Bersempena ulang tahun kelahiran suaimi yang ke-30, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ada menitipkan ucapan istimewa buat Aliff Aziz
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendoakan agar suaminya terus menjadi seorang anak dan suami yang soleh serta mendapat rahmat Yang Maha Esa.
Bella turut berkongsi foto sambutan majlis hari jadi Aliff yang diraikan serba sederhana oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan di seluruh negara.
“I don’t even know how to put into words how much I love you Happy Birthday b, may Allah s.w.t bless you always and menjadi seorang anak yang baik to umi ayah, Abg yang baik to ayeen aisyah, suami yang baik, menantu yang baik, daddy yang baik untuk anak2 dan insan yang baik, InshaAllah.
“P/s: simple tapi balloon tu saya tiup sendiri tau Hope you like the present,” dedikasi Bella yang turut menyatakan rasa cintanya buat Aliff.
Pelakon, Jue Aziz memaklumkan dirinya baru sahaja terlibat di dalam satu kemalangan, awal hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Jue menerusi ruangan Instagram stories miliknya.
“Accident. Thanks yang beri bantuan tadi. Maaf jika tak mampu nak kata apa. Menggigil,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem, Hantu Bonceng ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya sewaktu kejadian itu tadi.
Katanya lagi, pada ketika itu, dia tidak mampu untuk berkata apa-apa akibat terlalu terkejut.
Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut yang dibuat Jue berhubung kejadian kemalangan yang berlaku.
Apapun, MH doakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Jue dan diharapkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Sumber: Instagram Jue Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap 10 tahun pembabitan dalam bidang seni, pelakon, Janna Nick membuka tahun 2021 dengan melebarkan sayap dalam bidang pengarahan dan penerbitan menerusi telefilem, Delen bakal memulakan tayangannya hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Citra.
Menariknya, telefilem terbitan syarikat Janna sendiri iaitu Janna Nick Studios menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sean Lee, Sherry Al Hadad, Mark Adam, Joey, Dini Schatzmann, Norreen Iman dan ramai lagi.
Menurut Janna nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, dia memilih genre komedi romantik untuk naskhah sulungnya itu yang memaparkan kisah percintaan remaja sekolah.
“Saya pilih genre dan jalan cerita ini kerana berasakan lebih mudah untuk mengarah. Tapi, sebenarnya tidak apatah lagi ketika proses suntingan. Kalau dengar komedi romantik memang ringan, tapi nak hasilkan karya sebegini agak sukar juga.
“Namun, apabila sudah terbabit dalam bidang pengarahan dan penerbitan, ia memang memberi pengalaman baharu. Saya mula melihat skop pekerjaan dunia hiburan dengan lebih serius dan perspekif lebih besar.
“Sebelum ini tanggungjawab saya sebagai pelakon saja, tapi apabila menjadi pengarah dan penerbit, saya kena rasa dan lalui semua perkara. Dalam masa sama, saya melihat ia memberi kesan dari segi kerjaya lakonan yang mana saya perlu lebih peka terhadap kerja pengarah dan penerbit.
“Apabila duduk di kerusi pengarah juga, baru saya rasa macam mana kalau pelakon tidak memberi. Baru faham setiap pengarah ini ada ‘look’ dan ‘feel’ yang mereka mahukan. Dalam erti kata lain, pemahaam pelakon dan pengarah tak sama. Menjadi pelakon kena hormat kerja pengarahan,” katanya.
Bintang drama Marry Me Senorita ini turut menambah, penghasilan teleflem tersebut itu bukan sekadar satu percubaan, sebaliknya dia serius untuk terus menghasilkan lebih banyak karya selepas ini.
“Alhamdulillah, tahun ini genap 10 tahun dalam industri. Dari segi nak mengarah, diakui saya memang tidak kelulusan itu, tapi saya ada dari segi pengaalaman. Dari awal lagi masuk industri saya memang niat dan bercita-cita mahu menjadi pengarah.
“Malah, saya masuk industri pun mahu serius dalam bidang ini. Bukan nak kejar populariti dan glamor saja. Jadi, tidak salah untuk saya mencuba dan meneroka bidang baharu pula. Apabila saya menerbit dan mengarah telefilem ini, ia bukan satu percubaan dan saya takkan berhenti.
“Insya Allah, selepas ini ada satu lagi telefilem yang akan ditayangkan. Cerita berjudul Jeti ini sudah siap menjalani penggambaran pun. Kali ini saya membawakan genre berat dan penuh emosi lakonan hebat Nabila Huda dan Fauziah Nawi.
“Tapi, untuk cerita ini saya memberi fokus kepada pengarahan dan penerbitan saja. Ternyata, untuk genre ini ia lebih mudah berbanding komedi romantik,” katanya.
Menurut Janna, membabitkan diri dalam bidang penerbitan juga satu percaturan buat dirinya termasuk dalam soal untung dan rugi.
“Saya sudah bersedia sama ada sebagai penerbit atau pengarah. Disebabkan itu saya mencabar dan memberanikan diri menerbitkan telefilem di bawah syarikat sendiri. Kalau nak mengharap penerbit lain ambil saya mengarah mungkin lambat lagi. Jadi, saya kena melabur sendiri.
“Ini bukan soal mencari keuntungan, tapi ia lebih kepada kepuasan. Malah, saya boleh tentukan ‘look’ mana saya nak dalam setiap karya dihasilkan. Mungkin kalau dengan produksi lain akan ada kekangan,” katanya.
Mengakui berdebar dengan tayangan Delen, Janna mengalu-alukan dan terbuka untuk menerima sebarang kritikan membina daripada penonton.
“Mengarahkan pelakon, jurukamera dan kru berpengalaman sangat mencabar. Sudah tentu mereka akan berfikir apa kredibiliti yang saya ada. Jadi, ini memang mencabar dan menjadi satu cabaran besar buat saya. Duduk di kerusi pengarah, bukan setakat ‘cut & action’. Tapi tanggungjawab sangat besar.
“Memandangkan Delen adalah buah tangan pertama syarikat saya, jadi, saya perlukan kritikan semua orang untuk saya memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti kerja. Sekali gus saya dapat idea dari kritikan semua. Termasuklah, saya juga boleh tahu drama macam mana yang mereka nak tonton.
“Saya kena belajar terima kritikan dengan hati terbuka. Saya tidak boleh letakkan diri bagus. Saya akan terus belajar. Lebih baik tegur dan kritik sekarang daripada tidak ada langsung,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Janna berkongsi dia terpaksa menangguhkan pengajian dalam bidang pengarahan di Institut Kesenian Jakarta di Indonesia (IJK) ekoran penularan wabak Covid-19.
Telefilem Delen menampilkan kisah cinta remaja antara Delen (Sean Lee) dan Robert (Dini) yang merebut cinta Emily (Janna). Robert menganjurkan pertandingan berenang dan meletakkan syarat pemenang pertandingan itu akan berjaya memiliki cinta Emily.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nita Hamzah berkongsi khabar duka apabila memaklumkan ibunya, Norazizan Ramly telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3.50 pagi tadi.
Perkhabaran tersebut dikongsikan Nita menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
“23.02.21 Assalamualaikum. Waris waris , saudara dan kawan kawan dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa ibu saya NORAZIZAN RAMLY (Angah) telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi jam 3.50 pagi,” tulisnya.
Menerusi ruangan Instagram stories, Nita memberi tahu, sebagai anak, dia reda akan pemergian tersebut malah di juga berharap agar ibunya itu akan sentiasa tenang di alam sana.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Mummy kami reda. Tenanglah mummy di sana. Minta semua sedekahkan al-fatihah buat mummy Norazizan binti Ramly,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berduka cita selain turut mendoakan semoga ibu Nita ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Sumber: Instagram Nita Hamza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.