Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada memberikan reaksi mengenai sesetengah sikap pelakon baru ketika berada di set penggambaran.

Jelasnya antara lain, meski tidaklah semua namun ada segelintir dari golongan ini yang seakan-akan berlagak diva dan buat hal sendiri di lokasi.

Sedangkan, di dalam sesebuah produksi, semua kru yang terlibat sudah dianggap sebagai keluarga besar sendiri.

Perkara itu dikongsikan panjang lebar Zarina menerusi salah satu posting di saluran YouTubenya, beberapa hari lalu.

“Bukan semualah, separuhlah yang rasa dia bagus. Nak suruh orang datang dekat dia, nak suruh orang sembah-sembah dia, nak suruh orang appriciated dia sebab dia heroin. Tak boleh macam tu.

“Kita kena ada budi bahasa. Kalau yang tua kita anggaplah macam mak kita, kakak kita. Sebenarnya kalau kita shooting ni satu family. Satu keluarga besar, saling memerlukan.

IKLAN

“Tak boleh sombong-sombong,” katanya.

Zarina pada masa sama turut memuji Mira Filzah yang disifatkan sebagai antara pelakon muda yang sangat menghormati orang, khasnya bintang lama.

“Tapi ada pelakon yang pandai hormat orang pun ada, walaupun nama besar. Macam Mira Filzah dia pandai jaga diri dia, pandai hormat dan pandai campur dengan orang.

“Tahu bawa diri dia, tahu dia siapa. Tak ada macam beza-bezakan. Dengan orang tua dia hormat. Dia datang tau, masuk cari orang.

IKLAN

“Bukan kita cari dia tau. Kadang sesetengah pelakon baru ni dia tak nak tegur orang. Dia nak suruh orang tegur dia dulu,” akui Zarina yang turut menitipkan nasihat buat pelakon baru yang ingin kekal lama dalam industri.

Ikuti versi penuhnya di sini;

Sementara itu menerusi kapsyen di Instagram pula, Zarina akui ada pelakon senior yang terasa hati dengan sikap segelintir pelakon baru.

Dia turut berharap agar video yang dikongsikan itu boleh dimanfaatkan.

IKLAN

“Pelakon baru ni kadang2 kena bahasakan dorang sikit kalau tak memang tak reti nak hormat orang! Maaf cakap lah ye, saya sebagai pelakon senior memang kadang2 terasa hati dengan sikap pelakon baru.

“Bukan semua tapi ada lah segelintir lebih lagi yang nama tengah naik. Harap nasihat dalam video ni boleh sedarkan sikit lah ye.

“Siapa makan cili dia lah terasa pedasnya. Ye dak?? Video penuh boleh tengok di YOUTUBE MANGKIN PICTURES. Banyak lagi video2 best yang saya share dekat situ termasuk lakonan pertama Azal,” tulisnya lagi.

Foto: YouTube Zarina Zainuddin, Mira Filzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI