Pelakon dan pengacara, Mira Filzah memaklumkan telah selamat menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca pada Sabtu.
Di samping berkongsi situasi saat mengambil vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu proses pengambilan vaksin berjalan dengan lancar serta efisyen.
Mira turut berkongsi prosedur pengambilan vaksin.
“Alhamdulillah, hari Sabtu lepas Mira selesai ambil dos pertama Vaksin AstraZeneca. Baru hari ni rajin nak post sebab baru baik demam!
Ads
“Proses keseluruhan sangat efficient, Mira sampai around 1135 A.M++ macam tu, habis nak dekat jam 1 P.M juga tapi tak terasa lama sebab kita sentiasa bergerak dari satu kaunter ke kaunter lain,”- tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji perkongsian pelakon Sweet Dreams ini.
“Baguih kak mira ni gi vacc takda potong potong queue apa semua mcm vvip beratur mcm rakyat biasa ja. Contoh teladan yg baik utk artist lain,” tulis seorang peminat di ruangan komen.
Ads
“sakit tak cucuk jarum?” tanya seorang peminat lain.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan luahan rasanya terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini.
Kongsi Aliff menerusi kapsyen panjang lebar di Instagram, dia mengakui kian bosan untuk duduk di rumah kerana ia secara tak langsung boleh menjejaskan komitmen bisnesnya yang melibatkan beratus-ratus kakitangan.
“Ini bukan effects veksin ini effects pkp. Pak menteri bila ya nak habis pkp ni???? Sy segan nak tnya tpi sy dah x boleh tahan.. sy dah bosan dok rumah.
“Kalau lama lagi mudarat sy lah mcm ni pak menteri. Kesianlah dengan keluarga saya dan kakitangan saya yang ada beratus2 org ini, saya harap belas kasihan daripada pak menteri.
“Saya ni nampak sahaja happy. Tapi bila dah PKP terlalu panjang inilah jadinya dalam bilik air pun boleh berjoget nak menggembirakan hati yang sedih sebab PKP yang bersambung lagi. Nak buat macam mana kenalah ikut arahan kerajaan.
“Tapi bangunan sy yg byk siapa nak bayar? Gaji staff? Iklan? Resort sy? Bisnes? Binatang? Smua nak makan dan pakai duit,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut simpati dengan pelbagai kisah yang menimpa sesetengah individu ketika ini.
“Jauh di sudut hati saya kesian sangat tengok orang kena buang kerja dengan jumlah penceraian yang banyak dan jumlah orang bunuh diri lagi hari2..dan duit jatuh lagi.
“Bisnes sy import esport pun teruk. Pening kepala dan tabahkan sahajalah. Apa apapun kita happykanlah diri.
”Jika bukan kita yang happykan diri, siapa lagi kan.. sy amat terkesan korang mcm mana?? Cuba kongsikan masalah korang?,” tulisnya lagi.
Bagaimanapun meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pengasas kosmetik yang pernah melahirkan beberapa single lagu itu.
Antaranya, ada yang berseloroh bertanya sama ada video tarian yang dimuatnaik adalah kesan sampingan dos suntikan vaksin dan sebagainya.
Paling menarik perhatian, ada juga yang kagum memlihat ruang bilik airnya yang ‘mega’ dan luas!
“Doakan kami dapat bilik air cantik macam ni, insya-Allah amin,” doa seorang pengguna Instagram.
“Fuh bilik air Dato macam bilik tidur 5 star hotel,” puji seorang warganet lain.
“Cantiknya bilik air Dato,” ringkas komen yang diberikan warganet.
“Astaga tandas dia lagi besar dari ruang tamu aku,” respon daripada sorang warganet.
“Ni kalau gado laki bini, dok dalam bilik air lelama pun takpe. Bawak bantal selimut masuk sejali, xsedar dah lena,” reaksi seorang lagi warganet.
Sehingga kini, video yang berlatarbelakangkan lagu PKP itu sudah pun menerima lebih 300,000 tontonan bersama ribuan komen.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal memuatnaik foto sekeluarga, lalu memberikan dedikasi buat suami tersayang, Khairul Anuar Hussin.
Ucapan manis itu dibuat bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang diraikan, pada Ahad.
Jelas Elyana, dia dan anak-anak sayangkan ‘ayah’ dan memerlukan ‘ayah’ untuk sentiasa ada bersama.
“Selamat Hari Ayah @khairulhussin75. Bonda, Cinta and Cahaya sayang sangat kat ayah. Kalau ayah tak ada,kitorang tak best, mesti nak kena ada ayah.
“Sebab ayah our superhero…semua ayah boleh buat, kecuali pasang2 kabinet, katil dan apa je yang ada skru tu memang ayah tak pandai. Nasib baik bonda power part tu.
“Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup and tak best kalau tak ada awak,” tulisnya.
Lalu, posting yang dibuat penyanyi yang kini menjalani rawatan radioterapi bagi rawatan kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun itu membuatkan rata-rata peminat berasa sayu.
Malah, masing-masing turut mendoakan agar ujian yang dihadapi Elyana beransur hilang seterusnya memberikan kata-kata semangat moga dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Elyana dan Khairul Anuar Hussin mendirikan rumah tangga pada November 2010.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, akhbar tempat, Harian Metro ada menerbitkan sebuah artikel mengenai bintang Bollywood, Kareena Kapoor yang kini dikatakan meletakkan harga yang terlampau tinggi bagi sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan khidmatnya.
Kisah tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon senior, Sharifah Shahora.
Jelas Sharifah, dia menyifatkan tindakan Kareena itu tidak sepatutnya dipertikaikan memandangkan bintang tersebut mempunyai pengalaman yang begitu luas di dalam dunia lakonan.
Katanya lagi, senario yang sama turut berlaku di dalam industri seni tanah air apabila bayaran yang ditawarkan buat buat pelakon baru dan lama dilihat seolah-olah tiada beza.
“Dia pelakon lama. Memang ada harga . Lakonan Kareena pun best. Kat Malaysia heroin/ hero pengalaman 5 tahun dengan heroin/ hero baru 6 bulan berlakon, harga dah sama.
“Penat hero/ heroin dah berpengalaman 5 tahun nak memanjat sampi ke puncak, harga dah sama dengan hero/ heroin baru. Tiada harga siling,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Angkara Cinta itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Sharifah turut merasakan para artis senior ini berhak untuk mendapatkan bayaran yang lebih baik berdasarkan cara kerja dan pengalaman mereka selama ini.
“Tu pun harga tak baca skrip. Director kena explain kenapa scene tu terjadi, apa yang berlaku terhadap karektor hero/heroin. Jadi value harga tu tak tahu atas sebab apa?
“Maybe sebab follower, lakonan dapat sambutan, management amik percent tinggi? Kenapa oh kenapa? Jangan letak murah.. jangan letak mahal. Letak harga ikut pengalaman,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut senada dengan Sharifah selain turut berharap agar situasi seperti ini dapat diperbetulkan.
“Mereka ikut pengalaman, Malaysia ikut populariti. Berbakat atau tidak, berpengalaman atau tidak, semua letak tepi. Simpati dengan pelakon-pelakon lama seperti dibuli.
“Saya setuju kak. Sepatutnya lebih banyak pengalaman lebih banyak bayarannya bukan sikit.
“Kalau kerja dah 10 tahun tapi gaji tetap sama bagaimana kak? Kami yang crew-crew pula?,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Sharifah Shahora
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.