Penyampai radio, Tyzo berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, Hasnah Shaari telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Isnin.
Khabar sedih itu dikongsikan sendiri oleh Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menurut Tyzo, meskipun berat baginya untuk menerima kenyataan tersebut, namun, dia tetap reda dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Malam ini malam terakhir tidur dengan Mak. Saya tenang mak pergi, cuma terkilan kenapa mak tak ajak saya ikut sekali. Alfatihah Hajah Hasnah Shaari (Cikgu Hasnah),” tulisnya.
Dalam pada itu, Tyzo turut memaklumkan ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Chupak, Parit, Perak pada pagi ini.
Ads
“Moga mak bertemu arwah abah esok di Tanah Perkuburan Bukit Chupak, Parit, Perak selepas mandi dan solat jenazah di Masjid Taman Pengkalan Jaya (Taman SPPK) Pasir Puteh, Ipoh, Perak. 8pagi
“Moga ramai membantu permudahkan perjalanan terakhir Mak. SAYANG MAK DAN RINDU KENANGAN(01 .03. 1942 – 03 .01. 2022),” ujarnya lagi.
Sementara itu, menerusi sebuah hantaran di laman Twitter, rakan penyampai Dj Lin turut merakamkan ucapan takziah dan dikhabarkan dia juga akan berangkat ke Perak untuk menziarahi keluarga Tyzo.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Tyzo.
“Salam takziah bang. Semoga tabah dengan ujian ini.
“Salam takziah Tyzo. Moga tabah menghadapi ujian berat ini. Semoga Allh letakkan ibu bersama para syuhada,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Kami di MH turut berdukacita diatas perkhabaran ini. Takziah diucapkan buat Tyzo. Semoga Allahyarham ibu Tyzo ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Tyzo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gambar tersebut telah menerima lebih 21,000 tanda suka setakat ini malah turut dihujani respon pelbagai daripada netizen termasuklah yang berbaur lucah.
Dalam pada itu, terdapat juga segelitir pihak yang memuji sambil menyifatkan tubuh badan Ilya persis aktres Hollywood.
Pada pendapat MH, tidak salah untuk kita menegur tetapi hendaklah berkhemah supaya tidak menyakitkan hati mana-mana pihak.
Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Ilya yang baru sahaja mengumumkan bakal melansungkan perkahwinannya tidak lama lagi.
Foto: Instagram Raja Ilya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Risteena Munim berkesempatan menziarahi pusara pelawak, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey pada Jumaat siang.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon wanita berkenaan menerusi Instagramnya dengan memuat naik sepotong video yang dilihat sedang mendoakan Allahyarham.
“Dah lama saya berhasrat untuk ziarah kubur arwah Abam. Alhamdulillah saya berkesempatan pergi ziarah.
“Banyak kali saya bekerja dengan arwah Abam.
“Baik sangat-sangat. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin YRA. Al-Fatihah,” tulisnya.
Di Palembang, Indonesia, tular tentang berita seorang nenek yang berusia 71 tahun dan remaja berusia 16 tahun mengugut mahu membunuh diri jika mereka tidak dikahwinkan.
Menurut sebuah portal, remaja yang bernama, Selamet Riyadi dan pasangannya Rohaya ini sudah berkenalan tiga tahun yang lalu dan berhasrat untuk berkahwin sebulan sebelum tibanya bulan Ramadan yang lalu.
Namun hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga mendapat tentangan daripada keluarga pihak perempuan.
Selepas impian mereka untuk berkahwin mendapat halangan, mereka mengancam mahu membunuh diri.
Dek kerana bimbang mereka akan melakukan perkara yang tidak masuk akal, ahli keluarga Rohaya dan Selamet juga penduduk kampung telah berbincang dan membuat keputusan dengan menikahkan mereka pada 2 Julai yang lalu.
Sumber mengatakan lagi, ikatan perkahwinan mereka ini bukan disebabkan oleh harta kerana mereka berdua berasal daripada keluarga yang sederhana.
Kata sumber, mereka berdua mula jatuh cinta selepas Rohaya merawat Selamet ketika dia menghidap penyakit demam malaria.
Sesungguhnya jodoh itu rahsia ALLAH, tidak kira umur tua atau muda kalau dah tertulis dia jodoh kita memang jauh mana pergi pun dia tetap untuk kita.
Betullah kata pepatah kalau dah jodoh takkan ke mana.
Sumber: Detik.com
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.