Pihak syarikat rakaman, Universal Music Malaysia tampil memberikan penjelasan mengenai penyanyi dibawah naungan mereka, Ernie Zakrie yang dikatakan sengaja tidak mahu menyanyikan lagu Astana di Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM).

Menerusi satu kenyataan, Universal Music Malaysia memaklumkan Ernie tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pencalonan dan penyertaan lagu Astana sepertimana yang dilaporkan dalam beberapa media.

“Saya Komposer, Sudah Tentu Nak Nyanyi,” – Ernie Zakri Bukan Sengaja Tarik Diri Di SFMM38, Ada Kekangan

Pada masa sama, Ernie yang juga merupakan komposer lagu tersebut turut menafikan dakwaan berkenaan

Jelas Ernie, dia mahu menyanyikan sendiri lagu tersebut namun terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

“Saya adalah penyanyi asal dan komposer lagu ini. Sudah tentu saya nak menyanyikan lagu ini. Malah, tidak pernah cakap saya tak nak nyanyi atau tarik diri.

“Namun, disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak RIM dan MPB, ia menjadi penghalang untuk saya mempersembahkan lagu ini pada Separuh Akhir Muzik Muzik 38,” katanya.

IKLAN

“Saya Komposer, Sudah Tentu Nak Nyanyi,” – Ernie Zakri Bukan Sengaja Tarik Diri Di SFMM38, Ada Kekangan

Sementara itu, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejak Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan.

“Banyak ahli kami yang terdiri dari syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa tidak mencalonkan rakaman lagu artis mereka dalam program Muzik Muzik tahun ini kerana tidak bersetuju dengan klausa tertentu dalam borang pencalonan lagu program itu.

IKLAN

“Kami sudah mengadakan sesi dialog bersama pihak pengurusan tertinggi Media Prima mengenai perkara ini pada awal Ogos tahun ini dan sudah mengetengahkan klausa bermasalah dalam borang pencalonan tersebut buat perhatian mereka.

“Walaubagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum dapat penyelesaian yang memuaskan sepenuhnya berhubung perkara ini dan berharap dapat mencapainya dengan segera untuk klausa dan isu berkenaan”, katanya.

“Saya Komposer, Sudah Tentu Nak Nyanyi,” – Ernie Zakri Bukan Sengaja Tarik Diri Di SFMM38, Ada Kekangan

IKLAN

Terdahulu, peminat meluahkan rasa kecewa selepas Ernie tidak muncul sewaktu lagu Astana diumumkan antara 30 buah lagu yang tercalon di SFMM38.

Sebaliknya, penyanyi, Nadeera telah dipilih untuk menggantikan Ernie.

Bagaimanapun, Rocketfuel dalam satu komen di Instagram mereka menjelaskan keputusan tersebut dibuat
adalah atas persetujuan Ernie sendiri yang memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu tersebut.

Sekadar informasi, Ernie sebelum ini merupakan artis dibawah syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment sebelum berpindah ke Universal Music Malaysia pada Julai lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Ernie Zakri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI