Pelawak dan penyanyi, Achey menyantuni hampir 600 buah rumah yang terkesan dengan bencana banjir di Terengganu, Mac lalu. Turut bersama-sama menggerakkan misi berkenaan ialah syarikat pengendali umrah, RS Megatravel Sdn Bhd (RS Megatravel).

Tidak mahu melihat penduduk di Kampung Bukit Mentok, Kemaman menyambut Ramadan dalam suasana hiba dan serba kekurangan, mereka tampil menyumbangkan barangan keperluan rumah yang sekali gus diharap dapat meringankan beban yang ditanggung.

Achey yang juga rakan niaga dan jurucakap RS Megatravel berkata, inisiatif terbabit dilakukan bagi memberi senyuman, lebih-lebih lagi ketika Ramadan bakal menjelang.

“Dapat beri 600 Tilam, 300 Sejadah, 300 Telekung,” – Achey Syukur Nikmat Allah Permudah Misi Bantu Mangsa Banjir Terengganu “Dapat beri 600 Tilam, 300 Sejadah, 300 Telekung,” – Achey Syukur Nikmat Allah Permudah Misi Bantu Mangsa Banjir Terengganu “Dapat beri 600 Tilam, 300 Sejadah, 300 Telekung,” – Achey Syukur Nikmat Allah Permudah Misi Bantu Mangsa Banjir Terengganu

“Kami faham beban yang terpaksa mereka tanggung dalam waktu sukar seperti ini, lebih-lebih lagi kehadiran kami ketika itu nak dekat dengan bulan Ramadan.

“Walaupun air banjir di kawasan Kampung Bukit Mentok sudah surut, tapi masih ramai yang memerlukan bantuan berikutan kawasan terbabit antara yang lambat untuk kembali pulih.

IKLAN

“Jadi kehadiran kami boleh dikatakan tepat kerana mereka menantikan bantuan daripada orang luar kerana sebelum ini kawasan terbabit tidak dibenarkan untuk masuk kerana keadaan yang belum pulih,” katanya.

Menerusi misi terbabit, mereka berjaya mengumpulkan barangan berupa tilam, sejadah dan telekung.

“Dapat beri 600 Tilam, 300 Sejadah, 300 Telekung,” – Achey Syukur Nikmat Allah Permudah Misi Bantu Mangsa Banjir Terengganu “Dapat beri 600 Tilam, 300 Sejadah, 300 Telekung,” – Achey Syukur Nikmat Allah Permudah Misi Bantu Mangsa Banjir Terengganu “Dapat beri 600 Tilam, 300 Sejadah, 300 Telekung,” – Achey Syukur Nikmat Allah Permudah Misi Bantu Mangsa Banjir Terengganu

“Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami untuk membantu dan kami dapat memberikan 600 buah tilam, 300 unit sejadah, 300 pasang telekung dan banyak lagi,” katanya lagi.

IKLAN

Ia turut disambut baik Pengarah Urusan RS Megatravel Sdn Bhd, Syamshul Aswad Jaafaar Siddik, yang mendedahkan jumlah bantuan yang dihulurkan bernilai lebih RM50,000.

“Syukur kerana nilai lebih RM50,000 ini dapat kami gunakan untuk membantu hampir 600 rumah yang terjejas. Selain memberikan servis terbaik bagi perjalanan umrah tanpa kos tersembunyi semenjak ditubuhkan pada 2021, aktiviti sebegini juga sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial (CSR) yang kami buat untuk menyalurkan ke arah kebajikan.

“Berpegang kepada nilai kemurahan hati, ketelusan dalam pengurusan dan perkhidmatan dan keprihatinan dalam menyantuni para jemaah umrah dan haji, aktiviti seperti ini juga selari dengan misi dan objektif RS Megatravel.

IKLAN

“Kami juga gembira apabila Achey selaku rakan niaga dan jurucakap RS Megatravel sama-sama turun padang membantu mereka yang memerlukan.

“Selain memberi fokus terhadap kepada bisnes kami iaitu pengurusan haji, umrah dan ziarah serta pelancongan Islamik patuh syariah, Insya-Allah selepas ini akan ada lebih banyak lagi aktiviti CSR yang bakal kami lakukan,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/rn5RdytdJLI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI