“Dia ‘cheerfull’, Tak Pernah Tunjuk Dia Ada Masalah,” – Serasi Dalam Drama, Ruhainies Dedah Sikap Zul Ariffin Di Set Lokasi

Pelakon Ruhainies menyifatkan keserasian yang terjalin bersama aktor Zul Ariffin menerusi drama Wifi Sebelah Rumah berjaya memberi impak sehingga ada yang meminta mereka untuk betul-betul bercinta.

Menurut Ruhainies, usikan tersebut suatu yang normal memandangkan mereka disatukan sebagai pasangan bercinta di dalam drama yang disiarkan secara ekaklusif di di Disney+ Hotstar itu.

“Bagi saya bila ada permintaan sedemikian hingga ke luar set, secara tak langsung menunjukkan drama tersebut berjayalah kerana penonton boleh nampak keserasian serta kemanisan babak yang dibawa.

“Baik saya dan Zul, kami profesional dan senang bila digandingkan bersama. Malah perkara tersebut buatkan proses penggambaran jadi lebih lancar.

“Terima kasih juga buat pelakon lain yang turut sama membantu. Senang cakap, dia seorang kawan yang baik,” katanya.

IKLAN

Ditanya mengenai sikap Zul sepanjang beberapa minggu di lokasi penggambaran, Ruhainies menyifatkan aktor tersebut sebagai pelakon yang komited dan tidak pentingkan diri.

“Dia seorang yang mengambil berat mengenai sesebuah naskhah yang dibawa. Tidak pentingkan diri dan menyokong ‘team’ untuk sama-sama berikan yang terbaik.

“Kami kerap berbincang untuk berikan lebih ‘warna’ terhadap sesuatu babak. Kalau nak diikutkan, kami tidak ikut 100 peratus skrip. Masing-masing boleh lontarkan idea berbincang bersama pengarah, Shuhaimi Zulkefli,” katanya.

Pada masa sama, Ruhainies turut melihat Zul sebagai seorang yang tenang.

“Dia ‘cheerfull’, tak pernah tunjuk dia ada masalah dan macam tak pernah marah. Malah mungkin ramai tak tahu, dia suka makan Nasi Kandar. Sekali makan dua bungkus! Ada juga masanya dia tiba-tiba akan tempah set makanan untuk satu produksi makan. Dia pemurah suka belanja,” katanya lagi.

Selain Zul dan Ruhainies, drama 16 episod itu turut dibarisi Keith Foo, Nurin Afiqah, Fadlan Hazim, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

IKLAN

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!