Pelakon dan pendakwah bebas PU Riz, atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang turut hadir di dalam majlis perkahwinan adik ahli perniagaan dan hos, Noor Neelofa pada Ahad tampil menjawab spekulasi wargamaya.
Ini kerana, menerusi foto majlis yang kini menjadi bualan selepas dikongsikan di media sosial, Riz dilihat turut mengenakan persalinan sedondon dengan ahli keluarga Neelofa
Malah, kakak Neelofa, Noor Nabila menerusi Insta Stories turut berkongsi kelibat kedua-duanya secara kandid yang disertakan emoji berbentuk ‘love’.
Ads
Menerusi Gempak, Riz menjelaskan keberadaannya di majlis tersebut hanyalah sekadar memenuhi undangan untuk membacakan doa.
“Ni depa nak pekena, saya cuma diminta dia (Neelofa) untuk membacakan doa saja,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Neelofa sebelum ini pernah mengundang PU Riz untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah sekitar tahun 2018.
Ads
Selepas itu, keduanya saling menjalinkan hubungan kerjasama menerusi beberapa projek amal, termasuk ketika sambutan Hari Raya Korban, baru-baru ini.
Sumber: Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rock, Aweera meluahkan rasa kecewa terhadap Tindakan sesetengah pihak stesen televisyen yang didakwanya gemar memilih penyanyi lain untuk membawakan lagu Romancinta berbanding dirinya.
Tanya Aweera, adakah mereka seolah-olah penyanyi asalnya sudah tiada untuk menyanyikan lagu yang popular ketika dia bersama kumpulan Mojo itu.
“Banyak aku tengok sekarang konsert tv station yang panggil artis lain untuk cover or nyanyi lagu ‘Romancinta’.
“Hangpa ingat penyanyi asal lagu ‘Romancinta’ ni dah mati ke apa?
“Tanya jaa,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aweera menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, pelakon senior, Saiful Apek ada memberikan kata-kata semangat buat Aweera berhubung isu berkenaan.
“Tak mengapalah, anggaplah mereka-mereka tu masih tak boleh move on dari karya-karya kita.
“Syukur Alhamdulillah. Berbaik sangka dan sentiasa mendoakan yang baik-baik sesama kita. InsyaAllah,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut meluahkan rasa rindu untuk melihat Aweera menyanyikan lagu berkenaan.
Aweera menyertai kumpulan Mojo pada tahun 2012 namum kini tidak lagi bersama kumpulan berkenaan sekitar tahun 2014 atas sebab tertentu.
Selepas Mojo, Aweera tampil bersama kumpulan Prime Domestic dan kini muncul bersama band terbarunya Pelita Lusoh.
Sumber: Instagram Aweera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebuah telefilem berjudul Kasih Tau Foo Fah yang disiarkan di slot Cerekarama, TV3 pada Sabtu lalu ternyata telah mendapat perhatian meluas penonton.
Telefilem yang berkisahkan tentang seorang wanita yang bernama Anis dan merupakan mangsa dalam rumah tangga apabila berkahwin dengan Ramlan, seorang kaki judi.
Selain daripada menghadapi masalah rumah tangga, Anis juga turut terpisah dengan anak kandungnya bernama Fitri selepas cuba untuk melarikan diri daripada dikejar oleh samseng.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian terhadap telefilem tersebut penuh dengan mesej yang bermanfaat kepada penonton.
Kasih Tau Foo Fah telah diarahkan oleh pengarah, Raja Mukhriz dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim, Sharifah Shahora, Michael Ang, Shukri Yahaya, Mior Darwish dan ramai lagi.
Video: YouTube TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja menceburi bidang perusahaan pakaian terpakai (bundle) dan ‘vintage’, penyanyi, Adira Suhaimi telah pun terpalit cerita kurang enak apabila dikatakan menjual pakaian tiruan.
Tidak mahu isu dibiar perbanjangan, Adira tampil menjelaskan mengenai perkara sebenar.
Menurut Adira, pada mulanya dia sendiri tidak tahu bahawa baju tersebut merupakan jenama tiruan kerana tiada penerangan yang jelas daripada pemilik sebelumnya.
pencerahan !!!! joki sumandak is ready to live
Posted by Adira Nan on Wednesday, 9 September 2020
“Sis nak buat sedikit penjelasan atau pencerahan mengenai baju Iron Maiden yang viral tadi tu. Yang orang bilang fake tu. First of all, sis minta maaf terhadap video tu.
“Sebenarnya sis tidak tahu menahu atau kurang pasti yang baju tersebut adalah fake tetapi sis beli baju itu walaupun bukan original adalah dengab niat untuk simpanan sendiri sahaja. Saya tak jual pun baju tu.
“Saya juga dah minta penjelasan daripada penjual dan dia pun dah terangkan. Kami berdamai. Aman sahaja tiada bergaduh.
“Alhamdulillah dia pun dah terangkan bagus-bagus dengan sis dan saya terima baik-baik. Saya harap tiada sesiapa yang kecam penjual baju tersebut,” jelasnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Pujaan Hati itu menerusi sesi Facebook Live miliknya.
Dalam pada itu, Adira turut berharap agar dia diberi ruangan untuk belajar dengan lebih lanjut selok-belok perusahaan bundle.
“Saya baru sahaja menceburkan diri dalam bidang bundle ni. Saya belum lagi lama untuk mengenal barang original dan bukan.
“Saya sedia belajar dan ingin tahu lebih mendalam mengenai baju-baju bundle ini. Saya bukan main-main. Bagi saya peluang dan masa untuk belajar semua perkara ini.
“Biasalah dalam bisnes kadang kala kita ditipu, pembeli tidak serious dan tak dapat barang yang kita nak, itu semua perkara biasa. Sebab itu kita kena bersedia.
“Saya tidak marah atau ambil hati saya cuma harap orang di luar sana faham dan beri saya peluang dan masa. Janganlah salahkan sesiapa dalam kejadian ini.
“Tapi sis nak bagitahu kesemua baju Iron Maiden yang selalu saya tunjuk dalam Facebook Live tu memang original.
“Walaupun kita tahu jenis barang sama ada asli atau tiruan tapi kalau benda nak jadi akan jadi juga. Benda dah jadi kita tak boleh nak elak. Harap saya dimaafkan,” katanya lagi.
Sementara itu, Adira turut menyifatkan banyak cabaran yang harus dilaluinya sepanjang bergelar usahawan pakaian bundle ini.
Antara masalah yang sering dilaluinya adalah apabila terpaksa berhadapan dengan masalah pakaian tiruan dan pembeli yang tidak serius (joy bidder).
“Assalamualaikum sayang sayang ku semua, follow IG adirabundle yaa.
“Tolong la saya ni dah banyak kali kene joy tapi takpe, rezeki dari Allah,” kongsinya lagi.
Sumber: Facebook Live Adira Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.