Kemunculan kembali Hetty Sarlene sebagai peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) pastinya sudah terubat rindu.
Mula dikenali dalam lakonan menerusi drama Sembilu Kasih yang pernah ditayangkan pada 2007 di kaca televisyen, heroin drama tersebut itu telah meluahkan perasaannya menerusi akaun Instagram.
“Hari nie untuk Trek Selebriti kite jumpe orang Yang bertanggungjawab menaik kan nama HETTY SARLENE sebagai perlakon. Mula Berlakon dengan dato sejak umur Hetty 19 tahun… hahhh!!! Lah nie ceh teka brape umur kite?,” tulisnya.
Tambah plantun lagu Siapa Diriku Di Sisimu itu, dia juga berterima kasih kepada Datuk Yusuf Haslam kerana menaikkan namanya sebagai pelakon menerusi drama berkenaan.
“Ini lah die Uncle/dato Yusof Haslam. Terima kasih dato, Budi baik Uncle dan auntie akan tetap Hetty kenang..sayang Uncle dgn auntie ketat-ketat,” tulisnya lagi.
Serentak dengan itu, netizen telah memberi komen yang pelbagai mengenai gambar tersebut.
Selain itu, ada juga yang mula merindui lakonan Hetty dalam menjayakan watak sebagai Zetty yang digandingkan bersama Zed Zaidi sebagai Fendi.
Respek dengan Hetty kerana dia tidak pernah melupakan individu yang banyak membantu menaikan namanya dalam industri hiburan ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI