Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung selama dua jam melibatkan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.

Puteri Sarah, 38, tetap nekad dengan keputusannya untuk berpisah dengan Syamsul.

“Saya tidak mahu berjumpa dan saya tegaskan dekat sini, saya masih dengan keputusan saya. Saya nak bercerai, tak nak berdamai.

“Enough is enough, I’m tired. Saya hanya nak minta lepaskan saya sahaja.

“Saya hanya jumpa ustazah, saya ceritakan apa yang berlaku daripada A sampai Z beserta dengan bukti.

IKLAN

“Saya dah penat. Saya penat dengan benda ini, sudah bertahun-tahun. Jadi saya terus cakap saya tidak mahu berdamai.

“Saya memang tak akan boleh berdamai, saya tak nak. Saya mahu bercerai,” katanya memetik video yang dikongsikan di laman Instagram Hlive.

IKLAN

Menerusi sesi tersebut, Sarah diwakili adiknya, Sofea Megat manakala Syamsul pula diwakili sepupunya.

Terdahulu, Sarah memfailkan permohonan penceraian dan sebutan pertama kes tersebut pada 7 Mac lalu, Syamsul enggan menceraikan isteri pertamanya itu kerana yakin masih ada sinar dalam hubungan mereka.

IKLAN

Susulan itu, hakim syarie telah memerintahkan kedua-duanya melantik wakil JKP bagi tujuan perbincangan.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI