Nama Datuk Ramli MS bukanlah nama yang asing di dalam industri. Namanya cukup kukuh sebagai maestro muzik tanah air dan pernah menggalas pelbagai tanggungjawab bukan sahaja sebagai pengarah muzik, bahkan juga juri untuk pelbagai pentas berprestij.

Ramli yang mesra disapa dengan panggilan Tok Ram kini ingin menabur bakti berbekalkan pengalamannya selama 47 tahun di dalam industri, bagi mencungkil bakat baru serta mencipta personaliti anak seni pelapis menerusi program Panggung Tok Ram.

Panggung Tok Ram yang ditaja Farm Fresh ini akan mencungkil dan menggilap bakat muda seawal usia 13 hingga 18 tahun, sekaligus akan diasuh dengan pelbagai ilmu bukan sahaja seni, bahkan mengenai sikap serta disiplin sebagai anak seni.

“Dengan Pengalaman Saya Selama 47 Tahun…,” – Ramli MS Cari Bakat Baru Seawal Usia 13 Tahun, Tatasusila Penting Untuk Jadi Anak Seni Sukses “Dengan Pengalaman Saya Selama 47 Tahun…,” – Ramli MS Cari Bakat Baru Seawal Usia 13 Tahun, Tatasusila Penting Untuk Jadi Anak Seni Sukses

“Saya nak mencari bakat baru dan akan membina jati diri individu itu menjadi anak seni yang berkaliber. Dengan pengalaman saya selama 47 tahun di dalam industri, saya akan bantu menggilap apa yang ada dalam diri mereka.

“Selain bakat dan teknikal yang boleh diajar, jati diri dan tatasusila juga penting dalam diri seseorang anak seni,” katanya.

Tambah Ramli, inisiatif ini diambil kerana dia ingin mencipta masa depan yang lebih baik buat anak-anak seni tanah air terutamanya barisan pelapis.

IKLAN

“Sekarang, ramai artis yang ‘langgar’ saja benda-benda ini (jati diri dan tatasusila). Saya dah lihat perkara ini selama berdekad-dekad dan ia nampaknya mula menjadi sesuatu yang normal.

“Kalau dibandingkan dengan zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, disiplin mereka lebih padu terutamanya dari segi pengurusan masa. Inisiatif ini adalah untuk masa depan industri kita.

“Selari dengan peredaran zaman, Panggung Tok Ram akan diterbitkan dalam pentas kami sendiri berteraskan digital dan bukan untuk siaran televisyen,” katanya.

Ramli juga menegaskan bahawa ini bukanlah program realiti TV yang hanya memakan masa selama 10 minggu, sebaliknya, program berterusan.

IKLAN

“Dengan Pengalaman Saya Selama 47 Tahun…,” – Ramli MS Cari Bakat Baru Seawal Usia 13 Tahun, Tatasusila Penting Untuk Jadi Anak Seni Sukses “Dengan Pengalaman Saya Selama 47 Tahun…,” – Ramli MS Cari Bakat Baru Seawal Usia 13 Tahun, Tatasusila Penting Untuk Jadi Anak Seni Sukses

“Ia adalah program berterusan dan minimum, akan memakan masa selama dua tahun. Dalam tempoh itu, kita akan dapat lihat dan kenal pasti sikap peserta dan cabang seni mana yang lebih sesuai untuknya.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal berkata, inisiatif itu selari dengan matlamat mereka sebagai syarikat yang ingin membantu meningkatkan kualiti industri seni tanah air.

IKLAN

“Projek berterusan ini adalah selari dengan matlamat kami untuk membantu meningkatkan kualiti industri seni tanah air.

“Jadi, tanggungjawab kami sebagai penaja adalah untuk menyuntik dana dan melihat perkembangan proses pembelajaran peserta-peserta ini,” katanya.

Farm Fresh adalah jenama yang pernah menjadi penaja untuk beberapa program hiburan antaranya, Gegar Vaganza yang ditayangkan di Astro dan Immortal Songs Malaysia untuk saluran TV3.

Program Panggung Tok Ram terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 13 hingga 18 tahun dan cara penyertaannya adalah dengan menghantar rakaman video serta maklumat peribadi menerusi nombor telefon yang dikongsikan. 

Tok Ram bersama-sama pihak wakil dari Farm Fresh akan menilai kemampuan peserta dan akan menyalurkan peserta ke cabang seni yang sesuai dengan kemampuan mereka seperti muzik, lakonan atau pengacaraan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI