“Terima kasih kepada Marsha dan pasukannya.” Itu kata Sham Visa apabila ditanya mengenai persembahannya di program Gegar Vaganza 6 (GV6) minggu keempat kala menyampaikan lagu duet, My Heart bersempena dengan tema ‘Haaa Tepuk’, semalam.
Katanya di sidang media, dia berterima kasih buat bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga itu atas kesungguhan serta komitmen yang diberikan
“Saya beri kredit minggu ini kepada Marsha juga ‘teamnya’. Sebetulnya lagu ini agak sukar untuk dinyanyikan kerana ia mempunyai empat key berbeza. Kalau ‘tergelincir’ sikit, akan sumbang sampai habis.
“Jadi untuk atasi masalah tersebut, saya kerap buat latihan bersama Marsha. Apa pun saya sudah lega apabila selepas membuat persembahan.
“Saya cuba untuk buat sehabis yang mampu sebab utamanya ini pertandingan. Saya kena jadi orang lain setiap kali dapat lagu baru,” katanya yang akui sudah cuba yang terbaik.
Ditanya mengenai bahasa tubuhnya yang dikatakan agak kaku atau malu-malu di atas pentas meski ditemani rakan duet, Sham ada jawapannya sendiri.
A post shared by Neon Pixel (@neonpixelofficial) on
“Sebetulnya, corak persembahan itu sudah pun dirancang. Ceritanya, Marsha seumpama ‘spirit’ yang sudah tidak ada. Saya tidak nampak tetapi dapat rasakan kehadirannya di sisi.
“Dalam pada saya ilusi… Cinta yang sudah lama hilang. Itulah asalnya, tapi apa yang dilihat oleh penonton, saya tidak berapa pasti,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Sham atau nama lengkapnya, Rohisham Hashim sekadar menduduki ranking keenam daripada 11 peserta dengan markah sebanyak 68 peratus.
A post shared by Neon Pixel (@neonpixelofficial) on
Sementara KOOLdiumumkan sebagai peserta tersingkir yang mengumpul markah keseluruhan paling rendah iaitu sebanyak 49 peratus.
GV6 disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 9.00 malam setiap hari Ahad di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.
Pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi juri tetap sementara Datuk Jamal Abdillah pula diundang sebagai juri jemputan minggu ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tampil berbeza daripada biasa, penyanyi Stacy telah menjadi perhatian apabila mengenakan lirikan kening warna merah.
Stacy ditatarias juru mekap profesional yang juga usahawan, Datuk Alha Alfa ketika di konsert mingguan program Mentor Milenia 2019, pada Ahad.
Sementara gaya rambutnya pula dirias Ezal Ezlizan.
Penyanyi kelahiran Penampang, Sabah itu berkongsi foto tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Cantik kah look Kening Berdarah saya semalam cingh! Look ni memang bahaya sebab buat Mentor Akim tidak senang duduk pastu tangan i pun dia xmau lepas sampai rumah cenggghhhh!!
“Thank you kepada orang2 kreatif dan super talented yang bagi look ni on point semalam Suka sangat look ni dapat juga cover muka kerisauan tengok protege perform semalam.
“Semoga segalanya akan dipermudahkan untuk kami semua di minggu ini dan juga minggu seterusnya In sha Allah,” tulisnya.
Tahniah diucapkan pelakon, Eyra Hazali telah selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli kita-kira jam 9.35 malam tadi dengan sekali lafaz.
Eyra atau nama lengkapnya, Hazirah Qasdina Hazali dinikahkan bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Abdul Jamel Jaafar, selaku Pendaftar Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid As-Syakirin KLCC.
Pada majlis berkenaan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
“Syukur Allhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar. Sebelum dinikahkan, jujurnya saya gementar namun Allah permudahkan urusan kami.
“Banyak juga dugaan yang kami lalaui menjelang hari pernikahan. Satu persatu dugaan termasuklah tempat nikah. Sampaikan masjid ini adalah lokasi kedua yang kami tukar,” katanya.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat dan teman media.
Eyra menggayakan persalinan hasil rekaannya sendiri dan dijahit ibunya sendiri, Qhuzie Johari.
Terdahulu heroin drama Mr Grey itu mengikat tali pertunangan dengan Haziq pada 1 Disember tahun lalu.
Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.