Pelakon dan usahawan Natasha Hudson selamat diijab kabulkan dengan Muhammad Harits Jasmin  atau lebih dikenali dengan nama Jay Jasmin, Ahad lalu di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi.

Majlis yang dihadiri kira-kira 10 orang keluarga terdekat itu dilangsungkan secara sederhana bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pelakon filem Chermin itu menerima mas kahwin RM300 selain bertukar dulang hantaran dan pasangan raja sehari kemudiannya diraikan dalam majlis santai di kediaman ibu Jay di Bangi, Selangor.

Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson itu juga mendedahkan dia tidak meminta wang hantaran.

“Dia kenalan lama saya. Kami pun tak nak bercinta lama. Keluarga sudah saling mengenali. Kami putuskan untuk mempercepatkan perkara baik ini.

“Satu perkara biarpun saya pernah melalui fasa hidup berumah tangga sebelum ini, dia sangat memahami. Saya pun memilih untuk tidak berada dalam kehidupan silam. Moga ikatan ini akan menuju ke satu pengakhiran yang baik. Insya-Allah,” katanya.

IKLAN

“Dia Kenalan Lama Saya, Kami Pun Tak Nak Bercinta Lama,” – Natasha Hudson “Dia Kenalan Lama Saya, Kami Pun Tak Nak Bercinta Lama,” – Natasha Hudson

Mengulas lanjut mengenai hubungan mereka berdua, Natasha akui dia dan suami berkongsi minat yang sama dalam aktiviti bersukan dan lasak.

“Hujung tahun lalu, saya ke Pulau Langkawi kerana menguruskan urusan pembukaan pusat memanah. Suami pula mengendalikan perniagaan luncur ombak di sana.

IKLAN

“Akhirnya kami jadi rakan perniagaan dalam usaha menjadikan pulau pelancongan di Kedah itu sebagai tarikan. Kini, kami jadi teman sehidup semati pula.

“Insya-Allah selepas ini, sekitar minggu depan … kami akan pulang ke sana. Saya juga akan terus  menetap di sana. Cuma  anak saya tak ikut kerana bersekolah di ibu kota,” katanya yang belum merancang soal bulan madu.

Sementara itu, Natasha juga merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Sungai Petani selepas Syawal nanti.

IKLAN

Mengenai cahaya mata, Natasha dan suami hanya berserah. Natasha sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Foto: Ihsan Natasha Hudson (gambar nikah)

https://youtu.be/v6EO1hetoCo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI