Pelakon, Serina Redzuawan yang baru sahaja kehilangan ibunda tercinta 18 Mac lalu meluahkan kerinduan yang tiada berpenghujung di laman Instagram miliknya.
Wanita ini menjelaskan ibunya sudah lama menderita sakit, dan sewaktu tenat, arwah masih sempat berpesan, menghulurkan sedekah kepada anak-anak tahfiz.
Lebih syahdu, jelas Serina, sewaktu hidup, arwah cukup sayang pada kucing dan sering memberi haiwan comel itu makan dan mungkin atas asbab berkenaan, sebelum dikebumikan, masjid dipenuhi dengan kucing yang turut menemani dan menjaga jenazah.
“Rindu yang tiada berpenghujung, darah dagingku mengalir darahmu Ibu. Tenanglah di alam abadi, sudah lama mama menderita sakit. Mama rehatlah dengan tenang, Rina redha pemergian mama.
Ads
“Moga segala amalan yang mama lakukan menjadi bekalan di akhirat, Mama,Kak Natrah penjaga mama ada bagi tau di saat mama sakit tenat pun mama masih ingat minta dia hantarkan sedekah pada anak anak tahfiz. Allahuakhbar! Rina bangga jadi anak mama.
“Mama sayang pada kucing kucing, selalu kasi makan kucing sampaikan di masjid kucing penuh tunggu mama jaga jenazah mama sebelum di kebumikan. I Love u so much!
Ads
“Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada Ibu Serina (HAJAH NORHAYATE BINTI FATIMAH),” luahnya panjang lebar.
Bintang skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, ada membuat permohonan maaf seterusnya cuba untuk meningkatkan prestasi lagi prestasinya dalam perlawanan bola sepak selepas ini.
Katanya seperti mana yang dikongsikan di Instagram yang dikemas kini, bintang sukan berusia 23 tahun itu turut terharu atas sokongan yang diberikan terhadapnya selama ini.
“Great win last night JDT @officialjohor. Dalam masa yang sama saya ingin mintak maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya, inshaallah next game saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk Team.
“Tanpa ada sokongan dari anda semua, belum tentu saya boleh berada pada tahap ini #teruskanusaha #jgncepatputusasa,” tulisnya sambil disambut dengan ribuan komen yang bercampur-campur di kalangan netizen.
Terdahulu, prestasinya yang menurun berbanding musim lalu turut mendapat perhatian pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Foto: Instagram Safawi Rasid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Peserta paling muda dalam barisan finalis Hero Remaja 2020, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan mengakui dirinya rasa terkejut dan bersyukur dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambilnya, hari ini.
‘Hero’ berusia 18 tahun itu memperolehi keputusan 5A, 3B dan 1C menerusi sembilan subjek yang diambilnya dalam jurusan Sains Komputer.
“Alhamdulillah dan syukur dengan keputusan ini meski ia mungkin tidaklah secemerlang pelajar lainnya, namun keputusan dicapai adalah sesuatu yang di luar jangkaan saya sebenarnya.
“Ini kerana, ketika sesi percubaan sebelum ini, saya hanya raih 2A sahaja. Malah, saya tidak pernah capai markah lulus dalam subjek Matematik Tambahan dalam mana-mana peperiksaan.
“Cuma ketika pergi ambil keputusan, saya terkejut kerana markah Matematik Tambahan saya ialah B+. Pastinya saya gembira atas berkat tunjuk ajar pendidik dan usaha selain doa ibu bapa, semuanya dipermudahkan,” katanya kepada MH.
Ditanya apakah tips ulang kaji yang diamalkan remaja ini, Hariz menjelaskan sebulan sebelum SPM, dia giat melakukan belajar secara berkumpulan di luar waktu sekolah.
“Saya tidak malu untuk bertanya sebab kata orang, kalau kita segan bertanya, kita akan sesat jalan. Selain itu, saya juga kerap lakukan sesi belajar secara berkumpulan.
