Penyanyi senior, Datuk M Daud Kilau dilaporkan telah meninggal dunia pada petang Khamis.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh cucunya yang dikenali sebagai Hasnor Ikram menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
“Atuk saya, Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah,” tulisnya.
Ads
Memetik laporan Mstar, anak lelaki M. Daud Kilau, Ahmad Zaini Mohd Daud memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital sejak 12 Disember lalu.
“Ayah saya memang ada penyankit diabestes, darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.
“Sejak tiga hari lalu keadaannya semakin teruk dan asyik meracau. Masalah kencing manis juga semakin merebak,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Jelas Zaini lagi, kaki bapanya itu sepatutunya akan dipotong namun terpaksa ditangguhkan disebab tekanan darah yang kurang stabil.
“Sepatutnya hari ini (Isnin) nak potong kedua-dua belah kaki sebab masalah diabetes. Tapi apabila doktor bius periksa, ia tidak boleh dilakukan sebab tekanan darah tidak stabil.
Ads
“Ini kali ketiga pembedahan ditangguhkan sebab masalah sama,” ujarnya.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, Selasa.
Sumber: Instagram Hasnor Ikram & Mstar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas bersaing sengit selama lapan minggu bagi membuktikan kemampuan untuk bergelar anak seni, akhirnya fanalis Aiman Ameer dinobatkan selaku Juara Hero Remaja 2023 manakala Juara Dewi Remaja 2023 pula disandang oleh finalis Nurel Bahrin.
Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Aiman dan Nurel membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berhumlah RM10,000 setiap seorang dan trofi.
Malah, Nurel turut menerima mahkota Dewi Remaja yang telah diserahkan oleh juara edisi terdahulu yang juga merupakan pelakon, Tracie Sinidol.
Manakala selempang Hero Remaja 2023 milik pula disarungkan oleh Juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman.
Naib juara Hero dan Dewi Remaja 2023 pula telah disandang oleh finalis Fitri Farok dan Arabella.
Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 setiap seorang.
Sementara itu, bagi ketegori Hero dan Dewi Inspirasi pula, anugerah tersebut telah dinobatkan kepada finalis Aiman Ameer dan Adrina seterusnya merima hadiah berupa kontrak bernilai RM20,000 tajaan, Yaya Empire.
Kategori HeroDewi favourite pula jatuh kepada finalis Razin Qidran dan Nurel Bahrin. Anugerah ini telah diberikan kepada finalis yang mendapat undian tertinggi daripda peminat sepanjang lapan minggu.
Razin dan Nurel telah membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.
Dalam pada itu, anugerah yang baru sahaja diperkenal iaitu Best Chemistry Duo telah dimenangi oleh fanalis Jay Iskandar dan Arabella .
Keserasian yang telah mereka tunjukkan selama program berlangsung telah melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000
Kesemua finalis diadili barisan juri yang terdiri daripada Scha Alyahya, Datuk Aznil Nawawi dan Datuk Yusry Abd Halim.
Pentas Akhir Hero Dewi Remaja dihoskan oleh gandingan pengacara Hawa Rizwana dan Fazziq Muqriz.
Pentas Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Dewan Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur turut diserikan lagi dengan pesembahan daripada penyanyi Nadeera Zaini dan Aishah Retno.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syarikat pengurusan dan rakaman, Leo Music Empire optimis dengan menampilkan enam bakat baharu yang sekaligus mengutamakan bakat nyanyian dan personaliti berbanding paras rupa.
Pengarah Leo Music Empire, Nour Shue berpendapat, individu yang sekadar menjual rupa paras dalam dunia seni tidak boleh bertahan lama dalam industri seni sekiranya tidak mempunyai bakat dan disiplin dalam kerjayanya.
“Sekarang terlalu ramai penyanyi yang hanya mengutamakan rupa semata. Saya tidak melihat itu, apa yang penting bakat. Ya, rupa paras yang cantik atau tampan itu bonus tetapi saya mencari bakat.
“Selain itu, disiplin dan personaliti diri juga memainkan peranan penting. Ada sahaja yang boleh menyanyi, ada rupa tetapi disiplin ke laut. Tak mahu dengar nasihat dan sudah berlagak diva sebelum berjaya.
“Kita mempunyai ramai penyanyi yang baik tetapi tidak tahu ke mana ingin mengembangkan bakat. Ditambah dengan stigma tertentu, ruang dan peluang mereka kabur. Sebab itu saya berani ambil risiko,” katanya.
Nour Shue berkata demikian pada majlis pelancaran single baharu enam artis di bawah naungan syarikat rakaman dan pengurusan tersebut.
Nor Shue menambah syarikat berkenaan juga mempunyai perancangan dan strategi khusus bagi mengetengahkan barisan penyanyi di bawah pengurusannya.
“Semestinya ada perancangan untuk kami ketengahkan bakat mereka secara mainstream. Semua itu disusun berperingkat. Kami tidak mahu terlalu terburu-buru. Biar lambat tetapi impaknya ada.
“Saya tidak mahu mereka digelar artis mi segera. Dikenali dengan satu lagu, selepas itu sepi terus menghilang. Biarlah mereka terus berusaha dan kekal dengan sikap tidak mudah mengalah itu,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai pemilihan bakat baharu, Nour Shue menjelaskan enam penyanyi tersebut dipilih berdasarkan kelebihan dan keistimewaan mengikut suara serta vokal yang dipadankan dengan lagu yang sesuai.
“Mereka semua melalui sesi uji bakat dan dilatih terlebih dahulu sebelum melancarkan single pertama. Genre setiap mereka juga berbeza. Ikut kesesuaian vokal dan suara.
“Saya juga memberi kebebasan untuk mereka mengutarakan kehendak dan keinginan. Dari situ, kita akan menyuaipadan dan memilih lagu yang tepat,” katanya.
Enam artis yang ditampilkan ialah Ammar Anuaar, Arghpiez, Queen Zara, Azs Azfa, Wawa Wahida dan Kelana Akira.
Ammar Annuar meluncurkan single pertamanya berjudul Sepi pada 17 November lalu sementara Arghpiez memilih untuk memperjuangkan genre rap dan hip-hop, berjudul Setiap Malam pada 22 Disember lalu.
Sementara itu, Queen Zara tampil dengan naskhah berjudul Masihkah Ada Waktu Itu bakal meluncurkan single pada Januari depan.
Azs Azfa yang juga guru muzik pula berani mengetengahkan muzik bergenre jazz blues menerusi lagu Yang Ku Perlu.
Seterusnya, Wawa Wahida bakal memeriahkan dunia seni menerusi lagu berjudul Seperti yang akan diluncurkan pada Januari depan dan penyanyi asal Sarawak, Kelana Akira juga akan mempromosikan single berjudul Cerita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pegawai kanan polis yang didakwa terlibat dalam insiden kematian seorang pelajar akibat dilanggar dan diseret kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru, Ipoh, Perak akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 atas kesalahan membunuh.
Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan menjelaskan, suspek akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak, hari ini, lapor Sinar Harian.
Menurut kenyataan itu, Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan.
“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek,” kata kenyataan itu pada Ahad.
Terdahulu, media pada Jumaat melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikatakan telah dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.
Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan seorang pegawai kanan pasukannya berusia 44 tahun berhubung kes kematian pelajar berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!