Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein tampil memberikan pandangannya selepas menerima reaksi seorang pengguna Instagram yang seolah-olah mempertikaikan caranya dalam menghulurkan bantuan.

Individu tersebut menerusi ruangan komen memuji tindakan Elly dalam memberikan bantuan, namun baginya, perkara tersebut tidak perlu dihebohkan.

Lalu, penyanyi Dusta Cinta itu menjelaskan, apa yang dilakukan bergantung kepada niat.

“Kalau tak bagi tau macam mana org lain nak tau yg kami nak bg bantuan .. maknanya saudara @ebitlew tu pun salah cara la ye? Segalanya bergantung pada niat.

“Bukan ke cara mcm ni juga sedikit sebanyak buat org lain di luar sana sedikit sebanyak tergerak hati ingin mmbantu .. ni juga I ibadah.. ni la dia kaki sembang,” tulis Elly.

Dia pada masa sama menambah, dia tidak pula menjaja foto golongan yang menerima bantuan di media sosial miliknya.

Malah, Elly turut meminta supaya tidak perlu untuk banding-membandingkan.

“Saya bg sumbngan xde pun suruh mereka ambil gambar dan bg dkat saya,kemudian saya jaja gambar tersebut dlm ig saya..ade ke?

“Sy lg bijak dari awk soal Maruah org.. dan sy mmbntu kerana Allah dan ihsan sesama manusia.. jgn mngajar org, jgn judge org, jgn bandingkan org. Dan jgn buat keja Allah. Hadam telan mamah ni baik-baik,” tulisnya lagi.

Elly turut memuat naik tangkap layar komen tersebut menerusi Insta Story miliknya hari ini.

Terdahulu, Elly yang kini sedang sarat hamil anak kedua menerusi video di Instagram memohon orang ramai yang mempunyai kesulitan atau memerlukan bantuan supaya menghubunginya.

Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina berkata, mereka yang memerlukan boleh meninggalkan nombor telefon di Direct Message (DM) Instagram (IG)nya. Bagaimanapun hanya satu permintaan daripadanya, iaitu kejujuran.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI