Berjaya memiliki dua buah kediaman sendiri di usia bawah 30 tahun, ia merupakan satu pencapaian terbesar buat penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha sehingga kejayannya itu menjadi inspirasi dalam kalangan peminatnya.

Namun begitu, ada kedengaran usikan nakal daripada netizen yang mendakwa pencapaian yang diusahkan Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 30, itu adalah disebabkan ditaja oleh ‘sugar daddy’ sehingga dia mampu untuk hidup selesa dan mewah.

Mengakui terkilan dengan tuduhan tersebut, Daiyan berkata kesemua aset yang berjaya dikumpulnya kini adalah di atas hasil usaha kerasnya sepanjang bergelar anak seni.

“Penat saya kerja, kau (netizen) cakap saya ada sugar daddy macam itu je.  Saya terkilanlah sebab saya dah kerja keras kan.

“Saya terasa sikit la bila orang cakap macam tu tapi saya faham sebab kadang-kadang mereka pun ada persoalan antara satu sama lain,” katanya kepada MH.

Daiyan ditemui pada majlis pratonton drama terbaharu lakonannya, Projek: High Council yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.

IKLAN

Penyanyi lagu Penat itu juga berkata dia berasa hairan apabila bila golongan wanita itu berjaya, mereka pasti akan dilabel seperti ada sesuatu perkara atau seseorang yang berada di belakang kejayaan tersebut.

“Ia satu tuduhan berat dan melukakan hati.  Ia juga menunjukkan bahawa seorang perempuan kalau berjaya itu mesti ada benda lain di belakang dia.

“Bukan sebab usaha dia atau bakat dia.  Kenapa mesti (cakap) macam tu?  Kenapa bila lelaki bejraya, kita tak ada pun cakap dia mesti ada ‘sugar mummy’,” katanya lagi.

Selain berlakon dan menyanyi, Daiyan turut aktif bekerjasama mengiklankan pelbagai jenama mewah popular antarabangsa sepanjang 10 tahun dia berkecimpung dalam bidang seni.

IKLAN

Sementara itu, untuk kerjaya lakonan, Daiyan kini tampil dengan drama terbaharu, Projek: High Council yang mana mengisahkan tentang gejala buli dan gangsterism yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah berasrama suatu ketika dahulu.

Memegang watak sebagai Mia, Daiyan berkata dia teruja membawakan watak itu di samping ramai pelakon baharu berbakat besar antaranya seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Fazziq Muqris.

“Untuk watak Mia ini, saya tempah sendiri rambut palsu berwarna merah jambu untuk tampil dengan karakter gadis rebelious.

“Saya tak warnakan rambut sebab saya perlu tampil dengan imej clean, rambut berwarna hitam untuk tujuan endorsement dengan produk-produk.

IKLAN

“Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan ramai bakat baharu berbakat besar dan kalau bukan saya berlakon dalam drama ini pun, memang saya akan tonton sebab karya ini memang sangat bagus dan berkualiti tinggi,” katanya.

Projek: High Council yang diarahkan Anwari Ashraf dan Ika Zakaria ini akan mula ditayangkan di Astro Go pada 14 Januari ini dan di Astro Citra bermula 23 Januari, setiap Sabtu jam 9 malam.

 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI