Suami kepada pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, Raja Syahiran memaklumkan isterinya kini harus menjalani proses berehat yang secukupnya untuk memastikan tahap kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala.
Menurut Syahiran yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon, meskipun Uyaina sudah dibenarkan pulang ke rumah, namun rasa sakit yang dialaminya itu masih lagi belum berkurangan.
“Sekarang ini Uyaina sedang berehat di rumah. Doktor pun dah sarankan untuk dia tidak bekerja dan melakukan kerja-kerja berat sepanjang dua minggu ini. Dia perlu betul-betul berehat.
“Dia masih lagi berasa sakit sampai sekarang. Semalam pun, pertama kali balik ke rumah, dia masih lagi tak boleh tidur. Kami tengah cuba untuk biasakan dengan keadaan ini.
“Dia juga hilang selera makan tapi nak tak nak, dia kena paksa makan juga untuk bayi dalam kandungan. Dia nak bangun pun susah. Dia boleh jalan tapi tak sekuat dulu. Jalan pun kena bongkokkan badan,” katanya menerusi panggilan telefon bersama MH.
Dalam pada itu, penyanyi lagu, Hingga Akhir Waktu ini turut mengakui dirinya berasa amat sedih bila melihat keadaan isterinya yang terpaksa menanggung rasa sakit.
Ads
“Entahlah, saya sendiri tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan saya sekarang. Saya harap sangat kalau sakit tu boleh pindah ke saya.
“Saya sedih sebab saya tak boleh nak buat apa-apa untuk bantu. Kalau dia mengadu rasa sakit, saya hanya boleh panggil jururawat. Jururawat pula hanya boleh tengok sahaja.
“Painkiller pula ada yang berkesan dan ada yang tidak. Bila dah balik ni pula, dia tak boleh ambil painkiller yang sembarangan. Ada painkiller yang hanya boleh digunakan ketika di hospital sahaja sebab ia dalam bentuk ‘drip’.
“Dia rasa sakit tu sampai menangis. Sampai rayu mintak tolong dekat saya. Itu yang buatkan saya sedih,” kongsinya lagi.
Ads
Pada masa sama, Syahiran memberitahu, dia kini sudah tidak memikirkan lagi mengenai persiapan menjelang hari raya kerana keutamaannya pada ketika ini adalah untuk memastikan keadaan isteri dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Kita tak minta sakit ni. Kalau nak kata sedih memang sedih. Tapi fokusnya sekarang adalah untuk pastikan Uyaina sihat.
“Betullah kata orang, kalau kita sakit ni, segala perkara lain memang kita tak fikir dan ambil peduli lagi dah.
Ads
“Soal kesihatan kita letakkan sebagai keutamaan,” ujarnya lagi.
Selesa lalu, Uyaina memaklumkan dirinya telah selesai menjalani pembedahan appediks.
Namun keesokkan harinya pula, pengacara program, Wanita Hari Ini itu disahkan pula mengalami keradangan di bahagian rahimnya.
Terdahulu, Uyaina baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan cahaya mata sulungnya pada awal bulan lalu.
Untuk rekod, Syahiran dan Uyaina telah mendirikan rumahtangga mereka pada tanggal 21 Disember 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Raja Syahiran & Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pelakon, Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Raman, meninggal dunia selepas ditemui terjatuh dalam bilik air di rumah ibunya di Flat Sentul Murni malam tadi.
Menurut adiknya yang dikenali sebagai Hassenah, arwah Pian ditemui oleh ibu mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik air sekitar jam 8 malam.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 52 tahun.
“Punca kematiannya belum diketahui. Sepatutnya abang ada tawaran persembahan esok, tapi kami tidak pasti lokasinya.
“Proses pengkebumian juga belum dapat dipastikan dimana buat masa ini dan hanya akan diketahui esok.
“Buat masa ini jenazahnya masih di rumah emak dan selepas ini akan ditempatkan di surau di sini,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Terdahulu, Pian pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018.
Ahli kumpulan Cecupak itu kerap berhadapan dengan masalah semput serta sering menerima rawatan doktor.
Kemudiannya, Pian mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung.
Allahyarham Pian pernah mendirikan rumah tangga dan bercerai dengan bekas isteri pada 2000.
Menerusi perkahwinan terbabit, arwahdikurniakan dua cahaya mata iaitu Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Badan semakin mantap dan semoga berjaya”. Ini antara komen yang diterima hos dan pelakon, Ammar Titan atau Azizul Ammar selepas memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dirinya sedang aktif melakukan senaman di gimnasium.
Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya, Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan ada berkongsi beberapa keping foto transisi perubahan sebelum dan selepas melakukan rutin kecergasan.
Dalam pada itu, menerusi ruangan kapsyen entri berkenaan, rata-rata pengikut bintang berusia 33 tahun ini menitipkan kata semangat di samping ucapan hari jadi, selain teruja melihat perubahan dirinya itu.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan rakan artis dan peminat mendapat respon Ammar
Ammar mula dicungkil bakatnya menerusi program realiti Bintang Mencari Bintang terbitan TV3. Dia ketika itu bergandingan dengan Issey menerusi grup diberi nama Titan.
Selamat bernikah dan mengadakan beberapa buah majlis resepsi, pelakon Farah Nabilah mendedahkan akan berkunjung ke Pulau Pinang terlebih dahulu bersama suaminya, Mohammed Amirul Yunus untuk berbulan madu.
Kata bintang Cik Reen Encik Ngok Ngek itu, dia dan Amirul masih mempunyai tuntutan kerja yang harus diselesaikan.
“Perancangan bulan madu belum ada apa-apa lagi. Saya bakal memulakan penggambaran beberapa buah drama begitu juga dengan Amirul yang bekerja sebagai seorang juru terbang.
“Apa yang pasti, kami akan ke Pulau Pinang terlebih dahulu untuk mencari makanan yang menarik di sana kerana saya teringin nak makan nasi kandar.
“Boleh dikatakan Pulau Pinang sebagai short honeymoon kami, ” katanya kepada MH.
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.