Selepas mengesahkan hubungan mereka putus di tengah jalan, pasangan pelakon, Mimi Lana dan Syafiq Kyle dilihat selesa membawa haluan hidup masing-masing.
Setelah sekian lama dilihat tidak bersama, Mimi menerusi posting terkini ada memuat naik foto terbaru bersama Syafiq ketika menjadi tetamu jemputan di sebuah program televisyen.
Pasangan pelakon tersebut dilihat hadir ke program berkenaan bagi mempromosikan sebuah drama pendek berjudul Serikan Hatimu 2 yang turut dilakonkan mereka.
“Hi nama i INTHON !! Siapa tengok #serikanhatimu2 ?,” tulisnya.
Foto yang dimuat naik di akaun Instagram itu nyata mengundang reaksi pelbagai netizen selepas meraih lebih 20,000 tanda suka dan turut dihujani ratusan komen.
Ads
Malah, mereka turut memuji sikap profesionalisme yang ada pada pelakon tersebut.
Ads
Drama pendek Serikan Hatimu 2 bakal bersiaran pada setiap Isnin, jam 9.50 malam di TV3.
Projek Video Kenegaraan Bersama Selebriti dan Media terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sempena meraikan Hari Kemerdekaan Ke-63 telah dijayakan.
Melalui program ini, dua video berunsur kenegaraan dan patriotik dihasilkan berteraskan kepada dua lagu ciptaan baharu. Single berkenaan, Janji Merdeka ciptaan Datuk DJ Dave dan lirik oleh Pui Tiong Gee. Satu lagu lagi berjudul Genderang Cinta, karya Asfan Shah dan lirik KuAlong.
Lagu Janji Merdeka membabitkan penampilan penyanyi legenda dan superstar iaitu Datuk DJ Dave, Datuk Awie, Ella, Siti Nordiana dan Siti Sarah Raissuddin.
Manakala, lagu Genderang Cinta membabitkan penampilan penyanyi BBNU seperti Wany Hasrita, Aiman Tino, Afieq Shazwan, Luqman Faiz, Neeta dan Asfan Shah.
Kedua-dua video muzik di bawah arahan Izuan Mokhtar dan dihasilkan atas inisiatif memupuk semangat cintakan tanah air melalui perpaduan bangsa.
“Janji Merdeka adalah luahan kasih sayang terhadap negara yang kita cintai ini. Sejauh mana kita berjalan dan berjaya, Malaysia tetap satu-satunya negara tempat kita berpijak dan berpulang.
“Lagu ini menyuntik semangat dan rasa terima kasih yang tinggi terhadap negara bangsa melalui perjuangan kemerdekaan yang telah digapai oleh nenek moyang kita terdahulu.
“Merdeka itu bukan sekadar laungan, sebaliknya memerlukan penghayatan dari seluruh jiwa kepada tempat dimana kita dilahirkan, dibesarkan dan membina seluruh kehidupan,” kata DJ Dave yang mengambil masa sekitar seminggu menyiapkan karya baharu itu.
DJ Dave turut melahirkan rasa terharu dan bertuah dapat menyumbang suara dalam lagu dan muzik video kenegaraan terbitan FINAS ini.
Ini merupakan inisiatif kerajaan melalui FINAS dalam meraikan sambutan bulan kebangsaan ke-63 serta menyemai semangat mencintai tanah air tercinta.
Sementara itu, Asfan Shah yang juga komposer muda prolifik pula menganggap peluang yang diberikan oleh FINAS sebagai sesuatu yang bermakna dalam kerjayanya.
“Peluang mencipta sebuah lagu berunsur patriotik kenegaraan begini tidak selalu hadir. Saya sangat teruja berkolaborasi dengan artis baharu dan lama dalam projek kenegaraan ini,” jelas Asfan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah dinobatkan sebagai Hero Favourite pada malam final Hero Remaja 2020 lalu, Aniq Suhair ada berkongsi rahsia di sebalik kejayaan tersebut.
Menurut Aniq, dia sememangnya amat rapat dengan para peminatnya dan hampir setiap hari dia akan cuba meluangkan masa untuk berinteraksi bersama mereka.
“Alhamdulillah dan terima kasih. Saya sendiri tak jangka pun semua ni dan tak pernah rancang apa-apa pun. Ia datang sendiri. Mungkin ini kelebihan yang saya ada berbanding orang lain.
“Sebenarnya tiadalah rahsia sangat. Saya dengan fans saya sama je macam orang lain cuma saya banyak communicate dengan mereka.
“Tanyakan khabar, macam mana hari mereka, ucap good morning dan good night.
“Bila kita dah jadi public figure dan ada orang yang menyokong, kita tak boleh sombong dan harus humble sentiasa,” jelasnya.
Akui kini harus berkongsi sebahagian daripada kehidupannya selepas bergelar selebriti, Aniq menjelaskan bahawa dia tetap akan menjadi dirinya sendiri.
“Dalam dunia ni ada orang yang suka kita dan ada juga yang tidak. Saya tak boleh nak puaskan hati semua pihak sebab saya hanya manusia biasa.
“Saya hanya jadi diri sendiri dan untuk mereka yang tak suka, itu saya tak boleh nak buat apa. Yang suka tu teruskan support saya.
“Mereka sokong saya dari hari pertama dan apa yang saya mampu balas semula adalah saya ingin buktikan yang saya boleh majukan diri dalam industri seni.
“Saya nak satu hari nanti mereka tidak menyesal menyokong saya. Saya mahu buktikan sokongan mereka pada saya tidak salah dan sia-sia,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, jejaka asal Kuala Lumpur itu turut mendedahkan bahawa kehidupannya banyak berubah sejak menyertai program Hero Remaja 2020.
“Sebelum sertai Hero Remaja 2020, hidup saya sangat sendu. Fokus saya hanya study dan kerja dekat kilang.
“Lepas join program ni alhamdulilah rezeki semakin luas. Jika sebelum ini hidup saya tidaklah terlampau sibuk siang study malam pula kerja. Kerja pun tak tentu.
“Selepas join program ini, kehidupan saya agak sibuk dengan shooting dan sebagainya. Itu yang saya mahu sebenarnya. Busy itu yang saya enjoy,” kongsinya lagi.
Tambah Aniq lagi, dia tidak kisah jika ada pihak yang ingin mengambil kesemptan terhadap popularitinya asalkan tidak melampaui batas.
“Kalau mereka ingin gunakan saya, asalkan saya dapat exposure saya tak kisah. Itu win-win situation.
“Tapi kalau dah melebihi batas, tidak senonoh atau tidak menyeronokkan, mungkin saya akan pertimbangkan dahulu,” akhirinya.
Terdahulu, Aniq baru sahaja muncul menerusi drama terbaru berjudul Kebaya Kasut Kanvas bersama seorang lagi rakan artis, Nabila Razali.
Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik foto kandid bersama Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria menerusi Instagram.
Turut kelihatan di dalam gambar yang dimuat naik itu ialah isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang dilihat sedang berbincang mengenai projek terbaru di antara mereka.
Jelas Aliff, dia senang dengan sikap pasangan berkenaan dalam kerja dan sebelum ini, mereka pernah bekerjasama menerusi beberapa projek.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.