“Pada sesi tersebut, masing-masing saling bertanya dan daripada situ, kita dapat input,” jelas Hariz yang sudah merancang untuk menyambung pengajian selepas ini selain mengintai peluang dalam seni sejurus tamat saingan Hero Remaja 2020.
Suami kepada Mawar Rashid, Raden Ahmad Faizal Yaakob tidak menafikan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang pernah terkait dengan isterinya ketika berada dalam saingan Dewi Remaja kira-kira lima tahun lalu sedikit sebanyak turut memberi kesan.
Katanya kepada MH, pelakon yang sinonim disapa Raf Yaakob ini turut akui ketika mahu memperisterikan wanita yang kini menjadi suri hatinya itu, ada cakap-cakap belakang yang memberi persepsi pelbagai.
“Tempiasnya terkena pada saya juga kerana sewaktu mahu berkahwin dengan Mawar, ada yang tanya mengapa nak kahwin dengan ‘sekian-sekian’, ada ‘kes ini dan kes itu’, kau punya keluarga semua kononnya berpendidikan. Mengapa pilih Mawar?
“Akan tetapi sejujurnya pandangan pertama saya terhadapnya apabila menonton video yang diperkatakan itu, nampak seperti dia menjadi mangsa.
“Malah kalau ada yang tanya saya pada ketika itu pun, saya tidak berapa tahu juga mengenai GST.
“Bagi saya, Mawar jawab dengan sekadar ikhlas. Tetapi tidak sangka ia ‘dihype’ sehingga Mawar pun terkena.
“Bagi saya, tempelaknya juga terkena pada saya. Apa pun, dia wanita bijak sejak pertama kali bertemu dengannya.
“Apa yang dikatakannya adalah daripada hati dan sudah tentu saya turut berikannya semangat untuk menyambung pengajian dan sebagainya,” jelas Raf yang kini gembira dengan apa yang dilalui isteri tersayang.
Mawar yang setia di sisi turus menjelaskan, ia dirakam ketika sistem tersebut dilaksanakan di negara ini.
“Ia dirakam sebelum GST dilancarkan. Bagi saya ketika itu masih belum cukup matang dan ada salahnya juga sebab tidak berapa peka terhadap isu tersebut sebab saya sibuk dengan hal lain.
“Apa pun, yang berlaku menyebabkan saya bersyukur juga kerana ia betul-betul buatkan diri menjadi lebih kuat. Malah saya selalu terapkan semangat positif dalam diri, hingga pada satu tahap ada datang dan beritahu saya seorang yang sangat positif.
“Bila difikirkan balik, inilah hikmah yang Kau berikan pada Aku. Malah orang nak bercakap apa sahaja pada ketika itu pun, saya diam dan hanya bersabar.
“Ia ibaratnya sebagai satu proses untuk saya menjadi seorang yang penyabar.
“Jadi dengan apa yang dilalui itulah, saya rasa mahu tolong orang lain yang rasa tertekan, kena kritik dan sebagainya.
“Saya pun ada beritahu pada masa sama mahu menjadi seorang yang memberi motivasi dengan berkongsi pengalaman.
“Saya gembira dengan diri sendiri kerana setidak-tidaknya, saya cuba untuk menjadi lebih baik dari segi mental dan pemikiran,” kata Mawar.
Pada masa sama, bintang TQ Captain ini juga melebarkan langkah dalam bidang perniagaan menerusi Mawarose.
“Jenama Mawarose baru sahaja mengeluarkan produk pertama iaitu Magic Rose Lips & Cheek Cream. Alhamdulillah, sambutannya sangat memberangsangkan.
“Kami juga turut keluar dengan lagu tema Mawarose yang dinyanyikan saya sendiri. Rentaknya ‘fast’ dan mempunyai elemen kpop.
“Selain dijual secara atas talian dan menerusi stokis, Mawarose juga akan dijual menerusi ‘vending machine’. Harapnya ia mendapat respon positif ramai,” kata yang teruja kerana Magic Rose Lips & Cheek Cream sudah pun mempunyai pembeli.
Bagi yang berminat, boleh layari Instagram @mawarose_hq untuk informasi yang lebih. Ikuti temu bual penuhnya di sini;
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.