Baru sahaja bergelar pasangan suami isteri, usahawan dan bintang media sosial, Asyraff Mazlan dan Natasya Nazreen gembira menjalani kehidupan sebagai pasangan yang halal.
Malah, Asyraf meluahkan rasa syukur kerana dapat menjadi imam kepada isterinya.
“Harini dapat juga apa yang sy selalu bayangkan masa muda2 dulu. Nak jadi imam untuk isteri @natasyanazreen .
“Alhamdulillah. Tadi masa jadi imam perasaan tu tiba2 jadi sebak. Feel jadi imam untuk isteri ni lain berbanding dulu imam untuk kawan2,” tulisnya.
Akui Asyraff, dia menitiskan air mata sebaik sahaja selesai melakukan solat jemaah bersama isterinya.
Ads
“Saya sangat susah nak menangis. Selalu dapat menangis masa solat Tahajjud je, ni Solat Fardhu pun saya dapat rasa perasaan sebak ni. Indahnya rasa
“Alhamdulillah ya Allah atas segalanya,” kongsi Asyraff sambil disertakan foto selesai menunaikan solat berjemaah bersama isterinya.
Selepas lebih dua tahun tidak muncul menerusi mana-mana naskhah filem, pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin optimis mengharapkan filem terbaru lakonannya, Dendam Pontianak mendapat reaksi positif penonton apabila ditayangkan kelak.
Bakal ditayangkan 12 September depan, penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 itu membawa watak sebagai puntianak bernama Mina.
Bintang yang juga permaisuri hati kepada pelakon Fattah Amin ini menjelaskan kepada MH, watak puntianak dijayakan bukanlah tipikal sebagaimana ‘entiti’ puntianak yang sering dipertontonkan sebelum ini.
Sebaliknya, filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap itu adalah sesuatu yang lebih segar.
“Saya tertarik dengan jalan ceritanya kerana secara tidak langsung ia menampilkan watak seorang wanita yang kuat.
“Malah ketika Glen sendiri menawarkan watak yang manakah saya mahu ambil, sama ada isteri kepada Remy Ishak atau puntianak, saya pilih puntianak kerana saya mahu tahu apa yang dia rasa dan lalui sebelum dan selepasnya,” katanya jujur.
Kongsinya lagi, elemen seorang wanita yang kuat itu sendiri mendorongnya untuk membawa watak Mina sebaiknya.
“Tidak sukar membawakan watak ini kerana filem lakonan saya sebelum ini juga lebih terarah kepada peranan wanita yang kuat.
“Tidak banyak filem yang mengetengahkan kisah wanita kuat seperti ini. Mina bukan hanya puntianak tetapi dia seorang wanita kuat dan berusaha mendapatkan semula haknya apabila janji tidak ditepati,” kata Fazura lagi.
Bahkan, jelas Fazura, dunia semasa sudah berubah dan jangan takut untuk ketengahkan wanita sebagai hero.
“Tidak salah untuk angkat golongan ini sebagai hero dan seperti filem Dendam Pontianak juga adalah kisah wanita bernama Mina dan dia adalah penggerak cerita ini dan Remy sudah tentunya hero,” maklum Fazura.
Sementara itu Fazura turut memberi reaksi selepas ditanya media jika ada yang membandingkan antara watak Mina yang dibawanya dengan watak Puntianak bernama Meriam yang dijayakan Maya Karin menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam.
“Saya rasa watak Puntianak yang dilakonkan Maya Karin ada kelebihannya yang tersendiri. Malah saya sendiri merupakan peminat kepada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Saya tontonnya bersama rakan-rakan, masih ingat lagi.
“Jadi saya rasa filem tersebut ada kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan menerusi Puntianak dalam versi Mina ini, seperti yang saya beritahu tadi, ia bukan sebagaimana tipikal Puntianak yang pernah dilihat sebelum ini.
“Ia berbeza dan penonton akan dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri seorang wanita itu dalam menuntut keadilan apa yang sepatutnya menjadi miliknya,” simpul Fazura yang turut kagumi pelakon Munafik 2 itu.
Selain Fazura dan Remy Ishak, Dendam Pontianak turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nadia Aqilah, Namron, Wan Hanafi Su dan Nadiah M Din. Tidak hanya di Malaysia, filem ini bakal ditayangkan terlebih dulu di Singapura bermula 29 Ogos ini.
Foto: Instagram Fazura, Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Aid Edruce ada memuat naik video di Facebooknya apabila dia mula mengkritik dan memberikan komen terhadap reaksi dan gelagat individu ketika menggunakan aplikasi TikTok.
Bagaimanapun, tiba sahaja gilirannya, bintang drama 30 Pesanan Suara ini terkejut melihat dirinya beberapa bulan lalu yang turut sama menggunakan aplikasi tersebut.
“Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi aku boleh jelaskan. Aku baru sahaja daftar sebagai ahli TikTok. Rupa-rupanya aku pernah ada akaun Tiktok juga. Masa ini tak sedar diri!,” kata Ain sambil ketawa besar.
Berkongsi video Tiktok, Ain setakat ini memiliki 295 pengikut di akaun tersebut.
“Macam manalah aku boleh ada TikTok ni. Aduh! Aku malu! Oh My God! Engkau ni Ain, engkau sama sahaja macam budak TikTok yang lain. I’m really disappointed with you, Ain!,” seloroh Ain sambil menunjukkan jari kearah dirinya sendiri.
“Apa kau ingat budak-budak TikTok sahaja boleh buat? Aku pun boleh juga. Tapi bila kita buat sendiri kita happy, tapi bila orang lain buat kita tengok macam nak termuntah. Inilah namanya manusia.
Jelas anak kelahiran Taiping, Perak ini, dia seronok menggunakan aplikasi tersebut.
“Kesimpulannya, jangan cakap orang bila main TikTok bila diri sendiri pun main juga. Apa-apa pun TikTok ini sangat bagus sebab aku sendiri pun ada,” tegas pelakon berusia 28 tahun itu.
Menjengah di InstaStory miliknya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Luar Biasa itu juga turut memberi penjelasan mengenai insiden yang berlaku.
“Kepada sesiapa yang tanya apa yang jadi kat tangan Mail sebenarnya Mail terjatuh daripada tangga dan terduduk dekat Mail punya tangan kanan, jadi dah buat X-ray dah dapat keputusan.
“Alhamdulillah tak ada retak, tak ada patah cuma tisu dalam sahaja yang bengkak jadi doktor kata kena pakai benda ni supaya Mail tak banyak sangat pakai tangan kanan so okey jer,” katanya.
Lantas, peminat turut mendoakan agar penyanyi berusia 19 tahun itu kembali sihat seperti sedia kala.
Video : Instagram Ismail Izzani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!