Secara terbuka meminati dan kagumi pelakon jelita, Mira Filzah, Caprice menerusi laman Instagram dilihat membuat serangan ‘cinta’ secara halus menerusi kapsyen di setiap entri.
Luahnya, Mira satu-satunya individu yang membuatkan hatinya gementar sewaktu berada di set lokasi.
Malah, sewaktu ditegur wanita ini mengenai tandapagar #miracap, jelas penyanyi yang popular dengan lagu Takda Hal Bro, dia juga mampu membina pelamin untuk mereka berdua.
Ads
Ads
Lebih menghiburkan, single terbaru nyanyian Caprice turut dipahatkan nama Mira Filzah sebagai penyanyi bersama.
Terhibur dengan keletah lelaki yang cukup sinonim dengan aksi bersahaja ini, netizen memberikan pelbagai reaksi.
Pelakon senior, Norlia Ghani berkongsi pengalaman misteri yang dialami dirinya yang bagaikan sentiasa ‘diperhatikan’ oleh makhluk ghaib.
Situasi mistik itu dialami bintang veteran itu beberapa tahun lalu.
Dijemput sebagai panel program Mingguan Wanita baru-baru ini, Norlia atau mesra disapa Mama mendedahkan cerita di sebalik perkara misteri yang terjadi kepada dirinya.
“Mama tidak mencari, tetapi anak angkat Mama yang rasa macam pelik. Perubahan dan aktiviti kita biasanya aktif, tetapi tiba-tiba berasa lesu dan sakit tiba-tiba.
“Jadi dia (anak angkat) yang bawa Mama. Pada mulanya, dia tak cakap pun dia nak bawa Mama berubat, tetapi dia cakap ada peminat nak jumpa. Mama pun berjumpa anak muda dan rupanya dia seorang ustaz.
“Maka, ustaz itu beritahu Mama serba sedikit apa yang terjadi kepada diri Mama . Ketika itu ustaz menyuruh Mama ambil air wuduk dan duduk di atas sejadah tanpa dia menyentuh Mama.
“Ketika itu kaki Mama yang bergerak dengan sendiri. Apa yang ditanya ustaz, ibarat kaki itu sendiri yang menjawab,” kongsi Norlia.
Malah, pelakon berkenaan tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang ‘menghantar benda’ itu kepada dirinya.
“Ustaz cakap benda (sihir) ini adalah dari kawan-kawan yang kerjasama.
“Tetapi saya maafkan, jika orang itu buat sesuatu yang dengki pada saya, Tuhan saja yang tahu, saya tak akan balas, sebab rezeki semua Allah yang aturkan,” kata Norlia tenang.
Bagaimanapun, rezeki Norlia semakin mencurah-mencurah selepas daripada kejadian yang menimpa dirinya.
“Alhamduliilah, selepas kejadian tersebut, ada seorang hamba Allah yang berhati mulia bawa saya mengerjakan haji.
“Baru-baru ini juga saya pergi sekali lagi dia bawa pergi umrah pula,” senyum Norlia.
Ikuti temu bual penuh bersama Norlia dan Datuk Sri Ustaz Mohd Suhaimi Rozali yang merupakan pakar pusat rawatan serta pengacara Siti Elizad dan pakar motivasi, Amin Idris.
Vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Annuar Mohd Baharom atau nama komersialnya, Sam Bunkface mengakui hubungan baiknya dengan bekas isteri demi kepentingan anak lelaki mereka, Maleeq yang kini sudah pun mencecah usia tiga tahun.
Profesional dalam hal menjaga anak, bintang berusia 31 tahun ini pada masa sama juga tidak tolak andai sampai jodoh untuk berkahwin lagi.
“Alhamdulillah tiada masalah…Kami masih jaga anak secara bergilir-gilir. Semuanya adil tak ada masalah. Anak pun gembira dan sudah tiga tahun usianya.
“Semuanya okay dan kumpulan kami, Bunkface masih terus berkarya dan kami pun baru sahaja lancarkan lagu baru berjudul Suara,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai soal mencari pengganti, Sam ada jawapan sendiri.
“Sudah tentu akan ada pengganti. Kalau ada rezeki dan jodoh mengapa tidak? Perkahwinan itu suatu hal yang baik,” katanya mahu belajar untuk lebih bersabar dalam apa sahaja perhubungan baru yang terjalin selepas ini.
“Saya kena bersabar. Akan tetapi hidup perlu diteruskan, kita belajar. Hubungan dengan isteri okay tak ada masalah, janji kami saling fikir dan profesional untuk anak. So far so good,” akuinya lagi.
Untuk rekod, Sam dan bekas isteri, Aida Azira Hussin mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq.
Bunkface antara band yang akan menghangatkan konsert Konsert Haus Boom Music 2019 10 November depan.
Turut sama terlibat di dalam konsert yang bermula jam 4.00 petang itu nanti ialah Hujan, Gerhana Ska Cinta, K-Clique, Pop Shuvit dan Budak Nakal Hujung Simpang di samping Ratu Rock Negara, Ella.
Mengambil tempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) tiket jualan konsert berkenaan hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi TicketApps bermula Jumaat, 18 Oktober depan.
Juala tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone).
Hampir dua tahun beri fokus pada rumah tangga, Izara Aishah tidak menafikan meski dirinya ada menerima tawaran lakonan, namun dia memilih untuk selektif.
Malah, bintang ini juga sebolehnya cuba untuk tidak membawakan watak yang berunsurkan stereotaip terhadap golongan wanita.
“Jujurnya saya sangat cerewet tentang watak yang akan dibawa dan disebabkan itu saya jarang muncul di kaca televisyen.
“Kalau boleh, saya tidak mahu membawa watak klise mengenai wanita. Biarlah watak yang diberikan itu mencabar dan berdasarkan kisah benar pun bagus,” jelasnya.
Izara terdahulu ditemui pada majlis pelancaran Izara Aishah X Lilit di The Linc Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini turut berkongsi pandangan mengenai kritikan netizen akan penampilannya yang dikatakan agak berani.
“Apa sahaja yang dikatakan netizen, saya tidak pernah ambil kisah. Dan ia tidak penting,” tegasnya ringkas.
Terdahulu, aktres ini kembali berkongsi perihal suntik bibir sebagaimana yang pernah dinyatakannya menerusi laman Twitternya, tidak lama dulu.
“Saya mengaku suntik bibir dan kini bibir saya sudah kembali seperti biasa. Ia tidak harus menjadi isu,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Izara Aishah muncul berkolaborasi bersama Fashion Valet mengeluarkan clothing line yang diberi nama Lilit khas untuk wanita berhijab.
Cukup mengejutkan, ada koleksi pakaian Izara Aishah X Lilit sudah pun habis terjual hanya dalam masa satu hari selepas dilancarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!