Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza memuji kesungguhan yang ditunjukkan rakan artis, Liza Hanim sepanjang penglibatkannya di All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Siti berkata, dia boleh melihat kerja keras yang dipamerkan penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu sekaligus menitipkan pujian menerusi Insta Stories sejurus Liza selesai membuat persembahan pada malam akhir program nyanyian berkenaan.

“Saya melihatnya daripada segi perjuangan Liza. Dalam pilihan saya, yang boleh jadi juara ialah Jaclyn, Liza Hanim dan juga Nikki Palikat. Sebab seperti yang kita tahu keputusan final bergantung pada persembahan mereka pada malam itu.

“Bagi saya ketiga-tiga mereka layak untuk menang, tetapi berbalik kepada rezeki masing-masing. Cumanya saya menulis kapsyen tersebut atas kesungguhan Liza sepanjang pertandingan.

“Daripada segi kerja keras dan all out. Tambah lagi ketika segmen duet pun dia menyanyikan lagu ‘juara’. Jadi bila dia menyanyikan lagu yang penuh cabaran itu dengan baik, saya agak Liza mampu untuk menanglah.

IKLAN

“Apa pun, saya percaya barisan juri ada sistem penjurian yang lebih profesional, memandangkan mereka mendengarnya dalam dewan secara langsung” katanya.

Siti berkata demikian pada Majlis Ukhwah & Apresiasi Serta Pelancaran Kempen Jihad Yayasan NurJiwa, di Kuala Lumpur, pada Rabu.

“Dalam Pilihan Saya Yang Boleh Jadi Juara Ialah Jaclyn, Liza Hanim Dan Nikki Palikat,” – Siti Nurhaliza Ulas Status Insta Story
“Dalam Pilihan Saya Yang Boleh Jadi Juara Ialah Jaclyn, Liza Hanim Dan Nikki Palikat,” – Siti Nurhaliza Ulas Status Insta Story

IKLAN

“Dalam Pilihan Saya Yang Boleh Jadi Juara Ialah Jaclyn, Liza Hanim Dan Nikki Palikat,” – Siti Nurhaliza Ulas Status Insta Story

“Dalam Pilihan Saya Yang Boleh Jadi Juara Ialah Jaclyn, Liza Hanim Dan Nikki Palikat,” – Siti Nurhaliza Ulas Status Insta StorySementara itu, Siti juga memberikan dedikasi sama kepada Jaclyn Victor yang diangkat sebagai juara ASGV.

IKLAN

“Apa yang saya dengar, nyanyian Jac sangat kemas dan pada saya dia pun layak untuk diangkat sebagai juara. Kesemua peserta yang bertanding pun hebat,” katanya lagi.

Terdahulu, Liza Hanim berada di tempat keempat keseluruhan dengan markah sebanyak 72.34 peratus.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI