Bagi penonton setia drama bersiri Kampung People, sudah pasti mengenali dengan watak Laila yang dilakonkan oleh Riena Diana dan watak Jaafar lakonan Hun Haqeem.
Baru-baru ini, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana ada memuat naik sekeping foto bersama Haqeem di akaun Instagram miliknya berserta ucapan hari jadi kepada aktor tampan berkenaan.
“Hm walaupun jekfer dah patahkan hati lailer, lailer kena jugak wish HAPPY BELATED BIRTHDAY DEKAT SI JEKFER NI @hunhaqeem . Dah la kampung people last episode rabu ni lagi lah i is BENCI!! .
“Siapa nak #Kampungpeople season 2 angkat tangan?Biar i bodek director/scriptwriter i untuk sambung @wanhaslizawz,” tulisnya.
Ruhainies dilapor terkandas di Manila, Filipina selepas penerbangannya yang dijadualkan ke Kuala Lumpur semalam dibatalkan ekoran letusan gunung berapi.
Pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, dia yang berada di negara berkenaan bersama ibu bapanya terpaksa mencari alternatif lain dengan membeli tiket penerbangan baru.
“Saya sepatutnya pulang ke tanah air jam 9.30 malam tadi. Namun, kerana letusan gunung berapi itu, kesemua penerbangan dibatalkan. Saya dimaklumkan, pihak syarikat penerbangan hanya boleh mengatur untuk pembelian tiket baru selepas seminggu.
“Mahu atau tidak, saya bersama ibu dan ayah terpaksa mencari alternatif lain dengan membeli tiket pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark yang terletak dua jam dari Manila.
“Disebabkan pada saar akhir, jadi harga pun mahal hingga mencecah RM15,000. Tapi, saya tidak ada pilihan lain kerana harus pulang juga sebab ada komitmen kerja lain yang perlu diselesaikan,” katanya seperti yang dipetik.
Bintang Jejak Karmila ini turut menambah, penerbangan baru ituakan transit di Korea Selatan terlebih dahulu sebelum berlepas ke Kuala Lumpur tengah hari tadi, waktu tempatan.
“Pesawat ini bukanlah penerbangan terus ke Kuala Lumpur. Dari Cebu, kami akan transit di Korea Selatan terlebih dahulu.
“Harapnya, perjalanan ini akan dipermudahkan kerana daripada apa yang saya dengar, penerbangan di sebelah petang dan malam dari Clark juga akan dibatalkan,” jelas Ruhainies.
Adik kepada pelakon Nur Risteena itu berada di Manila bagi menghadiri majlis Anugerah Televisyen Asia ke-24 yang berlangsung di Manila. Dia berada di negara terbabit sejak 10 Januari lalu.
Susulan kejadian yang berlaku, Ruhainies turut berkongsi perkembangannya menerusi Insta Stories selain turut meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat melayan sebarang panggilan dan teks kerana sibuk atas situasi yang berlaku.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti, Dansa Dan Sing minggu lalu sekali lagi memahat memori tak kan dilupakan buat salah seorang pesertanya, Wanie Kayrie yang dilihat sebak apabila membuat persembahan.
Dalam saingan pada minggu keempat, bintang remaja berkenaan memberikan persembahan meyakinkan menerusi lagu Ayah Kukirimkan Doa sekali gus membawa dirinya dan The Litz untuk berada dalam kelompok tiga kumpulan teratas.
Bagaimanapun, Wanie akui rasa sebak ketika membuat persembahan lebih-lebih lagi apabila mengenang bapanya yang telah tiada.
“Ayah ku kirim kan doa. Semoga engkau tenang di alam syurga”. Tak tahu kenapa rasa sebak sangat malam tadi.
”Niat di hati hanya ingin menyampaikan apa yang saya rasa sepanjang 20 tahun hidup tanpa kasih sayang seorang ayah.
”Persembahan ini juga adalah mesej buat kita semua agar sentiasa hargai insan kita sayang selagi masih ada di depan mata.
”Moga anda terhibur dengan persembahan kami sampaikan. Insyaallah we’ll give more this week!,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Sementara itu, guru tari, Linda Jasmine dan ikon fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap dalam musim pertama ini.
Pada masa sama, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama Linda dan Rizalman.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) bermula 5 Januari lalu.
Media sebelum ini ada melaporkan, ibunya pernah memaklumkan bapanya meninggal dunia akibat kanser, kurang seminggu sebelum hari jadi pertama Wanie.
Foto: Instgram Wanie Kayrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa syukur atas segala reaksi positif yang diterima susulan penampilannya yang mengenakan bertudung ketika membuat persembahan di Perlis, baru-baru ini.