Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata persembahan yang dinyanyikan secara trio oleh Jac, Shila Amzah dan Tom di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) adalah sebagai tanda semangat setia kawan bintang bertanding.

Tambah Norzeha, pada awal pihaknya merancang untuk tidak meneruskan giliran persembahan Dina menerusi lagu Januari yang dipopularkan oleh mendiang Glenn Fredly itu, malam tadi.

“Seperti yang kita semua maklum, Dina tidak dapat bersama kita dan dia sedang berada di kediaman keluarga di Johor ketika ini.

“Persembahan dari Jac, Shila dan Tom menerusi lagu Januari yang sepatutnya dipersembahkan Dina dilakukan atas semangat setia kawan mereka.

“Kita tidak jangka apa yang berlaku meskipun Dina sempat bersama pada sesi latihan pada Sabtu.

“Sepatutnya item persembahan Dina dikeluarkan dari senarai giliran persembahan. Tapi disebabkan semangat setia kawan, mereka tetap mahu teruskan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ditanya mengenai pendirian penganjur terhadap proses penjurian sekiranya membabitkan hal sedemikian, Norzeha menjelaskan format penjurian setiap program pertandingan itu berbeza-beza.

Artikel Berkaitan;

Tomok ‘Buat Magic’ Nombor Satu Dengan 84% & Jac 82.4%, Lihat Markah Semua Peserta Termasuk Asheed 59.9%

IKLAN

Penampilan Penyanyi Masih Aktif Di GV9; Ini Kenyataan Astro

“Lain program, berbeza dari segi penjurian (scoring) oleh barisan juri mereka. Untuk GV, setiap persembahan dinilai pada hari kejadian, tiada elemen markah terkumpul atau dibawa ke depan.

“Malah dalam 10 minggu GV juga, memang akan ada tiga atau empat minggu yang tiada penyingkiran. Kebetulan pada konsert keenam memang tiada penyingkiran,” katanya lagi.

IKLAN

Norzeha bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan ada lebih daripada seorang peserta yang bakal diumumkan tersingkir menjelang konsert kemuncak bulan hadapan.

Terdahulu, media melaporkan bapa penyanyi lagu Malu Tapi Mahu itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi Ahad.

Allahyarham meninggal dunia akibat masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan perkara itu disahkan oleh pengurus Dina dikenali sebagai Mickey.

Mickey memaklumkan, arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat masalah paru-paru.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI