Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan perasaan susulan ujian yang dihadapinya ketika ini.

Menurut Elyana, dia meminta sokongan ramai, bukan mengkritik kerana ia hanya merosakkan jiwanya.

“Dah Sakit 10 Tahun, Lebih 20 Kali Kemoterapi, 30 Kali Radioterapi, Apa Yang Saya Tak Pernah Lakukan?,” – Luahan Hati Elyana “Dah Sakit 10 Tahun, Lebih 20 Kali Kemoterapi, 30 Kali Radioterapi, Apa Yang Saya Tak Pernah Lakukan?,” – Luahan Hati Elyana

“Kalau boleh memang saya nak makan healthy food, fresh, real food, sayur, buah, no sugar, exercise, makan suppliment itu dan ini. Saya dah sakit 10 tahun. Lebih 20 kali chemo, lebih 30 kali radiotherapy.

“Apa yang saya tak pernah lakukan? Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Berubat semua ceruk saya pergi.

“Tapi… jika kamu jadi saya, baru kamu tahu apa alasan saya. Beza kalau kita ni pernah jaga orang yang sakit dengan kita yang sedang mengalami dan berperang dengan sakit. Lain…

IKLAN

“Jika anda ingin membantu, bantu dari segi perbuatan. Bukan comment dan complain. Rosak jiwa saya,” tulisnya menerusi satu entri yang dikemas kini di Instagram buat tatapan umum.

“Dah Sakit 10 Tahun, Lebih 20 Kali Kemoterapi, 30 Kali Radioterapi, Apa Yang Saya Tak Pernah Lakukan?,” – Luahan Hati Elyana “Dah Sakit 10 Tahun, Lebih 20 Kali Kemoterapi, 30 Kali Radioterapi, Apa Yang Saya Tak Pernah Lakukan?,” – Luahan Hati Elyana

Meneruso fotonya yang dirakam bersandar lemah pada sofa, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut akui bukan satu perkara mudah buat pesakit sepertinya untuk menjaga orang lain, termasuk diri- sendiri.

“Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah saya yang harus menjaga orang lain. Saya tak complain just nak bagitau. Saya bukan ada superpower. Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.

IKLAN

“Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan nak minum, muntah, nak bercakap. Tumpah darah bertahun-tahun, nak duduk, nak berjalan, nak jaga keluarga, nak cari duit, nak berfikir, tak boleh tidur, nak selalu tersenyum depan anda.

“Berat… terlalu berat. Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu sendiri tidak pernah merasai sendiri,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

IKLAN

Sekadar informasi, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 2011 lalu.

“Dah Sakit 10 Tahun, Lebih 20 Kali Kemoterapi, 30 Kali Radioterapi, Apa Yang Saya Tak Pernah Lakukan?,” – Luahan Hati Elyana “Dah Sakit 10 Tahun, Lebih 20 Kali Kemoterapi, 30 Kali Radioterapi, Apa Yang Saya Tak Pernah Lakukan?,” – Luahan Hati Elyana

Kali pertama dia mendedahkan mengenai penyakit yang dialaminya itu adalah menerusi konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Elyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI