Pelakon Zara Zya syukur nikmat selepas impian untuk memiliki kereta idaman dimakbulkanNya.

Di dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Zara,37, memuat naik sekeping fotonya bersebelahan kereta jenis Porsche 718 Boxster warna putih.

“Dalam Tak Sedar, Allah Telah Pun Makbulkan Doa Kita Satu Persatu,” – Zara Zya“Dalam Tak Sedar, Allah Telah Pun Makbulkan Doa Kita Satu Persatu,” – Zara Zya

“Dalam tak sedar, Allah telah pun makbulkan doa kita satu persatu. Apa yang kita ada hari ini, adalah apa yang kita telah doakan. Alhamdulillah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian berkenaan turut menarik perhatian ramai dan para peminat turut tumpang gembira melihat kejayaan yang dikecapinya.

Terdahulu memetik Harian Metro, Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin akui impiannya berjaya direalisasi selepas lebih setahun mengumpul wang.

IKLAN

Akui Zara, dia selesa meletakkan sasaran seterusnya bekerja keras demi apa yang diinginkan.

“Dalam Tak Sedar, Allah Telah Pun Makbulkan Doa Kita Satu Persatu,” – Zara Zya

“Saya memang suka letakkan sasaran dan bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang benar-benar saya mahukan. Saya kumpul wang sejak setahun lalu bagi membeli kereta ini.

IKLAN

“Syukur dan gembira sangat kerana saya memang mahukan kereta ini kerana ia lain daripada yang lain. Saya pun kena juga fikir soal kumpul wang ke depan lagi untuk kos penyelenggaraan dan alat gantinya,” katanya.

Zara turut menjelaskan, tujuan utamanya berkongsi perkara itu adalah bagi membuktikan bahawa setiap orang mampu mencapai sasaran jika berusaha keras.

“Bagi saya, ini satu penghargaan hasil titik peluh selepas penat bekerja. Terpulanglah jika ada yang kurang senang dengan perkongsian ini kerana orang tetap bercakap.

IKLAN

“Sesiapa yang kenal rapat saja pasti tahu sasaran saya dan turut mengucapkan tahniah kerana berjaya mencapai impian. Saya anggap ini pencapaian yang cukup bermakna secara peribadi juga,” katanya lagi.

“Dalam Tak Sedar, Allah Telah Pun Makbulkan Doa Kita Satu Persatu,” – Zara Zya “Dalam Tak Sedar, Allah Telah Pun Makbulkan Doa Kita Satu Persatu,” – Zara Zya

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Zara Zya

https://youtu.be/lwhi8RC1Dl4

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI