Pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dia belum membawa dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4, bertemu dengan ibu tiri mereka, Ira Kazar kerana dia mahu menjaga sensitiviti isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan keluarga.

Menurut Syamsul, dalam keadaan sekarang yang mana dia dan isteri-isteri masih bergelut dengan masalah rumah tangga, ia bukan waktu yang tepat dan bagus untuk berbuat demikian.

“Buat masa ini, anak-anak saya belum pernah lagi dibawa berjumpa dengan Ira. Dalam keadaan sekarang ini, saya sedar kena jaga sensitiviti juga.

“Saya harus betulkan apa yang berkecamuk dengan Sarah dulu.

“Macam tak manislahkan, saya nak buat begitu (bawa anak jumpa Ira) bila isteri pertama, Sarah masih begini. Setakat ini, belum lagilah,” katanya, lapor Harian Metro.

IKLAN

Syamsul menambah, dia juga tidak ada masalah untuk berterus-terang dengan anak-anaknya sudah berkahwin dua dan tiada apa yang perlu atau hendak dirahsiakan daripada pengetahuan anak.

“Saya cakap sajalah pada mereka, inilah isteri nombor dua ayah. Nak cakap apa lagi, dah memang betul pun. Saya juga tak galakkan untuk menipu anak. Cakap sajalah benda yang betul.

“Ayah memang dah ada isteri lagi seorang. Tapi, setakat ini apabila berjumpa dengan anak-anak, tidak pula mereka bertanya tentang perkara itu (dah berkahwin dua),” katanya mengaku tidak kisah jika Syaikul mengetahui mengenai dia berkahwin dua daripada ibu bapanya.

IKLAN

Syamsul berkata, dia juga tidak kisah jika bapanya, Datuk Yusof Haslam sudah memberitahu anak-anaknya mengenai kisah sebenar dia sudah berkahwin dua itu.

Katanya, dia okey saja sebab itu perkara yang betul.

IKLAN

Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul bernikah lagi satu dengan Ira di Thailand dan didaftarkan di Malaysia pada 20 Januari lalu.

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula menjadi perhatian ramai sejak pertengahan tahun lalu apabila Puteri Sarah mendedahkan kehadiran ‘orang ketiga’ sehingga perlu mengambil tindakan undang-undang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI