Pelakon dan pengacara, Didie Alias tidak menafikan ada segelintir pihak yang beranggapan dan menyifatkan dirinya sebagai salah seorang artis yang ‘mulut laser’, gara-gara kelantangan yang disuarakan.

Akui Didie, situasi berkenaan sememangnya sinonim dengan dirinya sejak dari dahulu lagi sehingga kini.

Menerusi temu bual bersama program Wanita Hari Ini bagi membincangkan topik ‘Mak Mentuaku Laser’, baru-baru ini, Didie mendedahkan ada ketika dia pernah bersikap sedemikian.

Namun jelasnya, situasi berkenaan bertempat dan tidak menafikan sebagai ibu mentua dia sentiasa bersikap tegas.

“Macam saya sendiri, kalau nak ikutkan fasal mulut ‘laser’ ni memang sudah dari azali orang tahu mulut Didie Alias ni memang puaka.

“Tapi ‘laser’ nya kena lah bertempat dan saya seorang yang jenis berterus-terang. Kalau saya kata tak boleh, maknanya tak boleh. Boleh kata saya ni bersikap tegas dengan menantu saya,” katanya.

Pada masa sama, Didie berkata dalam hubungan antara mentua dan menantu, perlu ada sifat tolak ansur dan sentiasa berfikiran positif.

IKLAN

“Sebenarnya, hal ini sememangnya pernah berlaku dalam hidup saya dan sudah terjadi pada perkahwinan pertama saya sebelum ini.

“Masa tu saya sedang bercuti lama dalam industri, saya duduk bersama dengan bekas ibu mentua saya.

“Bagi saya, ibu mentua saya bukan seorang yang ‘laser’ sebab bila dia bercakap sangat lembut.

“Tapi kadang-kadang tu ada benda negatif datang kepada kita dan saya biarkan sahaja sebab pada saya ini adalah pilihan yang saya buat.

IKLAN

“Kalau saya bertindak secara meronta-ronta pada ketika itu, mungkin kita akan bergaduh dengan ibu mentua dan suami kita.

“Oleh itu, nasihat saya buat ibu mentua mahupun menantu kalau boleh sentiasa lah berfikiran positif dan fikir yang baik-baik sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.

Untuk rekod, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.

IKLAN

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.

Selepas itu, Didie mendirikan rumah tangga kedua bersama Norisham Ismail pula dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan, 6 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI