
Pelakon, Fasha Sandha memuat naik foto anaknya, Putri Raysha Jemaima di laman Instagramnya semalam.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen foto tersebut. Kisahnya, Raysha seperti berminat untuk menceburi bidang ibunya itu.
“Sayang ibu ni, kalau dah selalu ikut ibu pegi lokasi set shooting, suka posing2, nampaknya dah minat nak kerja macam ibu, unfortunately dada tak benarkan,” tulisnya.
Susulan itu, di ruangan komen kelihatan netizen ramai memberikan komen pujian terhadap Jemaima dan bersetuju dengan tindakan dadanya yang tidak membenarkan dia menceburi hiburan kerana cantik sangat.
Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Bagaimanapun, Fasha melangsungkan pertunangannya bersama rakan pelakon, Aidil Aziz pada November lalu.
Foto/Instagram: Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Sebab Tu Aku Kahwin, Nak Tidur & Peluk Dia,”- Ini Cara Akim Ahmad Pujuk Stacy, Siap Buat Lagu!

Kehidupan alam perkahwinan sememangnya sangat manis dan indah.
Namun, kadang-kadang ada juga berlaku salah faham dan ‘gaduh-gaduh manja’ dalam kehidupan suami isteri.
Begitulah yang dialami pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy baru-baru ini.
“Amboii.. Beginilah si BALAKIM ni kalau ada dia mau suruh..Maut betul cara pujuk dia.
“X payah nak ketawa2 time ayat last tu ah UMMU SAIKAH,” tulis Stacy.
Menjengah di Instagram Akim pula, dia turut sertakan lirik lagu yang agak catchy dan menghiburkan.
“SEBAB ITU AKU KAHWIN
Verse 1
“Kau Ummu Shaikhah,
Senyumanmu menarik,
Senyumanmu bertaring,
Membuat aku,
Kadang kala tak tidur malam mengenangmu,
Chorus
“Sebab itu aku kahwin,
Dengan Ummu Shaikhah Stacy,
Aku nak tidur dengan dia,
Nak peluk-peluk. Selalu berdua-duaan dengan dia,” tulis Akim di ruangan kapsyennya.
View this post on InstagramA post shared by Akim Ahmad (@akimahmad) on
Lalu, netizen terhibur dan meninggalkan komen yang pelbagai terhadap video tersebut.
Alahai, comel sungguh pasangan ni. Biasalah gaduh-gaduh manja dalam perkahwinan ni,kan?
Video : Instagram Akim,Stacy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Tak Izinkan Saya Terbang Jauh Dalam Industri Hiburan Ada Sebab Dan Asbabnya,” – Mila Jirin

Awal hari ini, penyanyi dan ushawan, Mila Jirin ada berkongsi satu situasi yang mana seorang peminat ada bertanya mengenai perkembangan seninya ketika ini.
Perkongsian tersebut dibuat Mila menerusi entri terkininya di Instagram.
“MILA DAH TAK NYANYI LAGI?” Sapa seorang wanita lewat 50-an sambil sedang membersihkan meja di sebuah restoran fastfood di Penang International Airport.
“DAH TAK AKTIF DALAM INDUSTRI HIBURAN, SIBUK JAGA ANAK” – Balas saya sambil membalas senyuman wanita tersebut.
“PATUT LA LAMAAA MAKCIK TAK DENGAQ LAGU MILA, AWAT LAGUTU..NYANYI LAH BALIK, DAH ADA SORA – Balas Wanita itu
“Erm, suami tak izinkan makcik – Saya cuba nak tamatkan pertanyaan wanita tersebut”
“MANA BOLEH TAK BAGI, DULU TAK KAWIN BAGI? LA DAH KAWIN TAK BAGI?? TENGOK YANG LAIN DH KAWIN BOLEH – Agak serius wanita itu berhujah.
“Insya Allah Makcik, jika Allah izinkan” – Dalam hati, moga tiada lagi soalan kenapa saya tidak menyanyi lagi diajukan. Wanita itu berlalu sambil ambil handphone dan bergambar dengan saya buat kenang kenangan,” tulis Mila.
Sejurus kemudian, bintang itu memaklumkan akan perancangan serta percaturan hidup dariNya adalah yang terbaik.
“Dalam kapal terbang, saya terfikir, betapa percaturan Allah itu yang MAHA TERBAIK. Allah tidak izinkan saya terbang jauh dalam industri hiburan ada sebab dan asbab nya.
“Saya YAKIN dengan apa yang dah Allah rancang buat saya. Bukan MUDAH bergelar anak seni, momment2 kesusahan, hanya anak anak seni yang tahu bagaimana.
“Pernah dulu, sebulan tiada pendapatan bayangkan saya menyara keluarga sepenuhnya memang AMAT MENCABAR… Tawakal seorang Anak Seni dalam mencari rezeki ni HEBAT, cara Anak seni bekerja tidak siapa yang tau kecuali Anak seni itu sendiri.
“Saya sangat suka melihat bilamana seorang Anak seni itu berjinak jinak dalam dunia perniagaan disaat mereka masih berada didalam pusingan ATAS dalam roda kerjaya mereka sebagai Anak Seni.
“Saya pernah mengalami zaman kegemilangan itu dan juga telah merasai zaman kesuraman juga. Allahuakbar, saya bersyukur 11 tahun lepas en suami @isz_mustapha dah beri input untuk saya tidak berada dalam zon selesa sebagai anak seni dan memberi saya pendedahan dalam dunia keusahawanan.
“Apa sahaja peluang ada depan mata mahupun diberikan, tidak pernah berkata “TIDAK” walaupun ada yang keuntungannya tidak lah setimpal dengan usaha yang diberikan. Saya tetap lakukan demi untuk mengutip ilmu dalam dunia keusahawanan.
“Rezeki Allah itu MAHA LUAS, Jika IKHLAS dalam melakukannya, pasti Allah bagi jalan,” jelasnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on
Mila yang mulai terlibat dalam seni secara serius sejurus dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim kelima mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada 11 November 2015.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syida Melvin Tiba-Tiba Bisnes Kopi Dengan Suami, Jelaskan Tiada Isu Dengan Adik Beradik – “Tidak Mungkinlah Kami Akan Gaduh Hanya Kerana…”

Pelakon Syida Melvin kini mahu cabar diri dengan meneroka dunia perniagaan baharu meski sudah sedia sukses membangunkan jenama kosmetik bersama kakaknya yang juga aktres, Syatilla serta adik beradiknya yang lain.
Syida, 25, berkata, dia cuba beranikan diri untuk bergerak secara solo dengan mengusahakan bisnes minuman, Madani Coffee.
Malah keputusan yang dilakukan tidak bermakna terdapat sebarang isu di antaranya dengan adik-beradik yang lain.
“Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin untuk menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri.
“Tidak mungkinlah kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami telah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.
“Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu,” katanya.
Mengusahakan minuman tersebut bersama suaminya, Shafiq Shaheen, pelakon drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi ini menjelaskan dia juga ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produknya.
Madani Coffee yang berperisa Caramel Macchiato itu dijual pada harga RM49 sepeket dan berbeza dengan produk minuman yang lain kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi.
“Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” kata Syida yang menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama jualan.
Sementara itu suaminya yang juga anak ‘Iron Lady’ AllahyarhamahDato’ Wira Dr. Maznah Hamid, optimis meneruskan legasi baik ibunya dalam soal membantu orang ramai terutamanya wanita dalam menjana pendapatan.
Menurut Shafiq Shaheen, ibunya bukan sekadar membantu dari segi kewangan tetapi lebih kepada memberi semangat dan motivasi agar golongan wanita dapat bangkit untuk menjadi usahawan berjaya.
“Seingat saya, ibu menghantar mereka ke kelas-kelas motivasi untuk menaikkan semangat. Bagi ibu, cara ini mampu membantu mereka meningkatkan diri dan perniagaan.
“Saya juga percaya kalau kita bagi duit sahaja, duit akan habis. Tetapi jika kita ajar mereka cara untuk menambahkan pendapatan tanpa bergantung pada orang lain, cara itu lebih baik,” katanya.
Berkongsi momen Ramadan bersama ibu tersayang pula, Shafiq Shaheen mengakui momen arwah ibu yang sering membawanya turun padang melihat sendiri kehidupan golongan susah menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
“Saya masih ingat sejak berusia 15 tahun, ibu sering membawa kami adik-beradik memberi zakat kepada golongan sasaran.
“Momen itu meninggalkan kesan buat saya dan sehingga kehari ini saya didik anak-anak dengan cara yang sama,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI