Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak merasakan dirinya itu sudah terlambat untuk memulakan gaya hidup yang sihat meskipun usianya kini telah mencecah 43 tahun.
Jelas Fazley, setiap hari dia akan berlari sejauh 20 kilometer dan diikuti pula dengan aktiviti angkat berat enam kali seminggu.
“People kept asking why am I running 20km daily and why am I lifting weights 6 days week? Ada progress ke? Nampak kesan ke? Kan dah 43 tahun , 4 orang anak, tak terlambat ke?,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Bila April itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Katanya lagi, meskipun corak latihannya itu agak memenatkan, namun, Fazley menjelaskan dirinya harus kekal konsisten bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal.
“Well.. truth be told. Memang penat, kena jaga makan, to be consistent on #Keto diet, berlari berpeluh-peluh pagi petang, angkat besi berat sampai semput tapi semua tu pengorbanan untuk kekal sihat.
“Lebih baik berusaha untuk kekal sihat daripada tiada usaha untuk kempiskan perut yang semakin penuh lemak tepu. Betul ke salah?,” ujarnya lagi.
Fazley turut menambah, dia lebih rela berusaha untuk kekal sihat daripada membiarkan berat badannya bertambah begitu sahaja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Datuk Fazley itu selain turut menyifatkan rutin tersebut wajar untuk dicontohi.
Ads
“Never too late to start anything your hearts desire and succeed it bro. Keep ot up.
“Mu dear friends DatukFazley, you’re very focused and such a disciplined person. You’re awesome.
“I believe nothing is ever too late. Age does not determine our achievement. It’s our mind and attitude that determine it,” antara reaksi yang ditinggalkan oleh peminat di ruangan komen.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Stesen TV3, menyambut ulang tahun yang ke-37, hari ini. Sejak mula beroperasi pada tahun 1984, TV3 menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mendapatkan laporan berita terkini dan kandungan program yang berkualiti sebagai sumber ruji kerohanian mereka.
Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, beliau berterima kasih kepada semua penonton setia stesen ini dan berharap agar anda terus mendapat manfaat dan terhibur dengan kepelbagaian program yang disajikan.
Ketika rakyat Malaysia sedang memerangi pandemik Covid-19, TV3 tidak lupa akan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyalurkan info terkini dan saranan kerajaan menerusi slot berita, bual bicara dan dokumentari faktual.
Terkini, kru Majalah 3 telah membuat liputan eksklusif di PKRC MAEPS, Serdang dan Hospital Sg.Buloh, memaparkan kisah sebalik tabir petugas barisan hadapan bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa pesakit kritikal Covid-19.
Paling meruntun jiwa adalah saat-saat akhir pesakit kritikal berkomunikasi dengan keluarga mereka. Episod ini mencapai 4 juta penonton ketika disiarkan pada 17 Mei 2021, pukul 9.00 malam.
Bersempena Ulang Tahun TV3 yang ke-37 juga, Tanyalah Ustaz menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama membaca Surah Yasin secara serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan negara yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan juga mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.
Bacaan Yasin ini akan dibawakan oleh Ustaz Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Ustaz Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
Tanyalah Ustaz diteruskan dengan episod istimewa iaitu ‘Sampaikan Walau Satu Ayat’ bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke 37 pada pukul 6.30 pagi bersama hos Da’i Hadhari dan Da’i Hakim.
Penonton juga boleh turut serta memeriahkan ulangtahun ini dengan berkongsikan pengalaman melalui video dan gambar bersama keluarga menerusi tanda pagar #tv3ulangtahun37 #BacaanYasinTanyalahUstaz #kesejahteraannegara di laman sosial untuk sama-sama kita mengimarahkan majlis ini.
Tidak ketinggalan juga program TV3 yang sentiasa mendapat hati di penonton setiap kali tibanya bulan Ramadan iaitu Jejak Rasul.
Sepanjang 26 musim, Jejak Rasul membawa penonton TV3 mengembara ke bumi anbia di Asia Tengah, Asia Pasifik, Eropah, Benua Oceania dan Amerika Syarikat untuk memaparkan kisah nabi dan rasul, sahabat dan juga komuniti muslim.
Musim ke-27 menawarkan sedikit kelainan di mana ia membawakan kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah.
Lokasi strategik yang terletak di laluan dagang sutera menghubungkan dunia Timur dan Barat, dengan pelabuhan-pelabuhan di daerah pesisir Tanah Melayu dipercayai menjadi pintu masuk alim ulama.
Catatan perjalanan kru Jejak Rasul akan dizahirkan dalam sebuah mini pameran yang berkolaborasi dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Program hiburan yang sedang berlangsung di TV3 iaitu I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) dan Sumbang Suara akan menceriakan malam Ahad anda.
Ikuti kedebaran artis jemputan untuk mengenal pasti penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri ICSYMY4 yang dihoskan oleh Sean Lje dan Shuk Sahar serta dibantu oleh panel penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey.
Sumbang Suara pula pasti membuatkan anda pecah perut dengan gelagat hos Elly Mazlein dengan Dato’ Awie dan Hazama yang perlu mencari video nyanyian suara sumbang yang paling menghiburkan!
Slot drama di TV3 seperti slot Akasia, Lestary dan Samarinda tidak pernah mengecewakan peminat drama Melayu. Akan datang di slot Akasia bermula 2 Jun 2021, saksikan gandingan baharu Farid Kamil dan Mimi Lana menerusi drama bersiri Masih Ada Rindu.
Bagi program animasi pula, penonton cilik pasti tidak asing lagi dengan Ejen Ali. Terkini, Ejen Ali juga mengeluarkan rangkaian produk penjagaan diri dan hand sanitizer meningkatkan kesedaran adik-adik tentang pentingnya menjaga kebersihan diri dalam pandemik Covid-19. Jangan ketinggalan untuk menonton animasi kegemaran anda, Ejen Ali pada setiap hari Sabtu, pukul 11.00 pagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad menepis dakwaan segelintir pihak yang menganggap hubungan cintanya bersama penyanyi, Raja Syahiran bakal berdepan pelbagai masalah lebih-lebih lagi ketika bergandingan bersama aktor kacak, Zul Ariffin.
Sebaliknya, Uyaina mendedahkan dia berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan teman lelaki yang amat memahami mengenai kariernya sebagai seorang anak seni.
Katanya lagi, dia dan teman lelakinya, amat menitik beratkan mengenai soal profesionalisme lebih-lebih lagi sewaktu di tempat kerja.
“Sebelum perkenalan kami pun, saya dah terlebih dahulu menceburkan diri didalam dunia lakonan. Malah, dia juga dah faham dengan cara kerja saya.
“Bila melibatkan soal kerja, kami sangat memahami antara satu sama lain. Saya rasa kami tidak mempunyai masalah dalam situasi sebegini.
“Sewaktu di set pun, tiada apa-apa yang pelik pun berlaku. Segalanya berkisarkan mengenai soal kerja. Saya gembira kerana dikurniakan pasangan yang sangat memahami seperti ini,” katanya kepada MH.
Pengacara program Wanita Hari Ini itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.
Langsung ditanya mengenai perancangannya untuk mendirikan rumah tangga, Uyaina mendedahkan dia dan Syahiran kini lebih selesa untuk menumpukan perhatian didalam karier masing-masing terlebih dahulu.
“Setakat ini, kami masih lagi menumpukan perhatian di dalam karier masing-masing lebih-lebih lagi ketika PKP ini.
“Perancangan untuk berkahwin itu sudah tentu ada sama seperti pasangan-pasangan yang lain.
“Apapun, bila sudah ada tarikhnya nanti, kami tetap akan beri tahu kepada semua. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini,” jelasnya lagi.
Sekadar informasi, Uyaina sebenarnya telah pun dirisik oleh keluarga teman lelakinya itu pada November tahun lalu.
Bibit-bibit percintaan pasangan ini mula jelas kelihatan sewaktu mereka menghadiri majlis resepsi rakan artis Mira Filzah dan Wan Emir Astar secara berpasangan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Azhan Rani mengenan profil lakonannya dengan mendedahkan dia lebih banyak diberikan watak yang tidak memerlukan dia tampak menarik di kaca TV.
Dia bagaimanapun, cuba memberikan yang terbaik menerusi apa sahaja karektor yang diamanahkan.
“Sebenarnya kalau diikutkan lebih separuh dari projek yang pernah aku buat memang tak memerlukan aku jadi kacak bergaya dengan watak yang diamanahkan. Kadang muka slenge, berminyak, watak bodoh, orang susah, cacat. Tapi itulah watak.
“Sampai kadang memang takde masa pun nak try kacak untuk diri sendiri. Segalanya bersifat sementara dari satu watak ke satu watak lain.
“Dalam skrin seboleh mungkin aku sorokkan diri aku. skrin hanya untuk watak,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Bagi bintang drama Nur ini lagi, dia juga tidak mahu untuk kelihatan kacak sekadar untuk memenuhi kehendak orang lain semata-mata
“Tugas ni bukan nak memenuhkan nafsu mata sesiapa untuk menggeletis menggelupur tengok aku. Tapi untuk cuba sebaik mungkin menjadikan watak tu hidup seakan di dunia sebenarnya je.
“Adalah juga kadang2 dapat watak kena bergaya dan kacak. Tapi semampu aku je la. Aku acah2 kacak walaupun. Dah tugas. Kat luar cenggini je. Realiti pun memang ku sedar tak kacak mana pun,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun ini turut mengimbau situasi dia pernah disial pihak polis gara-gara disangka warga asing.
“Tak kan korang lupa polis pun pernah tahan aku minta passport sebab ingat aku Myanmar? Tak caya ce tengok gambar last sekali tu. Tu dah kira habis sopan hensem la tu. Takat tu je.
“Kesimpulan dia macam dalam hidup kita la ada yang kurang ada yang lebih. adanya watak tak cantik dalam drama/filem adalah untuk melengkapi watak si cantik.tu la lebih kurang kerja jadi pelakon ni.
“Kot nak juga penuhkan selera mata tu ko bukak je la tik tok tak pun tumbler. Settle! Harap jelas #mysejahterakoamacam #sejahteraketidak,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.