Siapa sangka perniagaan jenama wangian terkenal SugarBomb yang asalnya hanya bermula dari ruangan pejabat kecil di belakang rumah kini mampu memiliki kilang dan gudang wangian berkeluasan tiga ekar di Meru, Klang.

Jenama milik syarikat SugarBomb Worldwide Sdn Bhd yang diasaskan sejak 2017 itu dan ditunjangi pengasasnya, Ahmad Azhari Rosli kini sukses melakar jaya.

Ahmad Azhari, 30, atau lebih mesra dengan panggilan Bos A ialah graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeronatik di University Of Bristol, United Kingdom (UK), namun memilih cabang perniagaan hingga menjadi saudagar wangian.

“Saya sendiri tidak menyangka susah payah belajar bidang kejuruteraan aeronatik membuka lembaran lain. Hingga menjadi punca rezeki saya dan ramai orang.

“Masa belajar di luar negara pun saya bekerja sambilan sebagai ‘cleaner’ untuk menampung kos sara hidup. Saya cuci tandas, bangunan, ruang legar dan macam macam. Kerja dalam cabang pemandu pelancong pun saya pernah,” katanya.

Namun sejurus tamat pengajian pada tahun 2015, laluan masa depan lelaki bapa kepada dua cahaya mata ini ketika itu masih samar.

“Bayangkan daripada puluhan ‘resume’ yang dihantar, hanya 10 syarikat memanggil saya untuk ditemuduga. Namun semuanya hampa, saya ditolak mentah-mentah kerana tiada pengalaman kerja.

IKLAN

“Dalam kehampaan dan kekecewaan tak terbendung, saya bangkit. Masa itu saya sanggup buat apa saja kerja termasuk menjual kek secara dalam talian dan mengambil upah memandu lori untuk menghantar barang.

“Akhirnya cabang niaga yang lebih menyebelahi saya. Lagipun saya dibesarkan dalam dunia niaga. Kemudian, berjinak-jinak dengan industri minyak wangi dan disertai Dr Muhammad Zamir Othman. Kami belajar di universiti sama di UK,” katanya yang mula membuat penyelidikan dan mencari pembekal bahan bancuhan minyak wangi di UK.

Lalu mereka bawa balik bancuhan itu ke Malaysia dan memulakan pembuatan minyak wangi sendiri.

Dari Belakang Rumah Hingga Sukses Miliki Kilang 3 Ekar, Cerita Pemilik Empayar Minyak Wangi Ini Buat Ramai Terinspirasi! Dari Belakang Rumah Hingga Sukses Miliki Kilang 3 Ekar, Cerita Pemilik Empayar Minyak Wangi Ini Buat Ramai Terinspirasi! Dari Belakang Rumah Hingga Sukses Miliki Kilang 3 Ekar, Cerita Pemilik Empayar Minyak Wangi Ini Buat Ramai Terinspirasi!

IKLAN

“Masa itu memang saya tak ada cukup duit untuk menyewa bangunan pejabat. Ceburi perniagaan ini pun hanya bermodalkan RM15,000. Dari 600 botol berkembang sampai ribuan.

“Sekarang, Sugarbomb mampu keluarkan satu hingga tiga juta unit dengan pelbagai rangkaian minyak wangi hingga ke penyegar udara dalam masa sebulan,” katanya.

Kehadiran Zamir umpama melengkapi minat Boss A. Malah pada tahun 2020 fasa awal pandemik, Zamir bersama pasukan kerjanya memperkenalkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri untuk jenama itu.

“2020 juga lonjakan kami untuk agresif dalam skop pemasaran. Nama jenama itu juga semakin dikenali. Kami ada kilang  dan R&D sendiri kerana mempunyai mesin bancuhan minyak wangi.

IKLAN

“Malah selepas kemasukan pasukan kerja Zamir, rangkaian produk semakin bertambah. Dulu hanya ada minyak wangi dan penyegar udara. Sekarang, ada sanitasi tangan, penyegar fabrik, dan sebagainya.

“Tahun ini kami mahu buktikan golongan bumiputera juga mampu memiliki kilang tiga ekar yang mampu mengeluarkan pelbagai produk wangian. Malah tahun ini juga kami membuka pintu untuk menghasilkan produk-produk yang seangkatan daripada jenama pesaing,” katanya yang kini mempunyai lebih 5,000 pengedar (agen dan stokis) aktif di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Turut alu-alukan ramai lagi yang berminat untuk sama -sama menjana pendapatan. Mereka juga optimis untuk mencapai jualan sehingga RM70 juta dengan sokongan daripada ‘reseller’.

Dari Belakang Rumah Hingga Sukses Miliki Kilang 3 Ekar, Cerita Pemilik Empayar Minyak Wangi Ini Buat Ramai Terinspirasi! Dari Belakang Rumah Hingga Sukses Miliki Kilang 3 Ekar, Cerita Pemilik Empayar Minyak Wangi Ini Buat Ramai Terinspirasi!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/7MakqUyGT-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI