Menerusi petikan di Harian Metro, penyanyi Adira Suhaimi mengesahkan telah menfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak dan akan dibicarakan pukul 3.00 petang ini.
Mengikut jadual asal, perbicaraan permohonan cerai sepatutnya dilakukan jam 9.00 pagi namun diminta untuk diubah oleh penyanyi itu kerana tidak menyangka perkara itu diketahui umum.
Suami kepada penyanyi ini, Datuk Seri Adnan Abu bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui isteri memfailkan perceraian.
Ads
“Berita mengatakan saya dan Adira mahu bercerai itu adalah palsu kerana kami masih bersama.
“Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim.
Ads
“Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Ads
Pasangan ini bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 semalam. Lalu, bintang cantik itu dihujani dengan dedikasi bersempena hari jadi, termasuk dari rakan selebriti.
Lalu menerusi entri terkininya, Rossa ada memuat naik sekeping foto bersama kapsyen humor yang mencuri perhatian peminatnya.
“Pertanyaan terbanyak ketika bday… kapan mau nikah? Mau cari yang seperti apa?
“Jawabku: ingin yang lebih baik dari aku,yang selalu bisa membuat aku merasa aman, yang membuatku lebih dekat denganNya.
“Kapan? When i find the right person, dan semoga Allah menjodohkanku dengannya,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan jawapan pelbagai, termasuk yang mendoakan kebahagiaan penyanyi yang sinonim menerusi lagu Pudar dan Tegar ini.
Foto: Instagram Rossa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengimbau kembali memori 11 tahun lalu, pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan dia pernah mendapat bayaran hanya RM800 untuk drama 26 episod yang menjalani penggambaran enam bulan.
Jelasnya, untuk menampung keperluan hidup dan mengisi minyak kereta untuk ke sesi ujibakat, dia dan ibu membantu jiran mengopek jagung untuk dijual di pasar malam dan dibayar upah RM15 hingga RM20 sehari.
“JANGAN MALU PERNAH SUSAH
“Hari ni Cik Ameena tak berapa sihat.So aku syak dia akan extra mengada dan akan tidur banyak. So curi masa nak buat stock makanan Cik Ameena.
“Bila orang tengok video ni mesti ada yang puji kata hebatnya kopek jagung. Dan mungkin aku pun akan rasa bangga sambil cakap Thanks.
“Sebak pulak dada bila tiba2 aku TERflash back kisah macam mana konon hebatnya aku kopek jagung.
“Dulu masa awal aku nak join bidang lakonan ni aku habis duit simpanan aku sebab kerap pergi casting. Aku decided untuk berhenti kerja dekat satu butik yang pada masa itu gaji best untuk aku budak muda yang takde comittment lagi kecuali kereta kenari aku tu.
“Aku stop sebab aku shooting drama 26 epd dan bayaran aku cuma RM800 selama 6 bulan shooting. GILA kan!
“Tapi aku syukur sebab itu langkah pertama aku. Lepas habis tu aku JOBLESS hampir setahun. Yess aku kena sedar yang persaing dan pemilihan pelakon bukan main celup.
“Aku dengan bakat tak berapa ada, gemok pendek dengan tak pandai berhias , alaaahh tak sedih lah kalau orang tak pandang. Tapi tak putus asa. Hebat jiwa muda aku.
“Aku kehabisan duit. Buntu mana nak cari duit semata2 nak isi minyak untuk pi casting yang tak pernah dapat. Tapi entah kenapa aku tetap pergi.
“Jiran sebelah rumah aku masa tu meniaga jagung kat pasar malam. So selain jagung batang pasti ada jagung cup yang korang pun suka tu kan. Rupanya kena kopek manual macam dalam video ni.
“Berguni2 dari pagi sampai ke malam sampai sakit pinggang.Lepas settle kopek kena kemas balik semua semata2 untul Dapat RM15-20 lepas isi minyak.Lagi sedih Emak aku pun sama2 buat. Allah sebak nya aku rasa sekarang,” jelasnya.
Maklum wanita ini lagi, disebabkan itu dia sangat sensitif dengan kesusahan insan lain dan bersyukur dengan penerimaan industri dengan bakat lakonannya.
“Sebab tu aku sensitif bila terdengar orang susah atau aku hargai apa yang aku dapat sekarang.Penerimaan aku dalam industry hiburan. Aku hargai kawan2 kerja aku dari producer, artis sampai lah yang buat air tu.
“Sebab aku tahu SUSAH untuk aku dapat semua ni walaupun dulu aku cakap nak berlakon pakat kena gelak dengan kawan dan sedara.
“Sebab aku pernah susah dan pengalaman tu, Hari ni aku beli jagung mahal dan aku kopek sendiri untuk buat makanan anak aku. Sambil kopek sambil sedih. 11 tahun dah berlalu. TERIMA KASIH ALLAH,” tulisnya panjang lebar.
Manis berhijab lengkap dengan gaun labuh polos hitam, penampilan aktres, Amyra Rosli menarik perhatian netizen.
Anggun dan sopan, bintang yang kini muncul menerusi drama Cemburu Seorang Perempuan itu ditemu bual menerusi MeleTop, berkongsi perihal drama bersiri itu.
Turut sama pada sesi tersebut ialah suaminya, Amar Baharin dan Emma Maembong yang menjadi pendukung utama drama 20 episod yang bersiaran menerusi slot baru, Drama Vaganza itu.
Melihat kepada penampilan terkininya, netizen lantas membayangkan ibu kepada seorang anak ini sudah pun beredia untuk bertudung penuh sejurus pulang mengerjakan umrah bersama keluarga.
“Bukti gambar first tu mmg lelaki lagi kuat membawang,” tulisnya.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.