Selepas tujuh minggu diuji dengan pelbagai cabaran, kini program realiti pencarian bakat, Hero Remaja 2021 bakal melabuhkan tirainya seterusnya mengumumkan juara baharu bagi edisi ke-11.

Bagi salah seorang finalisnya, Mierul Aiman, dia merasakan perjalanannya di Hero Remaja 2021 sememangnya bukan mudah lebih-lebih lagi untuk bersaing dengan 11 peserta yang lain.

“Dalam Masa 5 Tahun, Saya Nak Berlakon 2 Atau 3 Filem,” – Konsisten Tiap Minggu, Mierul Aiman Impi Akhiri Saingan Hero Remaja Selaku Juara! “Dalam Masa 5 Tahun, Saya Nak Berlakon 2 Atau 3 Filem,” – Konsisten Tiap Minggu, Mierul Aiman Impi Akhiri Saingan Hero Remaja Selaku Juara!

Katanya lagi, setelah berhempas pulas memberikan aksi yang terbaik pada setiap minggu, Mierul memasang impian untuk menamatkan program ini selaku juara.

“Perjalanan di Hero Remaja 2021 boleh diibaratkan seperti roller coster. Masa awal-awal dahulu memang saya selalu terkejut dengan setiap cabaran yang diberikan.

“Tapi selepas tujuh episod, saya semakin selesa membawa diri terutamanya bila berhadapan dengan kamera. Setiap episod, saya amat menitikberatkan soal kreativiti suapa saya sentiasa berbeza dengan peserta lain.

“Fokus saya ketika ini adalah untuk menamatkan program Hero Remaja 2021 ini sebagai juara,” katanya kepada MH.

IKLAN

Jejaka berketinggian 178 cm yang berasal daripada Putrajaya ini berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH baru-baru ini.

“Dalam Masa 5 Tahun, Saya Nak Berlakon 2 Atau 3 Filem,” – Konsisten Tiap Minggu, Mierul Aiman Impi Akhiri Saingan Hero Remaja Selaku Juara! “Dalam Masa 5 Tahun, Saya Nak Berlakon 2 Atau 3 Filem,” – Konsisten Tiap Minggu, Mierul Aiman Impi Akhiri Saingan Hero Remaja Selaku Juara!

Ketika namanya dicanang-canang selaku pilihan untuk menjuarai Hero Remaja 2021, Mierul menganggap perkara tersebut terhasil daripada kerja keras yang ditunjukkan pada setiap minggu.

“Sebenarnya saya sering mengutamakan untuk tampil berbeza di setiap cabaran. Selepas episod ketiga, tugasannya banyak tertumpu mengenai lakonan dan pengacaraan. Bermula dari situ, para peserta lain dah mula tunjukkan ‘taring’ mereka.

IKLAN

“Saya merupakan seorang yang suka bereksperimentasi. Buat sesuatu yang belum pernah saya cuba. Setiap episod para peserta lain akan sentiasa menunjukkan peningkatan, jadi kita tak boleh tertinggal.

“Cabaran terbesar saya adalah untuk sentiasa berada di satu tahap yang berbeza dan menyerlah berbanding peserta yang lain,” katanya lagi.

“Dalam Masa 5 Tahun, Saya Nak Berlakon 2 Atau 3 Filem,” – Konsisten Tiap Minggu, Mierul Aiman Impi Akhiri Saingan Hero Remaja Selaku Juara!

Dalam pada itu, pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya ini turut meletakkan sasaran jelas untuk menempatkan namanya sebaris pelakon-pelakon filem dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

IKLAN

“Sebelum menyertai Hero Remaja 2021, saya ada menyertai beberapa kelas dan akademi teater sekadar untuk memenuhi minat saya dalam bidang lakonan. Selepas menyertai kelas tersebut, Hero Remaja pula buat ujibakat. Waktunya memang sesuai.

“Minat saya memang ke arah bidang lakonan. Selepas tamat program ini, saya meletakkan sasaran untuk membintangi dua atau tiga filem dalam tempoh lima tahun,” akhirnya.

“Dalam Masa 5 Tahun, Saya Nak Berlakon 2 Atau 3 Filem,” – Konsisten Tiap Minggu, Mierul Aiman Impi Akhiri Saingan Hero Remaja Selaku Juara! “Dalam Masa 5 Tahun, Saya Nak Berlakon 2 Atau 3 Filem,” – Konsisten Tiap Minggu, Mierul Aiman Impi Akhiri Saingan Hero Remaja Selaku Juara!

Terdahulu, Mierul bakal bersaing dengan tiga finalis lain iaitu, Fazziq Muqris, Afiq Hamidon dan Aqil Taqee bagi merebut gelaran juara Hero Remaja 2021.

Pentas Finale Hero Remaja 2021 bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria dan On Demand pada Sabtu, 6 November bermula jam 9 malam.

Sementara itu, anda juga boleh mengundi 12 finalis kegemaran anda bagi ketegori Hero Favourite di www.remaja.my/hero.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI