Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila pengasas kosmetik dan kini bergelar selebriti, Datuk Aliff Syukri memuat naik satu posting berkongsi dirinya ingin menyediakan menu Ikan Masak Sambal Hijau dengan membeli ikan dari spesis Kelah dengan harga RM500. Lalu, pelbagai reaksi diberikan netizen.

Ada yang mengakui ikan tersebut agak mahal di pasaran semasa dan tidak kurang yang menempelak penyanyi Abang Nak Tegur itu yang disifatkan sebagai bersikap riak dan cuba menunjuk-nunjuk.

Bagaimanapun, Aliff ketika dihubungi MH memberitahu, sebetulnya ikan tersebut yang dibeli lebih seratus ringgi seekor bukanlah untuk dimakan. Sebaliknya adalah untuk dibela. Namun, setelah dua hari dibeli, ikan tersebut mati.

IKLAN

Datuk Seri Aliff Syukri Jawab Isu Makan Ikan RM500, Balas Komen Seorang Pelakon Bila Dikata Tiada Bakat!

“Memang niat saya adalah untuk belanya dalam kolam. Bukan untuk dimakan pun. Tapi dua hari kemudian, ikan tersebut mati dan mengapa tidak untuk saya masak ikan-ikan tersebut. Takkan nak buang pula?,” jelasnya yang kini turut berdepan dengan satu lagi kisah sensasi apabila dikatakan, ada seorang pelakon menegurnya kerana cuba menggunakan bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaan kosmetik.

Mengulas mengenai isu berkenaan, Aliff memohon maaf sekiranya penglibatannya dalam dunia seni tempatan telah mengundang rasa tidak senang sesetengah pihak.

IKLAN

Datuk Seri Aliff Syukri Jawab Isu Makan Ikan RM500, Balas Komen Seorang Pelakon Bila Dikata Tiada Bakat!

IKLAN

“Kepada yang berkenaan, saya nak minta maaf yang tidak terhingga kalau ada yang terasa, mengganggu kerjaya seni anda. Saya tidak mahu cari gaduh sebab saya sedar, saya ni kira orang baru dalam seni. Cuma saya nak tekankan di sini, peranan dan penglibatan menerusi filem Badang adalah sebagai talent semata-mata. Sumpah demi Allah saya tidak keluarkan satu sen pun untuk apa-apa kepentingan terhadap filem tersebut. 

 

“Saya tidak cari job (untuk berlakon). Sebaliknya ada orang yang offer dan saya percaya, sesiapa sahaja akan berminat untuk berlakon sekiranya mendapat tawaran. Jujurnya memang rasa sedih bila ada yang lemparkan macam-macam komen dan saya pula tidak boleh paksa orang lain untuk sokong apa yang saya buat,” kata Aliff yang turut tercalon menerusi dua kategori Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME) ini. 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI