Pelakon Abby Abadi ada menitipkan dedikasi bersempena dengan ulang tahun kelahiran salah seorang anak angkatnya, Muhammad Daiyan Fayyadh yang kedua hari ini.

Memberikan ucapan panjang lebar menerusi posting video foto kenangan bersama anak lelakinya itu, pelakon Gerak Khas ini juga menyifatkan Daiyan sebagai seorang kanak-kanak yang membesar dengan bijak, comel dan aktif.

“Sanah Helwah Hero Mama Abah. Lahir pada 22 June 2018, hari ni 22 June2020, cukup dah 2 tahun. Syukur Alhamdullillah. Sihat sempurna. Bijak, Comey & tak reti duduk diam hero kecik sorang ni hehe.

“Sangat menyenangkan hati. Pandai bercakap dah, buleh dah diharap suruh ambilkan barang. Tapi selalu dia kena buli sebab manja mengada sangat, buat semua geram,” tulis Abby.

Dia pada masa turut mendedahkan jarak usia Daiyan dengan Maisara Dayana Fathia tidak kurang dua bulan sahaja. Jadi tidak hairan andai mereka nampak sebaya.

IKLAN

“Daiyan ni Mama kembarkan dgn Dayana. Jadi dimana ada Daiyan, disitu ada Dayana. Berbeza hampir sebulan setengah sebenarnya, tp sbb dah selalu bersama, mmg mcm kembar sungguh mereka @daiyandayana.

“Manja pun dia juga. Selalu Dayana terpaksa mengalah.. tp Dayana kakak2 sikit, jadi ok je. Cuma sesekali Daiyan kena juga gigitan Dayana, sbb geram kot.

“Semoga membesar dgn sihat & menjadi anak yang baik, beriman, beramal soleh & bermanfaat kepada semua Unat manusia ye sayang.

IKLAN

“Mama Abah, Abang2, Kakak2, Adik2 sayang Daiyan sangat tau! LillahiTaala. Mohon Sahabat2 disini doakan kebaikan ye utk Daiyan,” pintanya.

View this post on Instagram

Lahir pada 22 June 2018, hari ni 22 June2020, cukup dah 2 tahun. Syukur Alhamdullillah. Sihat sempurna. Bijak, Comey & tak reti duduk diam hero kecik sorang ni hehe.. 🥰 . Sangat menyenangkan hati… ☺️Pandai bercakap dah.. buleh dah diharap suruh ambilkan barang. Tapi selalu dia kena buli… sebab manja mengada sangat, buat semua geram hehe . Daiyan ni Mama kembarkan dgn Dayana. Jadi dimana ada Daiyan, disitu ada Dayana. Berbeza hampir sebulan setengah sebenarnya, tp sbb dah selalu bersama, mmg mcm kembar sungguh mereka @daiyandayana 😍 . Manja pun dia juga. Selalu Dayana terpaksa mengalah.. tp Dayana kakak2 sikit, jadi ok je. Cuma sesekali Daiyan kena juga gigitan Dayana, sbb geram kot 🙊 . Semoga membesar dgn sihat & menjadi anak yang baik, beriman, beramal soleh & bermanfaat kepada semua Unat manusia ye sayang. Mama Abah, Abang2, Kakak2, Adik2 sayang Daiyan sangat tau! LillahiTaala 😇 Ps; Mohon Sahabat2 disini doakan kebaikan ye utk Daiyan 🙊😍

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Abby mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faizal Zakaria pada 15 Ogos 201 lalu dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang, Muhammad Danial Firman.

IKLAN

Bagaimana pun, bayi tersebut meinggal dunia meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.

Pasangan ini turut mempunyai tiga anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Sementara itu Abby turut mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.

Foto: Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI