginsafi diri dengan cara mendirikan solat.
Ads
“Masa itu saya rasa diuji. Saya rasa macam saya nak buat atau tidak.
“Tapi saya fikir, saya sudah berhijrah. Kalau saya buat ini, pasti Allah murka (marah). Jadi saya masuk ke tandas, saya ambil wuduk dan solat. Ketika itu jam tiga pagi, saya buat solat tahajud.
Ads
“Dia pun macam terkejut, lalu dia ambil selimut dan menyelimuti dirinya. Dia rasa macam malu agaknya.
“Saya langsung tak pandang dia, saya teruskan solat dan berdoa pada Allah agar diampunkan dosa,” jujur Jojo yang menjelaskan bahawa wanita tersebut kini sudah berubah dan mengenakan hijab.
Terdahulu, MH pernah menemubual anak kelahiran Sabah itu dan berkongsi cerita apabila dia telahbermimpi seorang individu yang wajahnya bercahaya dan memberitahu namanya Muhammad.
Video : Youtube Zayan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi pengalaman menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, pelakon Lufya Omar baru-baru ini berkesempatan ke Raudhah dengan mudahnya, meski dihimpit jutaan manusia.
Katanya, dia bersyukur kerana dapat mendirikan solat di saf (barisan) hadapan.
“Sekadar perkongsian pengalaman masuk ke dalam Raudhah semalam selepas Isyak❤ Raudhah di buka 2x sehari iaitu pada waktu selepas subuh dan waktu selepas Isyak sahaja melalui pintu 25.
“Jutaan manusia berpusu-pusu ingin solat di sini kerana Raudhah tempat mustajab untuk berdoa. Syukur Alhamdulillah Allah rezekikan fya solat di saf depan berdekatan tiang 119 (tiang aisyah),” kongsinya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak itu turut berkongsi tips buat jemaah yang pertama kali menjejakkan kai ke Raudhah.
“Syukur dengan rezeki ini, fya kongsikan sedikit tips untuk jemaah yang pertama kali ingin solat dan berdoa di Raudhah, Madinah. ..
❤Pakai pakaian jubah hitam serta khimar hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal arab kerana mereka ingat kita orang Arab, pakistan dan sebagainya.
❤Pakai baju berlapis dan tebal sikit supaya badan tak sakit sgt apabila dirempuh dan di asak(rasa macam main raghbi pun ada 😂) Pakai Stokin yang tebal. Makan byk sikit sebelum masuk ke Raudhah supaya ada tenaga.. ❤Orang di sini berkejar dan berlari lari untuk masuk ke Raudhah. Pastikan anda sentiasa awas dan jangan sampai jatuh kerana dikhuatiri akan dipijak-pijak. Tak perlu tolak-tolak orang. Sabar adalah kunci kejayaan melepasi ujian utk solat di saf terbaik di dalam Raudhah
❤Hadiahkan zikir, doa dan bacaan al quran kpd ibu bapa kita utk mudah mendapat bantuan yg tidak disangka- sangkakan. .
❤Perbanyakkan berselawat dan mintak Allah beri pertolongan untuk mendapat peluang solat di saf depan. ..
❤Sabar dan yakin akan dapat solat di saf depan. Jangan terkejut pulak ketika solat biasa orang berdiri atau lalu ketika kita solat. Dalam keadaan Orang terlalu ramai keraskan sikit kaki supaya utuh dalam keadaan berdiri dalam solat dan tidak tertolak ke tempat lain…
❤Jangan ikut perbuatan yang melebih -lebih seperti cium tiang, sapu badan pada tiang, cukup sekadar solat dan berdoa mohon ampun di sana,” kongsinya.
Raut wajahnya tenang dan senyuman sentiasa terukir di bibir.
Walau beberapa kali lapkan air mata dan bergetar suara menahan tangis tatkala berkongsi kisah kehilangan suami dan anak-anak, namun penyanyi Nora Ariffin terus reda dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Genap 40 hari pemergian anakanda tercinta, arwah Alif Johan, Nora mengimbau kembali detik terakhir bersama arwah.
Jelasnya, Allah mengambil Alif pada waktu dan keadaan yang sangat tepat.
“Saya sangat bersyukur kerana arwah diambil kembali pada waktu dan tempat yang sangat tepat.
“Sewaktu Alif menghantar saya ke lapangan terbang, dia membawa bersama anak bongsu saya. Bayangkan sewaktu memandu pulang dan dia rebah ketika itu, apa pula akan terjadi kepada anak bongsu saya.
“Waktu mula-mula ditimpa ujian, memang berat rasanya. Namun saya selalu tanamkan dalam diri untuk sentiasa bersangka baik.
“Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
“Rindu, memang sentiasa saya rindu. Namun saya berfikiran positif, saya mahu teruskan hidup. Memang saya akui tak mudah untuk tenang, tiada ibu yang tidak sedih kehilangan anak.
“Namun apa yang berlaku kepada kita ialah ketentuan Allah,” jelasnya kepada MH.
Cekalnya hati seorang isteri dan ibu apabila kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh masa yang agak rapat.
Bahkan, jelas penyanyi Hanya Satu ini lagi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
“Kita sayangkan anak namun Allah lebih sayangkan dia. Allah tahu apa yang terbaik. Dunia ini sebentar sahaja, jadi lebih baik sekiranya saya tumpukan ke akhirat.
“Suami selalu pesan, hidup sementara, kemuncaknya kita semua ingin ke syurga. Seperti anak saya, dia pergi dalam usia 20 tahun, mungkin itu yang terbaik untuknya. Saya reda. Saya ampunkan segala dosanya.
“Saya tiada rasa sedih atau mengeluh kenapa ia berlaku, saya nampak hikmahnya Allah beri nikmat lain yang tidak pernah terlintas dalam hidup saya sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada Majlis Tahlil dan Pengumuman Duta Umrah ECO di Bangi.
Mengakui sukar menerima kehilangan arwah suami sementelah kedua-duanya bagaikan belangkas, tidak pernah berpisah.
Dia juga harus bangkit demi anak-anak. Nora juga berkongsi detik seminggu sebelum pemergian arwah suami.
“Kehilangan arwah suami agak lama untuk saya terima kerana dialah jiwa saya. Namun bagaimanapun saya harus bangun kerana anak-anak perlukan saya. Tiada gunanya saya depresi, terus dalam kesedihan.
“Yakinlah, apa yang kita ada hanyalah pinjaman. Allah akan uji dengan apa yang kita sayang. Kena selalu bersangka baik. Sabar atas segala ujian, reda dan bersyukur dengan ujian yang diturunkan.
“Seminggu sebelum suami meninggal, kami berbulan madu di Jakarta. Sebelum pulang, saya peluk arwah dan katakan padanya supaya jangan tinggalkan saya.
“Maksud saya waktu itu janganlah ceraikan saya jika berlaku apa-apa. Dan beberapa hari selepas itu, arwah mula demam dan Allah ambil kembali suami saya,” tambahnya lagi.
Akur akan takdir dirinya tanpa suami dan anak yang telah pergi dahulu mengadap Ilahi, kata penyanyi berusia 46 tahun ini, jangan sesekali bergantung harapan kepada manusia.
“Sebagai suami isteri kita harus saling mengingati dan bersedia. Waktu arwah meninggal, saya risau apa yang akan berlaku kepada anak-anak andai saya pula pergi. Tapi nasihat saya, jangan risau, kita jaga amal ibadat kita dan yang lain Allah yang tentukan.
“Dahulu saya sangat bergantung harap kepada suami dan apabila Allah uji dengan kehilangannya, saya belajar bahawa kita tidak boleh bergantung kepada manusia. Memang kadang kala terfikir bila suami dan anak tiada, siapa yang akan menjaga kita, tapi fikirlah yang baik-baik,” jelasnya lagi.
Sekadar imbasan, Nora kehilangan suami, Johan Nawawi 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun manakala anak keduanya, Alif Johan meninggal dunia secara mengejut pada 14 Disember 2019.
Dalam perkembangan lain, Nora telah dilantik sebagai duta Umrah Eco dan akan bersama mengerjakan umrah dalam pakej ‘Umrah Eksklusif Istimewa Bersama Nora’ pada 18 Mac sehingga 29 Mac ini.
Pelakon Atikah Suhaime baru-baru ada memuat naik foto di Instagramnya yang melihatkan dia tampil dengan mini dress dalam rona pastel.
Seiring dengan foto tersebut, entri berkenaan turut dihujani komen netizen yang perasan akan perubahan fizikal pelakon itu yang kelihatan sedikit berisi.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.