Pelakon dan pengacara, To’ Puan Syamim Freida bersyukur atas sokongan yang diberikan keluarga dan suaminya, Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj selepas terlibat di dalam filem terbitan produksi Indonesia berjudul Air Mata Mualaf.
Syamim yang sebelum ini dikenali sebagai Syamim Farid berkata, filem genre drama itu bakal ditayangkan tahun hadapan dan akan memulakan fasa produksi di Indonesia dan Australia.
“Alhamdulillah suami seorang yang menyokong dan memberi kebenaran untuk saya melebarkan sayap ke Indonedia bagi mengembangkan kerjaya seni. Itu yang sangat penting, restu suami.
“Tidak dinafikan ia bukan satu hal yang mudah untuknya memberikan keizinan kepada saya berada di negara orang bagi satu tempoh tertentu untuk bekerja. Jadi bila suami beri ‘lampu hijau’ saya bersyukur.
“Suami juga sentiasa memberikan galakan dan tahu akan minat saya terhadap dunia lakonan khususnya, termasuk ahli keluarga yang lain. Terharu apabila mereka turut memberikan galakan yang tidak putus-putus,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai penglibatannya dalam industri perfileman di Indonesia, Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 ini berkata dia mendapat tawaran berkenaan sejurus mengikuti kelas lakonan di sana.
Ads
“Awal tahun lepas, saya ada mengikuti kelas lakonan selama dua bulan di Indonesia. Ketika itu jadualnya agak padat kerana saya perlu ulang alik dari Indonesia ke Malaysia. Selepas tamat pengajian, saya terima tawaran terbabit.
“Filem tersebut belum lagi memulakan penggambaran, namun filem itu baru sahaja selesai majlis pelancaran, membaca skrip dan bertemu sedang para pelakon lain. Syukur mereka alu-alukan kehadiran saya dengan baik dan banyak memberikan tunjuk ajar.
“Di dalam naskhah ini, saya memegang watak sebagai Nina iaitu kawan baik kepada Angie yang dilakonkan oleh Acha Septriasa.
“Agak teruja sebab sebelum ini saya kerap diberikan watak antagonis menerusi drama tempatan dan kali ini situasinya berbeza,” katanya lagi.
Ads
Demi tuntutan watak, Syamim turut mengambil kelas belajar Bahasa Indonesia bagi memudahkan proses penggambaran tidak lama lagi.
“Memandangkan ini satu pengalaman baharu dan perlu berbahasa Indonesia sepenuhnya di dalam filem ini, jadi saya ambil inisiatif dengan mengambil kelas Bahasa Indonesia bersama seorang guru.
“Kami juga sudah memulakan latihan bersama para pelakon lain. Bila berpeluang berada di dalam satu skrin dan dapat berlakon bersama, ia satu momen yang bermakna untuk saya secara peribadi sebenarnya.
“Tak sangka dengan peluang yang diterima, syukur alhamdulillah atas rezeki dan saya tak akan sia-siakan kesempatan ini. Cuba memberikan kualiti lakonan yang terbaik, Insya-Allah,” katanya lagi.
Ads
Selain Syamim dan Acha Septriasa, Air Mata Mualaf juga bakal dilakonkan oleh Achmad Megantara, Rizky Hanggono, Dewi Irawan, Matthew Williams dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Syamim baru sahaja muncul dengan program ‘podcast’, Tiga Is3 yang turut menampilkan dua personaliti Uyaina Arshad dan Adriana Adnan sebagai pengacara.
Ia mula bersiaran sejak 22 September lalu, setiap Ahad, jam 5 petang menerusi saluran YouTube FYP Media.
Tiga IS3 ialah sebuah program yang berkongsi pelbagai topik bual bicara menarik, meliputi kisah rumah tangga dan kehidupan harian wanita dalam mendepani situasi semasa yang mencabar ketika ini.
Impian penyanyi Aina Abdul untuk memenangi trofi Vokal Terbaik akhirnya tercapai apabila persembahannya menerusi lagu Sepi diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36, pada Ahad lalu.
Di samping menyatakan rasa syukur, Aina akui dia memang mengimpikan anugerah berkenaan sejak kali pertama bertanding di pentas berpestij itu.
“Sebenarnya saya memang impikan anugerah Vokal Terbaik semenjak kali pertama saya masuk AJL. Ini kerana, saya sentiasa mahu perbaiki vokal nyanyian saya,” kata Aina.
Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani menambah, dia sentiasa cuba berusaha untuk memperbaiki mutu kualiti persembahannya setiap kali bertanding.
“Setiap kali saya masuk AJL, saya belajar melihat karya-karya artis lain sebab saya sentiasa rasa kena buat lebih baik lagi. Saya pun tidak lah begitu lama dalam bidang penulisan lagu, jadi kalau diberi peluang lagi untuk tahun hadapan.
“Saya nak keluarkan sesuatu yang berbeza dengan apa yang pernah saya lakukan sebelum iniz Ini bukan sahaja untuk mahu buktikan kepada orang ramai tapi nak ada rasa kelainan daripada persembahan saya pada tahun sebelumnya,” jelasnya lagi.
Aina berkongsi mengenai impiannya itu ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan bual bicara Wanita Hari Ini, TV3 pada Isnin.
Dengan kemenangan tersebut, Aina membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000 berserta trofi.
Anugerah Juara Lagu Ke-36 telah diadakan di Dewan Merdeka, (WTCKL), Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TV3 yang menyaksikan lagu Pelukan Angkasa diangkat sebagai Juara Lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anugerah Gempak Most Wanted (GMA Awards) edisi pertama telah berlangsung dengan jayanya pada malam Ahad.
Mengangkat tema Aesthetic FUNtastic, barisan selebriti masing-masing hadir dengan fesyen tersendiri dan unik, sekali gus memeriahkan lagi malam anugerah berkenaan.
Antara yang meraih perhatian sudah tentunya busana yang digayakan usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV).
Menggayakan rekaan Behati, DSV tampil dengan persalinan sut longgar berwarna pink terang beserta ‘blanket statement’ yang menyelubunginya sepanjang majlis itu berlangsung.
DSV turut menggayakan tudung ala turban ‘kembang semangkuk’ rona sama dengan baju, melengkapkan lagi penampilannya yang serba wow itu.
Menjengah di ruangan komen di laman Instagram milik DSV, rata-rata netizen teruja dengan fesyen unik yang berani disarungkan usahawan kontroversi tersebut.
“Ini fesyen Cadar Sutera Anggun sesuai dgn pyjamas warna pink itu… boleh dipakai di negara-negara yang beriklim sejuk dan bersalji.
“Fesyen balik terus tidur.
“Fesyen cadar lama-lama jangan dibuang, elok buat cape.
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.