Menanti detik bergelar ibu pada usia muda, pelakon Elfira Loy kini dalam proses menyediakan ruang bilik tidur untuk cahaya mata sulungnya itu.
Kongsi Elfira, dia amat teruja untuk menyediakan keperluan diri sendiri dan keperluan anak yang bakal dilahirkan pada Oktober ini.
“Lagi dua bulan!! Tapi saya tak sediakan apa-apa lagi. Apa-apa pun, saya sangat excited!.
“Saya begitu teruja untuk menyediakan bilik nurseri, membeli keperluan untuk bayi, untuk diri sendiri agar semuanya teratur.
“Tetapi saya perlukan rancangan supaya saya tak stress. haha.
“Rancangan saya adalah untuk melabel setiap compartments, membeli barangan tersebut dan meyediakan ruang bagi setiap benda.
Ads
“Saya juga perlu banyak membaca mengenai kehamilan, penyusuan & segalanya tentang bayi.
“Bagaimana pula dengan pengalaman anda? Apa perkara yang membuatkan korang rasa dah lengkap, tapi lepas dah beranak baru mcm “ohh saya lupa tentang ini, saya lupa tentang itu”. Kongsikan dengan saya supaya saya tidak melakukan kesalahan yang sama. Hehe. Terima kasih!,” tulis bintang Kum Kum ini.
Pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan tunangnya, Zahirah MacWilson akhirnya mengumumkan mereka berdua bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri, Februari tahun hadapan.
Lalu, keduanya telah pun mengadakan sidang media khas bagi berkongsi berita tersebut buat para peminat.
Bagaimanapun, bapa kepada Zahirah yang juga seorang bintang televisyen dan pelakon, Zainol Johan MacWilson pula secara peribadi masih belum mahu ‘melepaskan’ anak sulungnya itu untuk memikul status sebagai isteri kerana usianya masih muda, iaitu 24 tahun.
Namun sebagai bapa, pelakon ini turut rasa gembira dan merestui keputusan yang telah dibuat Zahirah memandangkan mereka sudah pun sepakat berbincang.
“Perasaan saya sebagai ayah sangat gembira memandangkan saya pun sudah cecah usia 61 tahun. Rasa seronoklah sebab dia sudah bertemu dengan pilihan hati meski kalau bak diikutkan, saya sebenar-benarnya tak nak Zahirah mendirikan rumah tangga buat masa ni sebab dia baru 24 tahun.
“Kalau boleh biarlah usianya cecah 25 tahun dan ke atas. Apa pun, saya hormati pilihannya. Kalau kita menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku jadi sebagai ayah, saya terima,” kata Zainol yang mengharapkan yang terbaik buat permata hatinya itu dunia akhirat.
Ditanya mengenai sejak bila dia mengetahui keduanya menjalin hubungan cinta, Zainol memberitahu semuanya terdedah ketika masing-masing terlibat dalam Curi-Curi Cinta.
“Yang saya dapat tahu mereka berlakon bersama dalam Curi-Curi Cinta tapi sebelum itu saya pernah jumpa Aiman dua tahun lepas ketika Zahirah berlakon dengannya untuk sebuah drama tapi saya tak begitu fokus sangat pada Aiman ketika itu.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Alhamdulillah tiba-tiba dia terpaut hati dengan Aiman. Saya pula cakap pada Zahirah, kenapalah kakak nak keluar dengan artis? Tetapi tak apa lah, dia kata ini pilihannya,” kongsinya kepada MH.
Menyifatkan lelaki pilihan anak seorang yang menghormati orang tua, Zainol turut memberitahu Aiman juga seorang anak lelaki yang pandai mengambil hati.
“Dia sangat menghormati orang, dari segi cara dia bercakap. Aiman sendiri masih ada ibu bapa, jadi bagi bukannya rupa paras dicari, tetapi tahu untuk ambil hati.
“Kita sebagai ayah boleh tahu seseorang itu ikhlas atau sebaliknya dengan anak kita, jadi apa yang saya nampak secara mata kasar dari segi perwatakan, cara dia bercakap dengan kita setakat ini alhamdulillah,” jelas Zainol optimis.
Terdahulu pada sidang media yang dilangsungkan di Bakersfellas Ara Damansara itu, turut hadir ialah bapa kepada Aiman.
Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan Jun lalu di Perth Australia, menerusi perkongsian foto pasca tunang di media sosial masing-masing.
Ikuti sidang media penuh mengenai pengumuman perkahwinan yang dilakukan lovebirds ini menerusi live FB MH.
Sedang khusyuk mendengar perihal kepentingan solat dan penjagaan rohani, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat tiba-tiba mencelah dan mengajukan soalan mengenai arah tujuan perlumbaan.
Ia sekali gus menimbulkan perasaan kurang senang netizen yang menonton, menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik pelawak dan penyanyi, Achey menerusi Instagram baru-baru ini.
Ulas netizen, usahawan selebriti tersebut seolah-olah melencongkan perbualan kerana tidak senang apabila mendengar ceramah agama.
Malah ada juga yang memohon agar penceramah bebas ini menasihati Aliff agar tidak bersikap riak.
Sementara itu, ada juga yang memuji Achey apabila bintang tersebut dilihat hanya menunduk dan mengangguk tanda faham tatkala mendengar tazkirah bermanfaat dari Ebit Lew ketika sesi perlumbaan yang berlangsung di Dataran Merdeka.
Foto : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penceramah, Ustaz Ebit Lew memuji sikap pelakon Adam Corriee Lee seorang yang merendah diri.
Malah, Ebit yang juga seorang mualaf (berbangsa Cina) mula memeluk Islam pada usia 12 tahun turut berkongsi ceritanya bersama pelakon filem KL Gangster itu
“Dari dulu saya hormat dan sayang @adamcorrielee . Beliau orang baik. Rendah diri dan selalu dulu-dulu forum kami sama-sama menangis.
“Mengenang nikmat hidayah dan betapa syukurnya dapat nikmat Islam. Syukur dapat kenal Allah. Terima kaseh doa khususnya orang Islam di Malaysia
“Sebak setelah berkat kesabaran dan doa Allah kurniakan Adam Corrie anak selepas 10 tahun.
“Adam Fateh anak soleh dan hensem comel. Dengar kisah doanya dan betapa beliau menghargai bidadari.
“Bila saya minta kata-kata terakhir buat anaknya Adam Corrie menangis pesan supaya jaga solat sungguh-sungguh dan menyayangi manusia selalu bersangka baik,” kongsi Ebit.
Dalam pada itu, Ebit turut memuji sikap kepimpinan Adam sebagai seorang ketua keluarga.
“Adam Corrie contoh pasangan yang sangat menghargai bidadarinya. Mencintai bidadarinya kerana Allah.
“Sahabatku, nanti jika diakhirat tak nampak saya tolonglah cari saya dan bawa sama-sama masuk syurga yer,” akhiri Ebit.
Penyanyi dan guru vokal, Mark Adam menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta, Norazah Redzuan, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-23, semalam.