Tahniah diucapkan buat pelakon Jehan Miskin yang kini bergelar bapa apabila isteri tercinta, Julie Camelia Rhee telah pun selamat bersalin bayi lelaki.
Berita gembira itu dimaklumkan Jehan menerusi posting di akaun Instagram Jehan pada Ahad, sekali gus berkongsi nama permata hatinya.
“Welcome to Planet Earth my son, Axel Nova Rhee Bin Jehan, first of my name.
“Born just past midnight on the 9th day of CNY, with fireworks all around, you are truly a miracle,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag #babyaxelnova, #rojakbabyboy, #babydaddyjay dan #20022021.
Ads
Lalu, hantaran berkenaan turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan artis dan pengikutnya.
Ads
Terdahulu, Jehan dan Julie mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan Jehan sebelum ini pernah berkongsi mengenai kehamilan isterinya selepas tujuh mendirikan rumah tangga.
Foto : Instagram Jehan Miskin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, pihak kerajaan telah mengumumkan beberapa sektor perkhidmatan seperti pasar malam, pusat cuci kereta dan kedai gunting rambut akan dibenarkan untuk beroperasi semula bermula hari ini.
Pengumuman tersebut nyata melegakan hati ramai pihak terutamanya buat para pengusaha perkhidmatan berkenaan yang sebelum ini harus menghentikan segala operasi mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula sejak Januari lalu.
Perkhabaran tersebut turut disambut baik oleh pengacara dan penulis lagu, Ahmad Fedtri Yahya.
Bagaimanapun, Fedtri berharap agar semua pihak dapat bekerjasama dalam memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dapat terus dipatuhi.
“Kepada yang berniaga di pasar malam, selamat mencari rezeki. Peniaga dan pelanggan patuhi SOP, semoga pencarian rezeki halal dipermudahkan dan keselamatan semua dipelihara,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Malaysia Hari Ini itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Fedtri turut dilihat menitipkan kata-kata semangat terutamanya buat mereka yang terkedan dikala pendemik Covid-19 ini.
“Musim PKP, ramai yang sayu. Makin ke lapisan bawah, makin perit rintihannya. Moga kesabaran menjadi asbab rezeki lebih luas dan tenang,” akhirnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih selain turut berharap agar keadaan dapat pulih seperti biasa tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang wanita dipercayai isteri kepada seorang penyanyi rap meluahkan dakwaan berkenaan kisah rumah tangganya.
Menerusi beberapa kemaskini yang dimuat naik di Insta Stories, konflik membabitkan hubungannya bersama suami dipercayai berantakan selepas didakwa berlaku curang dengan orang lain.
Malah dakwa wanita terbabit, penyanyi tersebut sebelum ini turut meninggalkan keluarga berminggu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
“Sembang kau, aku halau keluar dari rumah. Sebab aku tengok video kau membont*t betina sund*l kau.
“Dalam kereta luggage siap lengkap pakaian seluar dlm kau berus gigi ape semua. Tak bawak masuk rumah. Sebab sebelum tu kau tinggal kan anak bini kau berminggu masa PKP nak jaga bab* kau kat the fennel.
“Kesian dia dh tua tinggal sorg2 kan. Mak bapak tinggal kt subang. Jauh sgt. Ape la sgt anak kau ni. Menyusahkan je nak bercinta2,” dakwanya.
Antara lain, wanita tersebut juga mendakwa suaminya sudah empat kali melafazkan cerai terhadapnya.
“Kau ckp kau diam dah lama. Kau memang kelakar. Aku yg diam dh lama. Belum lagi aku bgtau jais psl korg ni.
“Yang buruk bini kau, kakak2 kau. Yg baik sapa? Bab* belaan kau sekarang? Nyawa satu amanah la. Hidup kena makin tinggi makin kena tgk bawah lah. Sembang bab* sunda*l kau pon boleh terbang.
“Nak cakap aku jangan jadi isteri kurg ajar. Kau dh lafaz cerai 4 kali semua sebab sund*l kau,” tulisnya lagi.
Selain menyatakan amanah bukanlah satu beban, wanita tersebut turut mendakwa dirinya turut dibuat sebagai musuh kerana tidak mahu melayan ‘drama’ suaminya dan wanita luar.
“Sebab aku diam selama ni. Makin lama makin teruk. Bila aku bersuara. Aku yg salah. Kau buat aku mcm musuh. Sebab aku taknak layan sund*l kau. xnk layan drama korg dua. Aku merayu melutut kat kaki kau.
“Aku belom habis pantang. Mntk ko focus kt family ni anak2 kecil lagi. Kau keluar 4 jam pergi the fennel cakap nak putuskan. Balik2 kau bgtau aku korg nak kawin 10/8.
“Bila masa kau kena pilih satu keluarga kau tgh sakit sebab kau berjangkit demam sebab jumpa dgn sund*l kau yg baru touchdown Malaysia balik dari mengerjakan UMRAH.
“Kau pilih untuk pergi jaga dia. Tinggalkan anak2 kau yg kecik2 ni dgn bini kt rumah tengah sakit2.
“Oh not to mention sexting korg. bila betina kau tgh UMRAH depan kaabah.
“Sehina hina aku yg kau dok hina tak pernah sekali aku bagi kau rasa kerdil sekumit zarah pon masa semua orang pandang rendah kat kau. Masa kita sama2 broke as f*ck! Masa kita sama2 hustle!
“Kita kutip balik putung rokok yg kita nampak sebab xda duit nak beli sebatang rokok pon. Sekarang kau dah rasa kau on top of the world.
“Kau dah rasa kau made it. Kau berjaya sangat. Macam2 kau hina aku.
“Insecure bila now org share masa2 dulu. Nak throwback2. Kau rasa semua org nak “claim” sebab kau letak diri kau sekarang tinggi sangat semua org loser. Bawah2 kaki kau,” dakwanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-26 lalu, pelakon cantik Zahirah MacWilson ada menitipkan kata-kata istimewa yang mencuri perhatian para peminatnya.
Sambil memuat naik dua keping foto kandidnya bersama bayi lelakinya, pelakon Curi-Curi Cinta itu turut menyatakan rasa gembira atas anugerah yang tidak ternilai itu.
“01/02/2021. 26 today & being mummy to my sweet boy is the bestest gift of all. I wanna hold you forever.
“Thank you daddy for taking this photo @aimanhakimridza,” tulis Zahirah bersama emoji pada ruangan kapsyen di Instagram, baru-baru ini.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut mengucapkan selamat hari jadi buat ibu beranak satu ini.
Malah, ramai juga yang memuji kecomelan anaknya, meski dia dan suami, pelakon Aiman Ridza Hakim masih belum mendedahkan foto penuh permata hati mereka.
Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor dan bayi mereka dilahirkan pada 5 Januari lalu.
Sehingga kini, entri berkenaan sudah pun menerima lebih 200,000 tanda suka bersama ratusan komen.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.