Pelawak, Lan Pet Pet tampil menjelaskan mengenai perkara sebenar berhubung dakwaan dia telah memukul seorang penghantar makanan di tepi jalan seperti yang tular di platform media sosial baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, Lan memberi tahu, ketika dia sedang memandu di hadapan Kedutaan Rusia yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dia ternampak penghantar makanan terbabit sedang menggunakan telefon bimbit sambil menunggang motosikal di tengah-tengah jalan.

Bimbang perbuatan pemuda berkenaan bakal mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya, malah pengguna jalan raya yang lain, Lan memutuskan untuk menegur dan bersemuka dengan individu terbabit.

“Saya menegur pemuda itu… Tindakannya (menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal) amat berbahaya. Bukan sahaja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain.

“Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi.

“Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.

“Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Video berdurasi 24 saat yang dirakam seorang pengguna jalan raya itu nyata menarik perhatian ramai pihak sehinggakan menjadi antara topik hangat dikalangan netizen.

Dakwa Diprovok & Dimaki, Lan Pet Pet Dedah Situasi – “Guna Telefon Bimbit Ketika Tunggang Motosikal Amat Bahaya.” Dakwa Diprovok & Dimaki, Lan Pet Pet Dedah Situasi – “Guna Telefon Bimbit Ketika Tunggang Motosikal Amat Bahaya.”

Menerusi video berkenaan, anggota kumpulan Senario itu dilihat telah merangkul dan memukul kepala lelaki berkenaan sebelum ditenangkan oleh beberapa orang awam.

Pada masa sama, Lan juga dikatakan telah melemparkan kata-kata amaran buat individu berkenaan.

IKLAN

Dakwa Diprovok & Dimaki, Lan Pet Pet Dedah Situasi – “Guna Telefon Bimbit Ketika Tunggang Motosikal Amat Bahaya.”

Dalam pada itu, Lan turut memaklumkan dia juga telah pun membuat laporan polis terhadap individu yang telah merakam dan menyebarkan video tersebut.

“Saya juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini.

IKLAN

“Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata, tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.

“Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah,” katanya lagi.

Lan turut menambah, dia sebolehnya mahu isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik sebelum menjelangnya hari raya.

“Kami akan bersemuka di balai polis untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara kami.

“Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama,” akhirinya.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI