Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Usanita Entertainment berhasrat untuk mewujudkan ekosistem yang mampan dalam industri seni dan budaya, dengan menekankan inovasi serta kolaborasi antara penggiat seni tempatan dan antarabangsa.
Pelancaran rasmi Usanita Entertainment ini dimulakan dengan episod istimewa talk show digital bertajuk Usanita: Unwrapped Kisah Di Sebalik Spotlight Special Edition With Dato Sri Rossa. Program ini dihoskan oleh Awal Ashaari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan.
Episod istimewa ini dijangka memberikan perspektif mendalam tentang perjalanan seni Rossa, yang telah menjadi inspirasi kepada ramai peminat di seluruh Nusantara.
Sebaik sahaja selesai rakaman program bual bicara tersebut, acara diteruskan dengan upacara simbolik tanda tangan plak perasmian Usanita Entertainment.
Datuk Seri Rossa bersama Datuk Adzliana secara rasmi menandatangani plak sebagai tanda permulaan perjalanan baharu Usanita Entertainment dalam menerokai peluang baharu untuk penggiat seni tempatan dan antarabangsa.
Ads
Upacara tersebut menjadi simbolik kepada hala tuju baharu yang akan diterokai oleh Usanita dalam menyokong perkembangan industri kreatif.
Datuk Adzliana dalam kenyataan rasminya menyatakan bahawa penglibatan Rossa sebagai figura utama pelancaran ini sangat signifikan, memandangkan bintang itu bukan sahaja dihormati sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai ikon yang berperanan besar dalam memupuk hubungan antara penggiat seni dari Malaysia dan Indonesia.
“Kami berbangga dapat memulakan langkah pertama ini dengan Datuk Seri Rossa, yang membawa pengalaman dan pengaruh antarabangsa dalam arena kreatif
“Ini membuka jalan untuk kerjasama yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya.
Ads
Signifikan tanda tangan oleh Datuk Seri Rossa pada pelancaran Usanita Entertainment juga kerana Usanita bertindak sebagai rakan penaja untuk Malam Gala Filem Dokumentari All Access To Rossa: 25 Shining Years yang berlangsung di Dadi Cinema, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dokumentari ini meraikan perjalanan karier cemerlang Rossa selama 25 tahun, dan dengan penglibatan Usanita sebagai penaja, ia menandakan sokongan kukuh Usanita terhadap seni dan industri kreatif, sekaligus memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan bakat seni di peringkat serantau.
Dengan kepimpinan dan visi Datuk Adzliana, Usanita Sdn Bhd yakin mampu memainkan peranan besar dalam mentransformasikan industri seni negara ke tahap yang lebih tinggi.
Ads
Selain itu, Usanita juga telah merangka pelbagai aktiviti menarik yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menyokong perkembangan dan kelestarian industri kreatif tempatan, dengan memberi fokus kepada pembangunan bakat baharu, penstrukturan semula ekosistem industri seni, dan kolaborasi strategik dengan pemain industri dari luar negara.
Usanita Sdn Bhd berhasrat untuk memperkenalkan beberapa inisiatif yang melibatkan latihan, peluang kerjaya, serta program sokongan kreatif bagi artis-artis tempatan.
Usanita Entertainment juga akan melibatkan diri secara aktif dalam penerbitan kandungan berkualiti tinggi yang merangkumi pelbagai platform digital, selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Pendekatan ini adalah sebahagian daripada usaha Usanita untuk memastikan karya seni tempatan mendapat pendedahan lebih luas di peringkat global.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu tercinta, pelakon dan usahawan Mawar Rashid ada menitipkan ucapan istimewa menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Di samping itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memberitahu, wanita berkenaan banyak menghulurkan bantuan untuk memudahkan tugas hariannya sebagai seorang wanita yang berkerjaya.
Lalu, Mawar menzahirkan ucapan terima kasih atas pengorbanan ibunya serta mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.
Selain itu, pelakon berusia 25 tahun ini turut berhasrat mahu memiliki keperibadian seperti ibunya yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada anak dan cucu.
“Happy birthday my queen Thank you mamy banyak tolong mudahkan urusan adik.. Adik pun senang nk g keluar g cari rezeki sbb mamy tolong tengokkan anak2 adik skali.
“mamy tolong semua anak2 cucu yang lain.. Nanti adik tua, adik nak jadi macam mamy, mudahkan urusan anak2 cucu adik jugak. You are the best mamy.. thank you for everything. I love you so much.
“Semoga abai sentiasa sihat dan ditambahkan umur. Aminnn,” tulisnya.
Sekadar informasi, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada tanggal 9 November 2017 dan dikurniakan sepasang permata hati iaitu Raden Muhammad Rafael, yang kini berusia 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, 10 bulan.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hakim di Brazil telah mengeluarkan arahan untuk menarik balik lagu “Million Years Ago” nyanyian bintang pop terkenal Britain, Adele, di seluruh dunia. Keputusan ini dibuat susulan dakwaan plagiat yang dikemukakan oleh seorang komposer Brazil, Toninho Geraes, terhadap lagu tersebut.
Arahan ini turut melibatkan denda sebanyak $8,000 bagi setiap ketidakpatuhan yang dikenakan kepada anak syarikat Sony dan Universal di Brazil, syarikat label yang menerbitkan lagu Adele. Walau bagaimanapun, kedua-dua label terbabit masih boleh merayu keputusan itu.
Keputusan ini dikeluarkan oleh Hakim Victor Torres di mahkamah komersial keenam Rio de Janeiro pada hari Jumaat lalu sementara menunggu perkembangan lanjut dalam kes yang sedang berjalan.
Dalam injuksi awal tersebut, hakim mengarahkan Sony dan Universal untuk menghentikan serta-merta penggunaan, penghasilan semula, penyuntingan, pengedaran, atau pengkomersialan lagu “Million Years Ago” dalam apa jua bentuk.
Lagu ini dimuatkan dalam album ketiganya yang diberi judul, 25.
Ini termasuklah media fizikal atau digital, platform penstriman dan platform perkongsian di seluruh dunia.
Fredimio Trotta, peguam kepada Toninho Geraes, menyifatkan keputusan ini sebagai pencapaian penting bagi muzik Brazil. Menurutnya, muzik Brazil sering kali menjadi inspirasi dan kadangkala ditiru untuk menghasilkan lagu-lagu antarabangsa popular.
Trotta turut menegaskan bahawa pihaknya akan memastikan keputusan mahkamah ini disampaikan kepada penyiar radio, televisyen, dan perkhidmatan penstriman global agar pematuhan segera dilaksanakan.
Komposer Brazil, Toninho Geraes, mendakwa bahawa muzik dalam lagu “Million Years Ago” yang diterbitkan pada tahun 2015 oleh Adele mempunyai persamaan dengan lagu samba klasiknya, “Mulheres” (Wanita).
Lagu “Mulheres” telah dirakam oleh penyanyi terkenal Brazil, Martinho da Vila, dalam album hit pada tahun 1995.
Geraes menuntut bayaran royalti yang sepatutnya, ganti rugi moral berjumlah $160,000, serta pengiktirafan rasmi sebagai penulis bersama lagu Adele tersebut.
Sony Brazil menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kenyataan buat masa ini berhubung isu tersebut. Sementara itu, Universal Music Brazil juga belum memberikan sebarang komen rasmi.
Pelakon Anzalna Nasir teruja kerana bakal menerima kehadiran keluarga baru apabila adiknya, Nazirah Nasir,22, selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan Umar Mukhtar.
Difahamkan, majlis tersebut telah pun dilangsungkan pada 27 Oktober lalu.
Malah, beberapa keping foto dikongsikan Anzalna dan Nazirah baru-baru ini saat majlis berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya.
Penyanyi lagu terkenal Casablanca, Naufal Azrin, 25, berkongsi khabar gembira apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Fatin Farhanah Fauzi.
Majlis tersebut dipercayai telah berlangsung...